Labels

Pages

Sunday, May 20, 2012

ERTI HIDUP PADA MEMBERI





Assalamualaikum warahmatullahi Taala Wabarakatuh…

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) merupakan sebuah persatuan kebajikan yang amat menitik beratkan isu kebajikan ahlinya sejak sekian lama dan ianya menjadi wadah kesatuan ini ditubuhkan, bahkan menjadi antara objektif utama penubuhan PMRAM.

Sehubungan dengan itu, PMRAM Cawangan Iskandariah turut menyahut seruan, berganding bahu dengan PMRAM Pusat dalam melancarkan kutipan sumbangan untuk membantu meringankan beban 19 orang daripada pelajar perubatan yang menuntut di Kaherah. Kesemua pelajar yang terdiri dari pelbagai negeri ini mengalami masalah untuk membayar yuran universiti.

Pihak kepimpinan PMRAM Cawangan Iskandariah telah bermesyuarat dan memutuskan untuk membuat kutipan sumbangan dari rumah ke rumah oleh AJKT dan Fasilitator Angkat yang telah disusun. 

Alhamdulillah, respon yang diterima daripada seluruh ahli amat baik dengan jumlah kutipan yang diperoleh adalah memberangsangkan. Di kesempatan ini, saya menyeru kepada semua ahli PMRAM Cawangan Iskandariah untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban sahabat-sahabat kita yang kurang berkemampuan.

Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud : “Sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat kepada manusia lain”.

Hadis tersebut menunjukkan bahawa peri pentingnya nilai kebersamaan kita di dalam membantu urusan kaum muslimin yang lain.

Akhir kalam, sempena imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi , saya ingin mengingatkan buat seluruh mahasiswi Iskandariah agar sentiasa berjaga-jaga terutamanya dalam aspek kesihatan dan keselamatan agar tidak berlaku perkara –perkara yang tidak diingini. Semoga kita semua dalam peliharaan-Nya dan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Wallahu Taala A’lam.


MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN
JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN

Disediakan oleh,
Syakirah Binti Muslim
Timbalan Setiausaha Agung (Unit Kebajikan & Kemanusiaan)
DPMI 2011/2012

No comments:

Post a Comment