Labels

Pages

Monday, October 4, 2010

LAWATAN KERJA BADAN PENGURUS PMRAM DAN HEWI PMRAM PUSAT KE ISKANDARIAH DAN DAMANHUR


KAHERAH, 28 September - Badan Pengurus dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi HEWI PMRAM 2010 telah mengadakan lawatan kerja ke Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah ( DPMI ) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur ( DPMDM ).

Majlis lawatan kerja Badan Pengurus Dan HEWI PMRAM telah diadakan diwaktu yang berasingan di dua buah Markaz DPM tersebut.

Kunjungan lawatan kerja pertama telah diadakan dimarkaz Dewan PErwakilan MahasiswI ISkandariah ( DPMI ), Mandarah, Iskandariah sebelah petang.

Disebelah pagi, pihak DPM Iskandariah telah mengadakan program motivasi 5 M bersempena dengan pembukaan kuliah bagi sesi 2010/2011 di peringkat DPM.

Pada jam 2 petang ahli-ahli DPM Iskandariah beramah mesra dalam sebuah majlis dialog bersama pimpinan PMRAM pusat yang diadakan sejurus tamat program motivasi 5 M itu.

Seramai 14 orang Badan Pengurus dan 15 orang HEWI PMRAM 2010 yang diketuai Presiden Saudara Shahrizan Mohd Hazimie telah turun padang bersama-sama dengan ahli DPM Iskandariah bagi mendengar suara ahli dan permasalahan didalam pelbagai perkara yang berlaku sekitar ahli di Iskandariah.

Kehadiran ahli Iskandariah yang memberangsangkan itu telah menggunakan peluang yang ada bersama pimpinan itu telah melontarkan pelbagai cadangan dan soalan bagi mengukuhkan kesatuan serta perpaduan diantara ahli PMRAM.

Majlis ramah mesra itu diakhiri dengan seluruh ahli DPM iskandariah mendengar amanat daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazimie.

Pada sebelah malam pula, Badan Pengurus PMRAM yang diketua Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Haizimie telah mengadakan kunjungan lawatan kerja ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur bertempat di markaz Darul Huda.

Majlis ramah mesra diadakan sejurus selepas solat isya' secara berjemaah dengan kehadiran ahli Damanhur yang memenuhi markaz Darul Huda itu.

Majlis tersebut juga dihadiri seramai 12 orang pimpinan Badan Pengurus yang ingin mendengar suara ahli di peringkat Damanhur telah menerima respon yang baik serta menerima cadangan dan muhasabah yang bernas daripada ahli-ahli Damanhur yang cukup prihatin tentang kesatuan badan induk mahasiswa PMRAM bagi sentiasa bergerak seiringan dengan era semasa.

Diakhir majlis ramah mesra itu, ahli-ahli Damanhur telah mendengar amanat emas daripada Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazimie.

Pihak DPM Damanhur amat menghargai kehadiran pimpinan PMRAM pusat bagi menjenguk ahli-ahli yang berada jauh dari Kaherah dan mengharapkan hubungan ahli Damanhur dengan Badan Pengurus PMRAM dibina denga lebih akrab lagi.

sumber:www.pmram.org

No comments:

Post a Comment