Labels

Pages

Saturday, February 11, 2012

Cabaran Orde Baru Dunia





Orde Baru Dunia (New World Order) adalah satu pemerintahan yang bersistemkan kapitalis Amerika yang cuba untuk menguasai dunia hari ini. Pemerintahan Orde Baru Dunia  adalah seruan globalisasi yang bermula di Amerika Syarikat.
Ia juga merupakan penjajahan baru yang lebih licik dan merbahaya oleh Amerika Syarikat untuk menguasai dunia dalam segenap aspek samada sosial, budaya, politik, ekonomi, media massa dan teknologi.

Ia juga sebuah pemerintahan berasaskan illusi dan kebendaan material semata-mata. Pemerintahan ini hakikatnya didalangi oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi bagi mencengkam dunia hari ini dari pelbagai aspek, matlamat akhirnya adalah untuk menjauhkan serta menyesatkan umat manusia daripada hidup beragama. 

Pertubuhan rahsia seperti pergerakan Freemason, Illuminati, serta Organisasi Zionis sentiasa dikaitkan dengan agenda Orde Baru Dunia. Seringkali juga dikaitkan, bahawa badan antarabangsa seperti Bank Dunia, IMF, WTO, WHO, NATO, Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan organisasi proksi dan agen New World Order (Orde Baru Dunia).

Konspirasi Orde Baru Dunia juga adalah untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang menjadikan seluruh manusia sebagai hamba kepada golongan elit terutamanya bangsa Yahudi sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Firaun kepada Bani Israel suatu ketika dahulu.

Perhambaan yang dilakukan dalam bentuk percukaian dan bebanan hutang termasuk melalui kecenderungan dan ketagihan kepada kemajuan teknologi, hiburan, dan permainan dirangsang menerusi manipulasi mata wang terutama penggunaan wang kertas.

Dasar ekonomi kapitalis ini diperkuatkan dengan prinsip Hak Asasi Kemanusiaan dan demokrasi yang memberi kelebihan serta keutamaan kepada golongan elit dari pemilik firma perbankan dan badan korporat termasuk pemimpin politik.

Konspirasi ini dikatakan bermula dengan penerbitan “Protocol Of The Elders Of Zion” di Rusia pada tahun 1903. Selepas itu, beberapa siri meja bulat, forum, persidangan, risalah-risalah, buku-buku diwujudkan bagi memperjuangkan gagasan pembentukan New World Order ataupun Orde Dunia Baru.

Sehinggalah kita melihat pada tangal 11 September 1990, Presiden George W Bush dalam ucapannya semasa persidangan bersama Kongres US, menekankan bahawa, “Objektif US terhadap pasca perang dingin dengan bekas Negara USSR adalah menjalinkan kerjasama dalam bentuk Orde Baru Dunia..”

Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:

"Adapun globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan secara lebih khusus, dunia Islam."

Cabaran ini lebih besar apabila kita melihat kuasa Imperialis ini cuba membina blok dalam dunia Islam lebih-lebih lagi apabila berlakunya peperangan Iraq-Kuwait, Iraq-Iran yang didalangi Amerika, begitu juga serangan 11 September, peperangan Amerika-Afghanistan  seterusnya Amerika-Iraq. Selain itu, serangan Gaza pada tahun 2008 oleh Israel-Zionis yang disokong kuat oleh Amerika. Ini adalah salah satu pemaksaan penguasaan politik yang dilakukan oleh Amerika ke atas dunia Islam.

Selain politik yang dikawal oleh Imperialis Amerika, ada 2 faktor lagi yang menjadi kekuatan Orde Baru Dunia iaitu Media dan Teknologi. Maka, ketiga-tiga faktor inilah (Politik, Media dan Teknologi) yang menjadikan Amerika sebuah kuasa besar dunia yang mengawal serta memaksa masyarakat dunia menerima budaya mereka.
Media memainkan peranan penting dalam menjayakan propaganda Orde Baru Dunia. Saluran maklumat kepada masyarakat dunia dikawal dan disaring. Kawalan media ini disebarkan oleh syarikat-syarikat Akhbar dan Televisyen Antarabangsa yang di kawal penuh oleh golongan ini bagi masyarakat antarabangsa untuk menerima agenda propaganda halus mereka seperti CNN, CNBC, ABC, BBC, AFP, Reuters dan bermacam-macam stesen lain yang memaparkan agenda mereka. Media adalah pengaruh besar yang berjaya memesongkan pemikiran orang yang tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan. 

Peranan media jugalah menyebarkan budaya barat dan jahiliyah untuk masyarakat antarabangsa mengagungkan budaya-budaya jahiliyah yang di bawa oleh mereka. Industri ini berperanan seperti mind-control atau pengawalan minda masyarakat dari sudut muzik, artis, ahli-ahli sukan, filem-filem, berita, hiburan, dan sebagainya.

Realitinya, kita boleh melihat masyarakat Timur dan negara-negara Islam di seluruh dunia dimana anak-anak mudanya lebih mengagungkan budaya-budaya barat demi segala-galanya atas nama kemodenan dan kemajuan berbanding adat ketimuran yang lebih beradab dan bertamadun. 
Maka natijahnya, ramai dikalangan anak-anak muda terjerumus dalam masalah seks bebas, pergaulan bebas, melahirkan anak luar nikah, ketagihan dadah, budaya hedonisme terlampau dan sebagainya.

Faktor Teknologi dan Sains juga adalah aspek yang terpenting bagi menjalani Orde Baru Dunia lebih-lebih lagi dalam kurun ke-21, kita dapat melihat dengan jelas agenda mereka dalam bidang perubatan, pendidikan, perbandaran, pembangunan infrastruktur, pengangkutan, persenjataan, telekomunikasi, perbankan, perniagaan serta pentadbiran negara. Ini adalah salah satu bentuk penguasaan keatas masyarakat dunia.
Maka, peranan Teknologi dan Sains ini adalah salah satu cabaran yang sangat hebat yang perlu dikuasai oleh umat Islam supaya umat akhir zaman ini tidak tertipu dengan agenda Orde Baru Dunia.

Oleh itu, antara yang perlu di sematkan dalam jiwa umat Islam hari ini adalah diri perlu dipelihara daripada kebinasaan selaras dengan ayat al-Quran yang menyeru orang beriman supaya memelihara diri dan keluarga mereka daripada api neraka.

Musuh sedang menanamkan pembohongan demi pembohongan, khayalan yang dicipta tidak berperhujung sehingga kita tidak mengenal kebatilan dan kebenaran. Maka kita perlu perkukuhkan jatidiri, menjauhkan diri dengan segala bentuk syirik, mengenali musuh-musuh kita supaya kita tidak tertipu dengan slogan serta bentuk fahaman secara sedar ataupun tidak telah menarik diri dan keluarga kita ke lembah kehinaan. Al-Iyazubillahimin zalik..

Peranan kita sebagai umat Islam hari ini adalah penguasaan dari sudut politik Islam, media Islam, teknologi sains berdasarkan Islam, ekonomi Islam, budaya Islam, pentadbiran Islam dan segala ilmu. Ini perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita bagi memastikan serta mengisi kemenangan dan kebangkitan Islam suatu hari nanti. 

"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120, al Quran).

Disediakan Oleh,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
Ketua Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM 2011

(SUMBER : PMRAM)

KEPIMPINAN BERKUALITI MENDEPANI ARUS GLOBALISASI




ISKANDARIAH , 8 Februari 2012-PMRAM Cawangan Iskandariah,di bawah Jabatan Pengerusi  telah menjayakan satu program MUHASABAH SEPARUH PENGGAL DPMI SESI 2011/2012 yang bertemakan “Kepimpinan Berkualiti Mendepani Arus Globalisassi” telah berjaya dilaksanakan pada 16 Rabiul Awal1433H bersamaan 8 Februari 2012M,bertempat  di Markaz DPMI.

     Agenda menarik yang ada pada program muhasabahkali  ini adalah di sebelah pagi, diskusi kitab yang bertajuk “Pemuda Islam Yang Berjuang” yang didiskusikan oleh PRESIDEN PMRAM 2011 sendiri,iaitu Saudara  Muhammad Zuhaili Saiman. Seusai diskusi, program diteruskan lagi dengan sesi perasmian yang disempurnakn  oleh Presiden PMRAM 2011. Turut hadir bersama Hewi PMRAM 2011, Saudari Nurul Arifah binti Hilmi (Ketua Unit  Kebudayaan, Kesenian & Sukan) merangkap hewi angkat bagi PMRAM Cawangan Iskandariah.

Di antara objektif program MUHASABAH SEPARUH PENGGAL ini adalah seperti : 1) Bertujuan sebagai  satu muhasabah gerak kerja pengurusan dan pentadbiran DEWAN PERWAKILAN MAHASISWI ISKANDARIAH sepanjang separuh sesi 2011/2012. 2) Memberi ruang kepada ahli untuk memberi sebarang muhasabah, pandangan dan cadangan untuk kecemerlangan DPM Iskandariah pada masa akan datang.

Alhamdulillah, program  berjalan dengan  lancar dan mendapat respon yang baik daripada ahli. InsyaAllah segala muhasabah dan cadangan yang dilontarkan akan dibincangkan dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan pada masa akan datang. Akhir kalam, syukran jazilan diucapkan kepada  seluruh barisan adhoc pelaksana &AJKK program  MUHASABAH SEPARUH PENGGAL DPM Iskandariah 2011/2012 serta mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala jasa baik kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan selaut kemaafan dipohon di atas kesilapan yang dilakukan. Wallahu a’lam.

Disediakan oleh,
NUR AMNANI FATEN BINTI PAIMAN
(Pengarah Muhasabah Separuh Penggal DPMI 2011/2012)

KELAP PMRAM Medium Penulisan Mahasiswa Islam



KAHERAH, 9 Feb - Pelbagai lapangan medium dewasa kini untuk menyebar luaskan dakwah kepada masyarakat.
Penulisan adalah salah satu cara terbaik menyampaikan dakwah kerana pendekatan ini sangat berkesan kepada pelbagai lapisan masyarakat berbilang latar belakang.

Melihat keperluan ini, PMRAM telah menganjurkan "Seminar Penulis Azhari" bersama Syarikat MUSTREAD Sdn Bhd pada 7 Februari yang lepas.

Bertempat di Rumah Kelantan Baru hampir 50 orang peserta menyertai program tersebut daripada pengajian Islam dan perubatan.

Respon diterima oleh semua peserta sepanjang program tersebut begitu memberangsangkan dengan aktiviti bengkel dijalankan oleh pembentang.

Wakil Syarikat MUSTREAD dihadiri oleh Tuan Mohamad Sharudin bin Dawam (Pengarah Urusan) ,Tuan Abdul Kahar Abd Hamid (Pengarah Eksekutif) dan Tuan Zamri Mohamad ( Penulis Buku ).

Program yang dimulakan dengan perasmian Seminar Penulis Azhari oleh Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011.

Seterusnya pengisian pengenalan beberapa kaedah antaranya Kaedah Adaptasi, Kaedah KJ Method dan latihan intensif.

" Dalam melahirkan penulis perlu disediakan satu medium terbaik sepertimana PMRAM telah mewujudkan Kem Latihan Penulis (KELAP) bagi mencetuskan semangan dikalangan mahasiswa Islam menerokai dunia penulisan" ujar Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan dalam ucapan perasmiannya.

" Harapan PMRAM agar peluang terbaik ini tidak disia-siakan bahkan manfaatkan semaksima mungkin" tambahnya lagi.

(sumber : PMRAM)

Tuesday, February 7, 2012

Bengkel Lukisan & Karya Kreatif ( BALKIS '12 )




5 & 6 Februari 2012 – Iskandariah, telah berlangsungnya program Bengkel Lukisan dan Karya Kreatif (BALKIS ’12) yang dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan DPMI sesi 2011/2012 dengan kerjasama Al-Fityan PMRAM. Hasil usaha jitu dari jentera pelaksana program ini telah membuahkan hasil.

Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM 2011 iaitu Saudari Kamilah Che Razali dan disertai lebih daripada 30 orang peserta. Pada hari pertama para peserta dibentangkan dengan 3 slot. Slot pertama adalah mengenai pengenalan karya, teknik asas melukis, melukis asas rupa, mimik muka dan karakter. Manakala slot kedua diisi dengan pengisian berkaitan anatomi bentuk badan dan aksi, lipatan pakaian dan teknik garisan. Pengisi slot adalah terdiri daripada  ikhwah dan akhawat. Slot ketiga bermula pada sebelah petang di mana para peserta diberi tugasan melukis dan diakhiri dengan pembedahan karya dari pengisi.

Pada hari kedua,peserta diketengahkan  dengan 3 slot yang mana slot pertama adalah pendedahan grafik dan reka bentuk karya. Slot kedua pula ialah penerangan mewarna kartun secara digital. Para peserta turut diberi tugasan oleh pengisi. Hasil karya peserta telah dibedah dan dinilai oleh pengisi.

Sekitar jam 4 petang, program diteruskan dengan majlis penutup yang dirasmikan oleh Pengerusi DPMI sesi 2011/2012, Saudari Sumaiyah binti Zakaria. Majlis diserikan lagi dengan ucapan penutup dari krew Al-Fityan PMRAM sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya menghasilkan karya lukisan dan mewarna secara kreatif iaitu Saudari Nur Atiqah binti Azman dan Saudari Nawal Faiza Naim binti Mahadzir. Sebelum majlis berakhir, cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan telah disampaikan oleh Pengerusi DPMI sesi 2011/2012 kepada Pengarah Al-Fityan PMRAM, Saudara Mohd Taufik bin Nordin  .

Bertemakan ‘Mengareh Seni Lukisan Dakwah’ pihak penganjur mengucapkan sekalung penghargaan buat Krew Al-Fityan yang terlibat dan mengharapkan kepada peserta agar segala ilmu dan input yang diperoleh dapat diaplikasikan oleh para peserta seterusnya dapat melahirkan mahasisiwi yang  serba boleh dalam segenap bidang dan berjiwa kreatif bagi melancarkan perjalanan gerak dakwah seiring dengan hasrat PMRAM  dan DPMI .

Disediakan oleh :
Unit Penerangan & Penerbitan DPMI 2011/2012