Labels

Pages

Wednesday, August 31, 2011

KEMERIAHAN 1 SYAWAL 1432H DI ISKANDARIAH



ISKANDARIAH,31 OGOS – Majlis sambutan Aidilfitri anjuran bersama Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI) dan Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) telah diadakan pada pagi 1 Syawal 1432H di Dewan Zajlatul Abidah dengan dihadiri lebih 100 orang dari kalangan ahli DPMI dan UMI.Majlis bermula seawal jam 6.30 pagi dengan laungan takbir Hari Raya kemudian disusuli dengan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Saudara Akli Bin Ahmad.




Majlis diteruskan lagi dengan khutbah Hari Raya yang telah disampaikan oleh Saudara Tengku Muhammad Fakhrudin Bin Tengku Md Fauzi. Antara intipati yang disampaikan ialah mengenai fenomena yang berlaku dalam kehidupan umat Islam sekarang yang mana tanpa mereka sedari diri mereka telah dijajah oleh syaitan dan hawa nafsu serta budaya hedonisme melampau yang melanda umat Islam zaman sekarang.










Usai khutbah Hari Raya,majlis dihidangkan dengan perutusan Aidilfitri daripada Presiden PMRAM 2011: Saudara Muhamad Zuhaili Bin Saiman yang telah disampaikan melalui tayangan video.Kemeriahan 1 Syawal diserikan lagi dengan persembahan burdah yang mantap oleh ahli UMI dan kemudian ucapan Pengerusi DPMI sesi 2011/2012: Saudari Sumaiyah Binti Zakaria dan Ketua UMI sesi 2011/2012: Saudara Mohd Hafiz Bin Omar.
Pihak DPMI mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua ahli DPMI dan UMI atas komitmen dan kerjasama yang jitu dalam melancarkan majlis tersebut.

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN diucapkan kepada seluruh ahli DPMI daripada kami di barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) DPMI sesi 2011/ 2012.


‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’
‘BELAJAR DAN BERBAKTI’

DISEDIAKAN OLEH : PEMANGKU UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN DPMI SESI 2011/ 2012.

No comments:

Post a Comment