Labels

Pages

Friday, May 7, 2010

Sejarah D.P.M.I

DPMI satu akronim nama yang terjalin indah menepati makna Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah. Disahkan penubuhannya pada tahun 1992 untuk memberi kebajikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah.

Bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) iaitu satu-satunya persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di Mesir. Seramai 18 orang mahasiswi telah dihantar ke universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah pada 16 Februari 1992. Disinilah bermulanya pelbagai keperitan hidup yang telah ditanggung oleh mereka yang bergelar kaum Hawa kerana semua urusan pengkuliahan dan kehidupan seharian terpaksa diuruskan secara berdikari tanpa golongan kaum Adam. Hal ini menyebabkan terdapat beberapa golongan yang berangggapan bahawa Iskandariah satu-satunya tempat melatih kaum Hawa berdikari.

Pada tahun berikutnya, satu cabaran yang besar tepaksa mereka hadapi kerana terpaksa menerima kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 80 orang. Walaubagaimanapun, PMRAM yang merupakan badan induk pelajar telah memberi bantuan dan kerjasama yang padu kepada mereka dalam setiap keperluan dan urusan.

Hasil jerih payah perintis inilah yang menjadi pemangkin keteguhan DPMI hingga kini. Semangat pengorbanan dan kesabaran yang menyala di hati mereka menjadi tauladan kepada mahasiswi Iskandariah untuk mempertahankan keutuhan PMRAM dan DPMI.

Berbekalkan semangat berdikari, hingga kini DPMI terus megah mengukir nama hingga dapat membuktikan bahawa golongan mahasisiwi Azhariah juga mampu menerajui kepimpinan. Sehingga kini sudah tercatat 22 orang pimpinan tertinggi selaku Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah, iaitu :

1992 : Shamsuriyah Binti Mohamad
1992/1993 : Enezah Binti Jamali
1993/1994 : Siti Mariam
1994/1995 : Natrah Binti Ghulam Ahmad
1995/1996 : Rokiah Binti Jaafar (Perak)
1996/1997 : Riza Yusnita Binti Mohd Rasyid
1997/1998 : Nor Qasidah Binti Nordin (Negeri Sembilan)
1998/1999 : Nor Hayati Binti Khamis
1999/2000 : Norliza Binti Hassan (Selangor)
2000/2001 : Rohaiza Binti Zakaria (Pulau Pinang)
2001/2002 : Maheran Binti Basri (Perak)
2002/2003 : Norlah Binti Azizun (Kedah)
2003/2004 : Wan Nadiah Binti Wan Mohd Ali (Terengganu)
2004/2005 : Jamilah Binti Dzulkafly (Pahang)
2005/2006 : Rashidah Binti Jamalludin (Negeri Sembilan)
2006/2007 : Wan Nor Azizun Binti Wan Aziz (Kelantan)
2007/2008 : Norhayati Binti Abu Sopian (Kedah)
2008/2009 : Suriaty Binti Nayan (Perak)
2009/2010 : Rabi'atul Hazirah Binti Ramli (Kedah)
2010/2011 : Norliza Binti Mat Salleh (Pahang)
2011/2012 : Sumaiyah Binti Zakaria (Terengganu)
2012/2013 : Nur Amnani Faten Binti Paiman (Selangor)

Mahasiswi Iskandariah terdiri daripada pelbagai negeri. Mereka disatukan dibawah satu wadah. Kesatuan yang ada sekarang sebagai lambang kekentalan semangat Azhariah memikul amanah Allah di bumi ini. Semenjak penubuhannya DPMI telah beberapa kali mengalami perpindahan markaz bermula dari imarah Ibrahim Rehal, imarah Safa wa Marwa, Rumah Putih dan imarah Noorul Huda yang mana terletaknya Dewan Zajlatul Abidah sekarang ini.

Penempatan ahli DPMI berpusat di Assofirah dan Mandarah dimana ianya terbahagi kepada 4 mantiqah iaitu mantiqah Ummu Dzar, Nusaibah, Atiqah dan Zinnirah. Ahli DPMI tinggal di 84 buah rumah yang disewa oleh pihak Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan arab tempatan. Bilangan rumah ahli yang berkahwin pula adalah sebanyak 40 buah rumah yang mana penempatannya sekitar penempatan akhawat Iskandariah.

Menyelami kesukaran generasi awal merentas kehidupan mengundang hikmah, siapalah kita tanpa DPMI dan di manakah kita tanpa PMRAM. Oleh itu, kesatuan fikrah dan kesatuan amal perlu dipertahankan untuk mendaulatkan ketulenan Islam.

No comments:

Post a Comment