Labels

Pages

Sunday, May 20, 2012

ERTI HIDUP PADA MEMBERI





Assalamualaikum warahmatullahi Taala Wabarakatuh…

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah persatuan kebajikan yang amat menitik beratkan isu kebajikan ahlinya sejak sekian lama dan ianya menjadi wadah kesatuan ini ditubuhkan, bahkan menjadi antara objektif utama penubuhan PMRAM.

Sehubungan dengan itu, PMRAM Cawangan Iskandariah turut menyahut seruan, berganding bahu dengan PMRAM Pusat dalam melancarkan kutipan sumbangan untuk membantu meringankan beban 19 orang daripada pelajar perubatan yang menuntut di Kaherah. Kesemua pelajar yang terdiri dari pelbagai negeri ini mengalami masalah untuk membayar yuran universiti.

Pihak kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah telah bermesyuarat dan memutuskan untuk membuat kutipan sumbangan dari rumah ke rumah oleh AJKT dan Fasilitator Angkat yang telah disusun. 

Alhamdulillah, respon yang diterima daripada seluruh ahli amat baik dengan jumlah kutipan yang diperoleh adalah memberangsangkan. Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua ahli PMRAM Cawangan Iskandariah untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban sahabat-sahabat kita yang kurang berkemampuan.

Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain”.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa peri pentingnya nilai kebersamaan kita di dalam membantu urusan kaum muslimin yang lain.

Akhir kalam, sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi , saya ingin mengingatkan buat seluruh mahasiswi Iskandariah agar sentiasa berjaga-jaga terutamanya dalam aspek kesihatan dan keselamatan agar tidak berlaku perkara –perkara yang tidak diingini. Semoga kita semua dalam peliharaan-Nya dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahu Taala A’lam.


MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN

Disediakan oleh,
Syakirah Binti Muslim
Timbalan Setiausaha Agung (Unit Kebajikan & Kemanusiaan)
DPMI 2011/2012

64 Tahun Nakbah Palestin




NAKBAH bermaksud malapetaka, bencana besar dan kecelakaan. Nakbah Palestin merujuk kepada peristiwa orang-orang Yahudi kembali ke bumi Jerusalem secara beramai-ramai dantertegaknya negaraharam Zionis Israel di Palestin yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 serta diikitiraf oleh Amerika Syarikat.

Tertubuhnya Negara Haram Israel pada tahun 1948 juga merupakan petanda besar kepada kemusnahan dunia. Kembalinya golongan Yahudi ke bumi suciini juga merupakan derita tangis ke atas umat Islam yang belum bernoktah sehingga ke hari ini. Orang-orang Yahudi dihalau oleh Allah SWT 2000 tahunyang lampau akibat perbuatan mereka membunuh para Nabi AS, membuat kerosakan di muka bumi serta mengingkari perintah daripada Allah SWT.

Penubuhan Zionis Antarabangsa dan Deklarasi Balfour

Pertubuhan Zionis Antarabangsa telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah melantikTheodor Herzl sebagai Presiden yang pertama. Tujuan utama ditubuhkan pertubuhan ini adalah untuk mendirikan sebuah negara sekular moden bagibangsa Yahudi. Maka beberapa perancangan dan strategi telah diaturkan untuk menjadikan agenda jahat mereka berjaya. 

Beberapa strategi telah disusun untuk menimbulkan simpati serta persetujuan House Of Common di Britain. Hasil daripada itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain dikeluarkan yang dikenalisebagai Deklarasi Balfour pada November 1917. Ia juga telah dibincangkan secara mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang di London. Pada waktu itu juga,berlakunya serangan tentera British bagi menawan Palestin.

Palestin secara rasmi jatuh ke tangan penjajah pada era moden ini setelah mana ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah suci tersebut. British di bawah pimpinan General Allenby berjaya menawan Palestin daripada naungan empayar Khalifah Uthmaniyah. Beliau berjaya menawan Palestin pada Disember 1917 setelah memulakan serangan bermula 31 Oktober 1917. Pada tahun 1919, selepas PerangDunia Pertama Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British,  British akhirnya berjaya menumpaskan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Maka rentetan daripada itu, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari tahun 1918-1947.

Penubuhan Negara Haram Israel

Pada 14 Mei 1948, Ben Gurion mengadakan upacara di Tel Aviv Muzium untuk mewartakan kelahiran negara baru iaitu Israel. Dalam pada itu, keganasan Israel terus memuncak ke atas penduduk Palestin.Pada hari berikutnya iaitu 15 Mei, selepas British keluar secara rasmi dari Palestin, kumpulan pengganas Yahudi Irgun telah menyerang bandar Jaffa. Ia seakan pembantaian di Deir Yassin, malah ia lebih terukdaripada itu dimana telah menyebabkan 70 ribu penduduk Arab di kawasan bandar melarikan diri.

Apa yang menjadi dorongan kepada Israel adalah selang beberapa minit selepas pembentukan negara baru ini, Presiden Amerika Syarikat Harry Truman memberikan sokongan diikuti oleh negara-negara lainseperti Britain, Romania dan Uruguay. Malah dua hari selepas itu, beberapa negara lain Soviet Union, Poland, Ireland dan lain-lain negara telah mengiktiraf kewujudan Israel. Secara rasmi, sokongan AmerikaSyarikat terhadap Israel adalah 31 Januari 1949. 

Tel Aviv Hari Ini

Sejak kelahiran negara haram Israel 64 tahun yang lalu, dunia telah memerhatikan dengan penuh kehairanan bagaimana orang-orang Yahudi telah mengembangkan negara Israel mereka yang berasaskansekular dan bukannya berasaskan agama. Telah banyak kerosakan yang dilakukan oleh mereka termasuk riba, zina, penindasan, kerosakan moral dan nilai-nilai yang tidak mengikut ajaran Tuhan. 

Adakah bumi yang pernah dipijak oleh para Anbiya ini rela dengan kerosakan yang telah dilakukan oleh golongan Yahudi hari ini. Jawapannya tidak!,  Mereka akan dihukum oleh Allah SWT sekali lagi, danmereka akan melihat kemusnahan yang terbesar yang tidak dapat mereka bayangkan sebelum ini serta pertempuran yang paling dahsyat antara orang-orang Muslimin dan Yahudi.

Hal ini belum berakhir, pandangan umum kelihatan seolah-olah Israel telah dikepung oleh orang-orang Arab dan sedang mengambil langkah-langkah untuk melindungi dirinya dari disembelih oleh orang-orangArab.Hakikatnya setelah kemusnahan Kem Pelarian Jenin dan penyembelihan orang-orang Arab, Israel pada hari ini sedang bersiap sedia untuk mencetuskan satu peperangan besar ke atas orang-orang Arabuntuk menambahkan lagi keluasan tanah jajahan dan ruangan strategiknya di kawasan Timur Tengah agar menyamai keluasan wilayah Tanah Suci Biblikal, iaitu dari sungai di Mesir (penguasaan Terusan Suez)hingga ke Sungai Euphrates (penguasaan minyak di Timur Tengah). Inilah cita-cita dan impian Yahudi la'natullah.

Mereka juga sangat obses dengan Tanah Suci serta berusaha kearah memusnahkan Masjid Al-Aqsa  kerana mereka meyakini Nabi Penyelamat Agung akan turun menyelamatkan mereka serta menjadikanYahudi bangsa yang terhebat dan akan memerintah dunia dari Jerusalem seperti zaman kegemilangan Nabi Daud dan Sulaiman. Tetapi sangkaan mereka silap sama sekali, Nabi Penyelamat Agung yangdipercayai mereka itu sebenarnya adalah Al-Masih Ad-Dajjal yang akan memimpin orang-orang Yahudi dan akan melakukan penipuan terbesar dalam sejarah akhir zaman.

Kemenangan Pasti Tiba

Biar sehebat mana pun perancangan musuh Allah untuk menghancurkan Islam, dan biar sehebat mana pun ujian dan fitnah yang menimpa muslimin pada hari ini, jangan sesekali kita lupa bergantung harap pada Allah SWT. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Semoga usaha, pengorbanan, darah kita menjadi saksi di akhirat kelak bahawasanya inilah buktinya kasih dan cintanya kita pada agama suci ini.

Akhirnya, genggamlah nukilan kata semangat waja yang dinyatakan oleh pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani :
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling beratdalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." 

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

(sumber : PMRAM)

Kejayaan Milik Setiap Insan




BismillahirRahmanirRahim …
                Alhamdulillah,segala puja dan puji bagi Allah S.W.T yang telah mengurniakan kepada kita nikmat yang paling sempurna ,menjadi orang beriman dan seterusnya terpilih sebagai pendokong perjuangan Islam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta Nabi Muhammad sollahu ‘alaihi wassalam yang telah memberikan keteladanan yang baik untuk para pendakwah di sepanjang zaman.
                Syukur selayaknya saya panjatkan pada Rabbul Izzati yang memberikan ruang dalam ruang maya ini untuk mencoretkan kalam taujihat untuk dikongsikan bersama.
Sahabat Sahabiah yang dirahmati Allah SWT,
                Satu kata-kata yang ingin dikongsikan bersama pada kali ini iaitu “ Kejayaan Milik Setiap Insan”. Mari kita fikirkan bersama. Jika diajukan pertanyaan @ persoalan kepada setiap insan di dunia ini, “Adakah anda ingin berjaya? Sudah pasti jawapannya  ialah “YA”.Tidak kira siapa insan tersebut sama ada lelaki,perempuan,tua,muda,miskin,kaya,bekerja,belajar,mahasiswa ataupun mahasiswi Islam,bukan Islam malah  individu yang kurang waras semuanya inginkan KEJAYAAN  .
                Ketika ini seluruh mahasiswa mahupun mahasiswi Islam di Perlembahan Nil berhempas pulas  mengulangkaji kitab masing-masing sebagai bekalan untuk menjawab soalan di dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi. Perlu diingatkan, betapa banyak  peratusan yang dapat kita habiskan untuk membaca  kesemua kitab akan tetapi dalam masa yang sama kita tidak meletakkan pengharapan kepada Allah SWT,  maka semua itu adalah sia-sia. Selaku mahasiswa/wi Islam, kita hendaklah mewujudkan keikhlasan dalam menuntut ilmu bukan hanya sekadar membaca  sempena peperiksaan semata-mata. Selain itu, menjaga hubungan dengan ALLAH SWT adalah faktor penting untuk menuju kejayaan disamping  juga menjaga hubungan sesama manusia.
                Pelbagai amalan yang boleh dilakukan bagi mendorong kita mencipta kejayaan. Antaranya , bangun malam (qiamullail) ,solat sunat,berbuat baik sesama manusia ,mendoakan sahabat yang lain dan sebagainya.
Sahabat-sahabiat yang disayangi kerana Allah SWT ,
                Teringat  saya satu rangkaian kata ‘datang membawa harapan, pulang  membawa kejayaan‘. Ingatlah! Semua menantikan kepulangan kita. Keluarga ,masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia sangat memerlukan dan dahagakan ilmu dari kita yang bergelar mahasiswa/wi Islam.  Maka persiapkan diri dengan ilmu yang dapat membantu mereka.
                Buat akhirnya ,semoga secebis coretan ini mampu meniupkan semangat sahabat-sahabiat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan  kecemerlangan dalam imtihan dunia dan seterusnya memperolehi kejayaan akhirat. Insya Allah.
Selamat menduduki imtihan soifiah sesi 2011/2012 dari kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah.



“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
“JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN”


Najwa Binti Anas,
Ketua Unit Pendidikan DPMI 2011/2012


Mahasiswi Iskandariah Ternyata Beautifully Different !






Iskandariah, 11 Mei – Seramai lebih kurang 415 mahasiswi yang hadir ke program Beautifully Different diConvention Centre,  Alexandria University berpakaian semuanya ungu kelihatan anggun dan menawan.
Beautifully Different yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) khas untuk mahasiswi sahaja mengupas isu-isu menarik tentang wanita. Kertas kerja yang mengundang ramai hadirin hari ini yang bertajuk Haid, Nifas dan Istihadhah dibentangkan oleh Ustaz Akli Ahmad lulusan phD Universiti Al-Azhar. Rata-rata mahasiswi kini mengetahui perbezaan antara jenis-jenis darah yang keluar dari faraj wanita yang sering menimbulkan kekeliruan.

Ketika ditemubual Timbalan Ketua UPI Nor Adibah Aminah Binti Muhammaad Amin “Alhamdulillah program ini berjaya terlaksana setelah sekian lama dirancang dan sambutan menarik daripada bukan sahaja pelajar-pelajar Iskandariah malahan juga daripada muhafazah-muhafazah lain. Ilmu berkaitan fiqh wanita juga berjaya disampaikan dan diharapkan mereka yang hadir kini mengetahui hukum-hukum ketika haid, nifas dan istihadhah. Walaupun ada segelintir yang mendaftar tetapi tidak hadir iaitu seramai  74 orang namun ianya tidak menjadi penghalang untuk kelancaran program berlangsung”.
Kedatangan pasangan suami isteri dari Zagazig saudara Syamsul Bakri Bin Osman dan isteri tercinta Nur Syafiyah Bt Mukhidi menyerikan lagi forum yang ternyata rancak dengan tajuk Identiti Bidadari Dunia. Mereka berdua merupakan pelajar jurusan Perubatan Universiti Zagazig.
Ramai hadirin yang hadir terpegun dengan kelincahan dan kepetahan saudari Siti Khadijah Daud pelajar Tahun 4 Perubatan Universiti Kaherah menjawab persoalan berdasarkan pengalamannya sendiri. Menariknya, ketika ditanya ego lelaki dan emosi wanita, bagaimana mengendalikannya?, katanya “Cara saya menghadapi situasi ini adalah dengan bertenang, kerana mudah untuk berurusan sekiranya dua-dua pihak bertenang dan sampaikan idea kepada ketua anda dengan cara yang baik, tanpa memaksa dalam pada waktu yang sama menjaga adab dan akhlak”.

Salah seorang peserta program ini Nur Ailmiah Ibrahim menyatakan perasaannya, “Alhamdulillah, satu program yang baru dan bermanfaat untuk akhawat yg ingin menimba ilmu yang  menyentuh perihal kewanitaan dan dari segi pengisian program pula mungkin boleh diperbaiki lagi dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik untuk tahun yang akan datang”.

(sumber : PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH)

10 PERKARA YANG SIA-SIA



Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.



Disediakan oleh :
Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMI

Kontrak Pinjaman PTPTN Dari Perspektif Syara'




Isu pemansuhan pinjaman PTPTN yang dituntut oleh mahasiswa di Malaysia mendapat sambutan yang hangat di kalangan pemerhati samada daripada kalangan politikus, panel syariah serta ilmuan intelektual. Hal ini demikian kerana isu ini menjadi semakin besar apabila golongan mahasiswa mengambil keputusan dan bertekad denganmemulakan himpunan menuntut kerajaan memansuhkan pinjamanan PTPTN di Dataran Merdeka pada 14 April baru-baru ini dan meneruskan perhimpunan denganmengadakan ‘perkhemahan’ di Dataran Merdeka tersebut bagi menunjukkan optimis dalam menuntut agar pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Isu pinjaman PTPTN ini bukan hanya dilihat dari sudut pengurusan wang semata-mata bahkan ia mesti dilihat dari sudut syara’ berkenaan kontrak pinjaman PTPTNtersebut. Maka MANHAL mengambil langkah untuk mengkaji dan menjawab isu yang berkaitan dengan permasalahan agama yang terdapat di dalam isu ini.

KONTRAK PTPTN ADALAH KONTRAK PINJAMAN

Terlebih dahulu kita melihat apakah konsep kontrak yang digunakan dalam PTPTN. PTPTN ialah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menawarkan pinjamankepada mahasiswa/wi dalam negeri bagi membantu permasalahan kurang kemampuan dari sudut kewangan untuk melanjutkan pelajaran. Pinjaman diberikan kepada mana-mana mahasiswa/wi yang memohondan melengkapi syarat-syarat yang ditetapkan.

Justeru, berdasarkan kepada penjelasan di atas, PTPTN adalah melibatkan isu kontrak pinjaman. Iaitu mahasiswa/wi memohon pinjaman untuk membiayai bayaran pendidikan mereka.


HUKUM BAGI KONTRAK PINJAMAN

Asal hukum bagi kontrak pinjaman adalah kontrak membantu. Para fuqaha menegaskan bahawa kontrak pinjaman adalah berbeza dengan kontrak jual beli dan juga kontrak yang melibatkan apa jua urusankeuntungan. Maka kontrak pinjaman adalah berdasarkan hukumnya iaitu atas dasar membantu bukan atas dasar keuntungan.

Disebabkan itu, pihak yang memberikan pinjaman tidak boleh mengambil sebarang caj atau faedah tambahan dengan mengenakan apa jua syarat untuk memastikan mendapat pemulangan yang lebih tinggi,dengan erti kata yang lain iaitu keuntungan daripada hutang yang diberikan.

Jika sekiranya pihak yang memberikan pinjaman atau hutang meletakkan syarat agar pihak yang berhutang untuk melunaskan hutang dengan kadar yang lebih tinggi atau dikenakan denda apabila lewatmelunaskan hutang maka hukumnya adalah haram mengikut ijmak ulama. Hal ini demikian kerana tambahan yang berlaku ke atas nilai asal hutang tersebut merupakan riba. Hukum riba adalah secara jelas danqath’ie bahawa haram bahkan tergolong dalam dosa-dosa besar.


PINJAMAN PTPTN DAN KONSEP MELANGSAIKAN HUTANG

Mahasiswa/wi yang mengambil pinjaman PTPTN tidak dapat tidak dikenakan caj bayaran dengan kadar 3% daripada hutang. Dan ini merujuk kepada sistem konvensional yang dijalankan oleh pihakpengurusan. Bahkan setiap tahun apabila pihak yang berhutang lewat untuk menjelaskan hutang mereka maka nilai jumlah hutang mereka akan bertambah mengikut kadar caj yang dikenakan.

Begitu juga, pihak pengurusan PTPTN akan memilih beberapa kuota yang diberikan hak istimewa iaitu pelepasan dari pembayaran semula hutang mengikut kepada kriteria yang ditentukan iaitu cemerlangdari pelbagai program dan institusi pengajian tinggi yang mewakili keseluruhan penerima ijazah kelas pertama atau setaraf.


KONSEP MELANGSAIKAN PINJAMAN / HUTANG DALAM ISLAM

Islam telah meletakkan beberapa garis panduan yang tetap dalam isu melangsaikan pinjaman atau hutang. Garis panduan tersebut ialah :

- Haram meletakkan syarat ke atas kontrak pinjaman yang berbentuk sebarang faedah bagi mendapatkan keuntungan. Berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW : 
  كُلّ قَرْضٍ جَرَّ نَفْعاً فَهُوَ الرِّباَ

“setiap pinjaman yang berlaku ke atasnya manfaat (mensyaratkan bayar lebih dari nilai asal) maka ia dikira riba”
Sunan Baihaqi Kubra no 10715.

Walaupun kadar faedah atau caj yang dikenakan ke atas pinjaman tadi adalah amat kecil maka ia dikira tetap haram kerana ia tetap riba. Hal ini sebagaimana yang berlaku di zaman jahiliyah sehinggadigelar sebagai Riba Jahiliyah. Dan ia telah diharamkan oleh Allah SWT.

     FirmanNya :

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَأۡڪُلُواْ ٱلرِّبَوٰٓاْ أَضۡعَـٰفً۬ا مُّضَـٰعَفَةً۬‌ۖ
  
 "Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda" 
Surah Ali Imran ayat yang ke-130.
   
Sekiranya pihak yang meminjam tidak ada kemampuan untuk membayar pada waktu yang telah ditetapkan maka pihak yang memberikan hutang hendaklah menunggu sehingga pihak yang berhutangmampu membayar dengan syarat tanpa dikenakan sebarang faedah kerana tambahan yang dikenakan merupakan riba.

     Firman Allah SWT menyebutkan bahawa :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ

“sekiranya mereka (pihak yang berhutang) mempunyai kesulitan (untuk membayar pada waktu yang ditetapkan) maka berikanlah masa sehingga mereka senang (mampu untuk bayar)” – Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280

- Digalakkan pihak yang berhutang untuk membayar hutang dengan lebih baik iaitu sebagai hadiah, bukan atas sebab syarat. Hal ini digalakkan berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“sesungguhnya orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang memperelokkan bayaran (hutang)” – Sahih Muslim no 1600.

- Sekiranya pihak yang berhutang tidak mampu untuk melangsaikan hutang kerana mempunyai masalah yang kritikal maka pihak yang memberikan hutang digalakkan untuk melepaskan bayaran.Bahkan digalakkan juga melepaskan bayaran kepada mana-mana pihak yang berhutang walaupun tanpa sebab, atas dasar hadiah atau sedekah.

Firman Allah SWT :

وَإِن كَانَ ذُو عُسۡرَةٍ۬ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيۡسَرَةٍ۬‌ۚ وَأَن تَصَدَّقُواْ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“maka sekiranya kamu melepaskan hutang, maka itu adalah yang terbaik bagi kamu, sekiranya kamu mengetahuinya”
Surah Al-Baqarah pada ayat ke-280.


SEBARANG UNSUR RIBA ADALAH HARAM

Berdasarkan penjelasan di atas maka dikenal pasti bahawa pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba iaitu dikenakan kadar caj tambahan sebanyak 3 peratus kepada penghutang ke atas nilai hutang. Maka iamempunyai unsur yang sama dengan pinjaman yang dikenakan syarat iaitu penambahan ke atas nilai asal hutang.

Justeru, pinjaman PTPTN tergolong dalam kontrak yang mengandungi unsur riba dan hukumnya adalah haram.

Jelas berdasarkan firman Allah SWT bahawa riba adalah diharamkan. Rujuk ayat Al-Quran pada surah Al-Baqarah pada ayat ke-275 sehingga 279.

Nabi SAW juga memberikan peringatan kepada umatnya agar menjauhi 7 perkara yang mendatangkan dosa besar, antaranya ialah riba. – Sahih Bukhari no 2766

Pada bulan Mei 1956, sidang muktamar kali ke-2 bagi Mujamma’ Buhuth Islamiyah yang diadakan di Kaherah di bawah kelolaan Syeikh Al-Azhar ketika itu, telah memutuskan bahawa sebarang faedah yangdikenakan ke atas apa jua pinjaman adalah riba dan hukumnya adalah haram.

Syeikh Rashid Redha menukilkan fatwa daripada Syeikh Muhammad Abduh antara faktor Allah mengharamkan riba adalah kerana riba merupakan kontrak yang mendapatkan pertambahan tanpa ada gantian. Hal ini berbeza dengan kontrak jual beli iaitu pertukaran atau gantian antara dua belah pihak yang melibatkan barangan jualan dengan wang belian. Hujah ini juga adalah untuk menolak dakwaan pihak jahiliyahyang menyifatkan bahawa kontrak jual beli adalah sama sebagaimana dengan unsur riba.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada kajian di atas, maka jelas kepada kita bahawa kontrak pinjaman PTPTN mengandungi unsur riba dan hukumnya jelas adalah haram. Justeru, respon pihak MANHAL berikutan isupemansuhan PTPTN perlu dilihat dari perspektif syarak.

Hasilnya, MANHAL memberikan pendirian yang jelas iaitu :

  1. Pinjaman PTPTN merupakan kontrak pinjaman. Dan kadar caj bayaran tambahan ke atas nilai asal hutang merupakan riba.
  2. Sebarang kontrak yang mengandungi unsur faedah adalah riba dan hukumnya haram.
  3. Perkara utama yang mesti dilakukan oleh kerajaan dalam isu PTPTN ini ialah menghapuskan sistem bayaran yang mengandungi unsur riba.    Peminjam hanya perlu mambayar nilai asal pinjaman yangmereka lakukan tanpa dikenakan sebarang faedah atau caj tambahan ke atas nilai asal.
  4. Berkaitan tuntutan mahasiswa dalam pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN , pihak MANHAL melihat sekiranya pemansuhan tersebut memberikan faedah dan maslahat yang besar kepada rakyatterutama golongan mahasiswa/wi dalam konteks pembangunan insan, tanpa memudharatkan negara, maka elok untuk dilaksanakan tuntutan pemansuhan bayaran pinjaman PTPTN dengan rangkapengurusan yang terbaik.

Sekian,

Disediakan oleh : 
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012

(sumber : MANHAL PMRAM)