Labels

Pages

Saturday, October 30, 2010

Sekalung Tahniah Dan Penghargaan



KAHERAH, 30 Okt - Lapangan Terbang Antarabngsa Kaherah semalam telah menerima tetamu yang istimewa setelah setahun kerusi TYT Duta Malaysia ke Republik Arab Mesir dikosongkan. Ketibaan TYT Prof. Dr Fakhruddin Abdul Mukti dilapangan terbang telah disambut oleh kakitangan pegawai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah serta kakitangan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah pada awal jam 10 pagi.

Deligasi dari Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang diketuai oleh Presiden, Saudara Shahrizan Mohd Hazime, Timbalan Presiden, Saudara Mohd Zuhaili Saiman dan Naib Presiden II, Saudara Mohamad Azlan Hj Alias turut bersama-sama menyambut kedatangan TYT Duta yang baru bersama keluarga.

Hampir 2 jam penantian kakitangan kedutaan dan deligasi dari PMRAM menunggu dari pintu luar VIP, namun dengan pertemuan yang singkat dilapangan terbang tersebut diambil kesempatan sebaiknya untuk berramah mesra dengan TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin.

Sebelum itu, pihak PMRAM telah mengucapkan tahniah dan selamat datang ke bumi anbiya' kepada TYT Duta Prof Madya Dr Fakhruddin Abdul Mukti atas lantikan beliau sebagai TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru bagi menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.

TYT Duta Malaysia ke Mesir yang baru amat terharu dengan kehadiran kakitangan KBMK, JPMK dan PMRAM serta beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas sambutan yang dilakukan dilapangan terbang tersebut serta aktiviti yang dilakukan untuk sambutan kedatangan beliau ke bumi Mesir ini.

No comments:

Post a Comment