Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14) adalah aktiviti tahunan bagi PMRAM Cawangan
Iskandariah juga merupakan hari keluarga
yang dilaksanakan bagi mengeratkan tali persaudaraan antara ahli. Program yang
berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa,11 Mac dan berakhir pada Khamis,13
Mac 2014 ,bermula seawal jam 7.00 pagi
dan berakhir pada 5.00 petang.Program ini telah berlangsung dengan jayanya
bertempat di Dewan Zajlatul Abidah dan Montaza.
Antara objektif pelaksanaan program adalah untuk membuka
minda dan kesedaran mahasiswi ke arah peningkatan kemahiran , thaqafah dan
organisasi,menyemarakkan kerjasama dan menanam nilai-nilai murni melalui
aktiviti yang dijalankan serta mengukuhkan semangat persaudaraan dan kesukanan
di kalangan mahasiswi.
Hampir 60 orang
mahasiswi telah mendaftarkan diri seawal jam 7.00 pagi bagi menyertai program
ini. Pada hari pertama jam 8:30 pagi bertempat di Dewan Zajlatul Abidah, majlis
dimulakan dengan diskusi kitab yang telah disampaikan oleh saudara Mohamad
Faroaq.Selepas berakhirnya diskusi kitab,majlis perasmian BEAUTY ’14 disempurnakan
dengan didahului ucapan alu-aluan daripada pengarah program, saudari Jamaliah Binti
Redzuan dan diteruskan dengan ucapan perasmian
oleh Pengerusi DPMI, Saudari Nur Atiqah Binti Azman.
Pada jam 12.00 tengahari , acara indoor game bermula dan
berakhir pada jam 5.00 petang.Terdapat pelbagai acara menarik yang telah
dijalankan bagi mahasiswi dan juga aktiviti untuk para ibu dan anak-anak
mereka.Pada hari kedua,acara indoor BEAUTY ’14 telah berlangung di Montaza.Antara
acara yang dijalankan adalah bola baling dan sukaneka.Program berakhir pada
jam 5.00 petang.
Hari ketiga berlansung dengan pelbagai aktiviti persembahan
pilihan dan sesi BBQ telah dijalankan.Sebelum bermulanya sesi BBQ,majlis
penutup BEAUTY ‘14 telah disempurnakan oleh Penasihat 1 saudari Norliza binti
Mat Salleh dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Selama 3 hari program BEAUTY ‘14 berlangsung,Unit Penerangan
dan Penerbitan bersama Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah membuat pameran
mengenai PMRAM Cawangan Iskandariah dan juga pameran kemanusiaan.
Jentera pelaksana BEAUTY ’14 mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang bertungkus-lumus bagi menjayakan
program ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.
“Semarak Ukhuwwah , Inventasi Kesatuan”
Jamaliah binti Redzuan,
Pengarah Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14)
PMRAM Cawangan Iskandariah 2013/2014.
No comments:
Post a Comment