Labels

Pages

Sunday, May 20, 2012

Mahasiswi Iskandariah Ternyata Beautifully Different !






Iskandariah, 11 Mei – Seramai lebih kurang 415 mahasiswi yang hadir ke program Beautifully Different diConvention Centre,  Alexandria University berpakaian semuanya ungu kelihatan anggun dan menawan.
Beautifully Different yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insan (UPI) khas untuk mahasiswi sahaja mengupas isu-isu menarik tentang wanita. Kertas kerja yang mengundang ramai hadirin hari ini yang bertajuk Haid, Nifas dan Istihadhah dibentangkan oleh Ustaz Akli Ahmad lulusan phD Universiti Al-Azhar. Rata-rata mahasiswi kini mengetahui perbezaan antara jenis-jenis darah yang keluar dari faraj wanita yang sering menimbulkan kekeliruan.

Ketika ditemubual Timbalan Ketua UPI Nor Adibah Aminah Binti Muhammaad Amin “Alhamdulillah program ini berjaya terlaksana setelah sekian lama dirancang dan sambutan menarik daripada bukan sahaja pelajar-pelajar Iskandariah malahan juga daripada muhafazah-muhafazah lain. Ilmu berkaitan fiqh wanita juga berjaya disampaikan dan diharapkan mereka yang hadir kini mengetahui hukum-hukum ketika haid, nifas dan istihadhah. Walaupun ada segelintir yang mendaftar tetapi tidak hadir iaitu seramai  74 orang namun ianya tidak menjadi penghalang untuk kelancaran program berlangsung”.
Kedatangan pasangan suami isteri dari Zagazig saudara Syamsul Bakri Bin Osman dan isteri tercinta Nur Syafiyah Bt Mukhidi menyerikan lagi forum yang ternyata rancak dengan tajuk Identiti Bidadari Dunia. Mereka berdua merupakan pelajar jurusan Perubatan Universiti Zagazig.
Ramai hadirin yang hadir terpegun dengan kelincahan dan kepetahan saudari Siti Khadijah Daud pelajar Tahun 4 Perubatan Universiti Kaherah menjawab persoalan berdasarkan pengalamannya sendiri. Menariknya, ketika ditanya ego lelaki dan emosi wanita, bagaimana mengendalikannya?, katanya “Cara saya menghadapi situasi ini adalah dengan bertenang, kerana mudah untuk berurusan sekiranya dua-dua pihak bertenang dan sampaikan idea kepada ketua anda dengan cara yang baik, tanpa memaksa dalam pada waktu yang sama menjaga adab dan akhlak”.

Salah seorang peserta program ini Nur Ailmiah Ibrahim menyatakan perasaannya, “Alhamdulillah, satu program yang baru dan bermanfaat untuk akhawat yg ingin menimba ilmu yang  menyentuh perihal kewanitaan dan dari segi pengisian program pula mungkin boleh diperbaiki lagi dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik untuk tahun yang akan datang”.

(sumber : PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH)

No comments:

Post a Comment