Sudah lumrah kehidupan seorang hamba untuk sentiasa melaksanakan segala suruhan dan perintah tuannya. Ini adalahdengan ketaatan yang sepenuhnya akan menjamin kehidupannya senang tanpa sebarang kesulitan.
Namun begitu, andai sebaliknya berlaku sudah pasti akan wujud pelbagai kesulitan akibat keingkarannya dalam mematuhiperintah dan arahan.
Tarikh 27 Rejab merupakan detik bersejarah bagi umat Islam kerana bermulanya satu pensyariatan kepada umat Islam.Pensyariatan tersebut ini terkandung dalam Rukun Islam kedua iaitu "Menunaikan solat lima waktu sehari semalam".
Peristiwa Israk dan Mikraj seringkali menjadi kisah untuk diteladani apakah intipati dan ibrah yang boleh dijadikan sebagaiperingatan kepada umat Islam. Apabila kita menghayati segala pengalaman dilalui oleh Nabi Muhammad SAW sudah pastiakan menjentik minda dan akal untuk meyakini betapa kasihnya Allah SWT pada Rasulullah SAW.
Segala kesulitan sepanjang menyampaikan dakwah, telah mengajar Baginda menjadi seorang penyabar dan tabah maka pengakhirannya Bagindadijemput Allah SWT untuk bersua. Peluang ini diterima oleh Baginda sebagai satu amanah yang perlu dipikul dan bakal diwarisi oleh umatnya.
Detik itu, bermula perintah solat bagi seluruh manusia sebagai bukti ketaatan seorang hamba kepada penciptanya. Tidak terkecuali kedudukan pangkatdan darjat, perbezaan budaya dan adat, setiap muslim wajib melaksanakannya dalam apa cara keadaan sekali.
Peristiwa ini juga membuktikan bagaimana pemikiran seorang pemimpin dalam menentukan satu keputusan. Baginda Rasulullah SAW adalahpemimpin bijaksana dalam menilai sesuatu tindakan. Buktinya pada awal perintah solat diwajibkan adalah sebanyak 50 waktu maka dengan mendengarpendapat Nabi Musa A.S, Baginda telah meminta untuk dikurangkan sehingga 5 waktu sahaja.
Beginilah akhlak pimpinan dalam memutuskan satu tindakan dengan memikirkan kebaikan semua pihak bukan hanya dalam tempoh singkat malahanuntuk satu tempoh masa yang panjang.
Kewajipan solat merupakan satu bukti kukuh bahawa segala nikmat dan kurniaan dalam kehidupan manusia datangnya daripada Allah SWT . Bahkankebaikan menunaikan solat dapat mencegah manusia daripada pelbagai tindakan yang menyimpang daripada kehendak Allah SWT dan ajaran BagindaRasulullah SAW sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud : "Sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perkara yang keji dan mungkar".
Justeru, sejarah Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar diingati namun perlu difikirkan segala intipati yang boleh diambil untuk memberikan kitasuntikan semangat dalam diri seorang hamba.
Andai benar kita seorang hamba mensyukuri segala kurniaan diberikan selama ini buktikan kepada tuhan sekalian alam Allah Rabbul Jalil bahawa kitaseorang hamba bertaqwa dengan meyakini segala janji dan balasannya kelak.
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
Ahmad Baihaki bin Rashid
Naib Presiden I
(Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
No comments:
Post a Comment