Rabu, 5 Mei 2010-Satu pertemuan telah diadakan di antara wakil HEWI PMRAM Pusat dengan siswi Qiraat tahun satu PMRAM cawangan Mansurah berikutan dengan masalah yang berlaku ke atas mahasiswi ini disebabkan fail nama mereka masih belum sampai kepada pihak pengurusan Maahad Qiraat Fatayat Mansurah, sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat menduduki peperiksaan yang bermula pada 8 Mei 2010. Kedatangan HEWI PMRAM Pusat yang diwakili oleh ustazah Ibtisam Mohamad, Ustazah Samihah Abdullah, Ustazah Nurain Yaacob dan Ustazah Noor Akmaizan Yusof adalah untuk melihat keadaan mereka dan menunjukkan keprihatinan atas apa yang berlaku. Turut hadir Ustazah Solehah Harun dan Ustazah Siti Nuraini Salim wakil kepimpinan PMRAM cawangan Mansurah. Majlis yang ringkas ini bermula pada pukul 2 petang dan dikendalikan oleh Ustazah Samihah Abdullah selaku Ketua Unit Muhafazah, dimulai dengan sesi ta’aruf dan seterusnya Ustazah Ibtisam Mohamad Naib Pengerusi HEWI I memberikan sedikit kalam tasyji’at buat mereka.
Di dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan bahawa PMRAM Pusat begitu mengambil berat akan hal ehwal ahli, apatah lagi PMRAM adalah persatuan berkebajikan dan apabila berada dalam persatuan perlu sama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain. Bertepatan dengan tema HEWI PMRAM Pusat pada tahun ini iaitu “Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah” menunjukkan bahawa ukhuwah akan menjadi lebih erat serta melatih mahasiswi menjadi tabah, sabar dan matang dalam mendepani arus semasa.
Selepas itu, diselitkan satu slot bersama Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah iaitu Ustaz Muhamad Amirul Hasim untuk memberikan sedikit penerangan mengenai kenyataan yang tidak rasmi dari pihak JPMK bahawa mahasiswi Qiraat ini akan menjalani imtihan pada bulan Julai nanti dan bermakna tiada dur thani buat mereka selepas ini. Ternyata keputusan tersebut menjadi kenyataan selepas penjelasan oleh pimpinan PMRAM di dataran Hayyu ‘Asyir khamis lalu.Didoakan semoga mahasiswi ini mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan nanti.
www.hewipmram55.blogspot.com
No comments:
Post a Comment