Labels

Pages

Tuesday, April 22, 2014

Jom Cakna: Isu BKPJM

~Isu BKPJM: PMRAM Menggesa Pihak Berwajib Ke Arah Meja Perbincangan~

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) memohon pihak berwajib mengkaji semula keputusan terhadap Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) berikutan surat yang telah diterima oleh Saudara Mohd Helmi bin Nor Isham, Yang Dipertua BKPJM berkenaan pengambilalihan pengurusan rumah Johor Hayyu Thamin. Ini dilihat sebagai satu tindakan yang tidak wajar kerana tiada perbincangan dibuat terlebih dahulu.

BKPJM telah ditubuhkan oleh anak-anak jati Johor semenjak 1970 dengan nama asal Tabung Derma Pelajar Islam Johor (TDPIJ) dan kemudiannya ditukar kepada Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir (BKPJM) pada tahun 1982. Apabila disingkap kembali kronologi usaha dalam mendapatkan rumah khusus untuk anak-anak Johor, pada 1976 BKPJM terlebih dahulu berusaha untuk mendapatkannya melalui pungutan kewangan daripada ahli, masyarakat tanah air dan jemaah haji. Antara usaha besar TDPIJ ketika itu adalah membuat pertemuan dengan Menteri Besar Johor ketika itu, YAB Dato’ Abdul Ajid bin Ahmad.

PMRAM menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ke atas BKPJM adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak mahasiswa. Sepatutnya sebagai pihak berwajib bukan mengeruhkan lagi keadaan tetapi mencari titik kesatuan untuk anak-anak Johor di Mesir.

PMRAM telah bertemu dengan barisan pimpinan BKPJM untuk memberikan sokongan moral dan sebagai tanda kebersamaan. Pada pertemuan itu juga Yang Dipertua BKPJM, Saudara Mohd Helmi bin Nor Isham telah menyerahkan Borang Aduan Hak Mahasiswa mewakili anak- anak Johor. 

Kita PMRAM mengharapkan supaya surat tersebut ditarik semula dan dibawa kepada meja perbincangan. 

Hanifulfuad bin Hussein
Presiden,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2014

22 April 2014 Bersamaan 22 Jamadil Akhir 1435H

No comments:

Post a Comment