PMRAM pada hari ini sedang berhadapan dengan pelbagai ujian. Sesungguhnya ujian ini merupakan satu proses kematangan kepada gerakan mahasiswa seperti PMRAM. Islam mengajar kepada kita apabila ditimpa dengan sesuatu ujian agar sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah dalam keadaan sabar. Pastinya, ujian ini akan mendidik kita tentang kemanisan dalam perjuangan. Firman Allah SWT:-
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang”
(Al-Baqarah : 45)
Justeru, pihak Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM menyeru kepada semua ahli PMRAM yang berada di cawangan masing-masing untuk melakukan solat hajat secara khusus buat sahabat-sahabat kita di Shoubra dan Mansurah yang masih lagi belum dapat menduduki peperiksaan sehingga ke hari ini. Kita memohon agar kesulitan yang dialami oleh mereka ini dipermudahkan oleh Allah Taala seterusnya berharap agar pihak berwajib segera menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin.
"Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah"
Mohd Adlan Mokhtarddin
Naib Presiden 1
(Lajnah Dakwah Pembangunan Insan PMRAM)
www.pmram.org
No comments:
Post a Comment