Labels

Pages

Sunday, June 17, 2012

Penyeri ‘Syurga Dunia’







Alhamdulillah, pada tanggal 27 Rejab 1433H bersamaan 17 Jun 2012M seluruh ahli PMRAM Cawangan Iskandariah telah menerima kehadiran seorang puteri daripada  pasangan Mutazawwijin iaitu Saudara Tengku Muhammad Fakhruddin bin Tengku Muhamad Fauzi dan Saudari Siti Aisyah binti Mohd. Bayi seberat 3.1kg ini telah selamat dilahirkan pada jam 2.30 pagi (waktu Mesir) di Hospital Zuhr, Sidi Bisyr.
 
Baitul muslim umpama suatu nukleus yang memulakan segala-galanya. Jika baiklah masyarakat. Ironinya, betapa ramai pemimpin yang begitu hebat mengetuai organisasi dan masyarakat, kecundang dalam memimpin keluarganya.

Rasulullah Sollallahu alaihi wasallam yang merupakan qudwah utama telah sedia mengajar umat Islam berkenaan langkah-langkah membentuk keluarga yang berlandaskan syariat Islam. Keamanan dan kesejahteraan dunia yang kerap digelar ‘syurga dunia’ ialah petanda baik untuk menikmati syurga yang hakiki dan abadi di akhirat nanti. Firman Allah Taala yang bermaksud : “Selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka” ( Surah At-Tahrim : ayat 6)

Walaupun berada dalam tempoh peperiksaan, pada 25 Rejab 1433H bersamaan 15 Jun 2012M, barisan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah berkesempatan melawat  pasangan mutazawwijin ini. Pertemuan yang memakan masa hampir 2 jam ini diisi dengan perkongsian pengalaman daripada saudari Siti Aisyah binti Mohd berkenaan kelahiran pertama dalam keluarga beliau. Sebelum bersurai, Pengerusi PMRAM Cawangan Iskandariah saudari Sumaiyah binti Zakaria  turut menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau.

Barisan kepimpinan AJKT dan Penasihat PMRAM Cawangan Iskandariah dengan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Saudara Tengku Muhammad Fakhruddin dan isteri di atas kelahiran puteri sulung. Semoga dengan anugerah yang berharga ini, akan menjadikan baitul muslim yang dibina bertambah berkat.



No comments:

Post a Comment