Labels

Pages

Thursday, October 6, 2011

~SELAYANG PANDANG BERSAMA KURSUS PENGURUSAN ISLAM DPM ISKANDARIAH 2011~




HARI PERTAMA ( AHAD,2 OKTOBER 2011)



Kursus Pengurusan Islam Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2011 di bawah ajuran Jabatan Setiausaha Agung DPMI yang bertemakan ‘ Kemantapan Pengurusan Membina Kesatuan ‘ telah bermula pada tarikh yang dijadualkan. Program telah dirasmikan oleh Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Naib Presiden II ( Ketua Lajnah Muhafazah) PMRAM 2011. Dalam ucapan, beliau memberi penekanan kepada seluruh peserta tentang peranan muslimah dalam arena dakwah dan cabaran muslimah mendepani kehidupan sekarang. Kursus Pengurusan Islam ini telah disertai oleh barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir, Ahli Jawatankuasa Kecil Unit, Pengarah Kelab DPMI dan wakil Mandub PMRAM di Iskandariah.



Program diteruskan dengan pengisian pertama iaitu berkenaan Pengurusan Kepejabatan yang dibentangkan oleh Saudara Firdauz bin Noh, Setiausaha Agung PMRAM 2011. Beliau turut memberi penerangan tentang Etika Kesetiausahaan. Suasana menjadi hangat apabila beliau bertindak mengajukan soalan kepada peserta.



Seterusnya, peserta dibentangkan dengan tajuk Perancang Yang Berjaya yang mana telah disampikan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali, Timbalan Presiden ( Ketua Lajnah Perancang dan Panitia ) PMRAM 2011.



Hari pertama KPI bertambah lengkap apabila para peserta dibentangkan dengan pengisian Protokol dan Etiket Sosial yang disampaikan oleh Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.

HARI KEDUA ( SELASA, 4 OKTOBER 2011)



Kehangatan Kursus Pengurusan Islam DPMI 2011 diteruskan lagi pada hari kedua program yang mana menampilkan sekali lagi Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien, Naib Presiden II ( Ketua Lajnah Muhafazah ) PMRAM 2011 yang telah membentangkan pengisian Konsep Wala’ dan Bara’. Beliau amat menitikberatkan tajuk ini kerana ianya sangat penting dalam sesebuah organisasi.



Seterusnya para peserta dihidangkan dengan pengisian Aktivis Dakwah yang telah disampaikan oleh Saudara Mohd Adlan bin Mokhtarudin. Dalam pembentangan, beliau mengingatkan kepada peserta tentang peri penting menunaikan amanah sebagai aktivis dakwah.



Para peserta kelihatan sangat terkesan apabila mendapat pendedahan dalam pengisian terakhir untuk hari kedua iaitu Pengetahuan Am dan Politik yang telah disampaikan oleh Saudara Mohd Faizuddin bin Ghazali, Naib Presiden I ( Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan ) PMRAM 2011. Beliau memberi penekanan tentang sejarah penyebaran Islam dan isu umat Islam sedunia khususnya berkaitan Palestin .

HARI KETIGA ( RABU, 5 OKTOBER 2011 )

Kursus Pengurusan Islam Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2011 diteruskan pada hari ketiga yang merupakan hari terakhir program yang mana para peserta dihidangkan dengan dua pengisian dan satu Gerak Kerja Berkumpulan ( GKB ).

Pengisian pertama ialah Etika Hisbah PMRAM yang disampaikan oleh Saudari Norliza Mat Salleh, Penasihat 1 DPMI 2011/2012.

Seterusnya, KPI menampilkan Saudari Sumaiyah binti Zakaria, Pengerusi DPMI 2011/2012 bagi membentangkan pengisian berkenaan Qarar Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. Para peserta kelihatan bersemangat mendengar dan turut memberi respon yang baik dalam kedua-dua pengisian.

Slot GKB diteruskan dengan pembentangan modul yang mana para peserta dibahagikan kumpulan serta tugasan iaitu setiap kumpulan perlu membentangkan pengisian yang diterima pada hari pertama dan kedua KPI seperti membuat surat rasmi, kertas kerja program, iklan dan contoh protokol program dalam bentuk praktikal. Para peserta kelihatan bersemangat menyempurnakan tugasan dan menunjukkan kefahaman mereka terhadap pengisian yang diterima sebelum ini.

Sekitar jam 3.30 petang, Kursus Pengurusan Islam DPMI 2011 melabuhkan tirai yang mana diakhiri dengan kalam penutup daripada Saudari Sumaiyah binti Zakaria selaku Pengerusi DPMI 2011/2012. Beliau menggantungkan harapan yang tinggi kepada semua peserta agar mengaplikasi apa yang diterima dalan KPI dan terus mendokong PMRAM dan DPMI. Beliau turut berharap agar objektif KPI yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Berdasarkan komitmen yang ditunjukkan, pihak penganjur program telah sebulat suara memilih Saudari Hazwani binti Mukhtar sebagai Peserta Terbaik Kursus Pengurusan Islam DPMI 2011. Semoga penganjuran DPMI kali ini mendapat rahmat dan redha Allah Taala, insyaAllah.

Wallahu taala a’lam.

Disediakan oleh :
Unit Penerangan & Penerbitan DPMI 2011/2012

No comments:

Post a Comment