Labels

Pages

Tuesday, August 23, 2011

DPM Iskandariah Menyokong Penganjuran Konvokesyen PMRAM

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mengumumkan bahawa pihak PMRAM bersedia untuk menganjurkan Konvokesyen PMRAM pada tahun ini.

Ia berikutan reaksi ahli yang dilihat meminta pihak PMRAM untuk mengadakan Konvokesyen setelah 2 tahun tidak diadakan sejak tahun 2009 yang lalu.

Baru-baru ini, PMRAM telah membuat culaan "Wajarkah PMRAM mengadakan konvokesyen pada tahun ini" bagi mendapatkan sokongan daripada ahli mengenai permintaan mereka terhadap PMRAM.

Culaan tersebut merupakan satu ukuran bagi pihak PMRAM mempertimbangkan samada untuk mengadakan konvokesyen atau tidak pada tahun ini.

Penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini adalah bergantung kepada ahli, sekiranya ahli begitu mendesak samada melalui culaan yang telah PMRAM keluarkan mahupun melalui medium yang lain, PMRAM akan membincangkan mengenai perkara ini dengan serius.

PMRAM sekali lagi menegaskan bahawa PMRAM bersedia untuk mengadakan konvokesyen pada tahun ini bagi meraikan mahasiswa/wi yang telah pun menamatkan pengajian samada dari pengajian Islam atau Perubatan.

Berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011, Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman baru-baru ini berkenaan penganjuran Konvokesyen PMRAM pada tahun ini, pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah menyokong kenyataan tersebut.

Ini adalah salah satu tanda pengiktirafan PMRAM kepada ahli yang telah berjaya dalam bidang akademik seterusnya sebagai galakan kepada ahli PMRAM yang lain, yang mana masih menuntut di Ardhil Kinanah ini. Justeru, pihak DPMI menggantung harapan yang tinggi agar Konvokesyen PMRAM yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan menyeru kepada semua ahli PMRAM khususnya di cawangan Iskandariah untuk menyokong usaha murni ini.



Sekian, wallahu taala a'lam.

Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah

SUMAIYAH BINTI ZAKARIA
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2011/2012



(sumber :PMRAM )

No comments:

Post a Comment