Labels

Pages

Tuesday, October 2, 2012

Petua Merawat Batuk Berkahak


Pilihan 1: Daun Pegaga - Ambil setengah genggam daun pegaga dan rebus daun tersebut dengan 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga menjadi tinggal separuh. Tapiskan dan minum segelas, dan amalkan meminumnya 3 kali sehari.

Pilihan 2: Bunga Raya - Ambil 2 kuntum bunga raya dan potong halus bunga tersebut. Ambil setengah gelas air masak dan sedikit garam lalu campurkan dengan potongan bunga itu tadi. Perah dan tapiskan. Minum air tapisan 3 kali sehari.

Pilihan 3: Sembung - Ambil 15 gram daun sembung, sepotong bidara upas dan 20 gram daun pegaga. Potong halus kesemua bahan ini dan campurkan dengan 2 cawan air masak. Perah dan tapis. Minum secawan, 3 kali sehari.

Pilihan 4: Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila nasi menjadi kembang, minum airnya setiap pagi.

Pilihan 5: Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

Pilihan 6: Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama 1 malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu.

Pilihan 7: Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari.

Pilihan 8: Ambil 2 sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

Pilihan 9: Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau itu dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh.

Pilihan 10: Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk dan kahak hilang.

Rawatan & Penjagaan Batuk Berkahak
Banyak aspek boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya di bahagian sistem saraf tiroid. Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan. Apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah dijangkiti kuman yang boleh mendatang lendir. Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti berikut:

a. Hidung
b. Mulut
c. Telinga

Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan di liang-liang paru-paru.Di bahagian paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia. Di peringkat awal yang boleh dikenalpasti ketika anda mengalami keadaan seperti berikut:

Gatal di bahagian tekak
Demam panas
Alergi yang tidak terkawal
Selsema
Batuk yang berleluasa

Pengambilan yang perlu dielak:
1. Mengurangkan pengambilan makanan segera
2. Air yang bergas
3. Minuman yang berais

Amalan yang perlu dilakukan selalu:
a. Minum air suam secukupnya
b. Senaman
c. Mengambil vitamin tambahan seperti vitamin C

Rujukan: Petua Ensiklopedia Melayu Lama

Di sediakan oleh :
Unit Pengetahuan 
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013

TOLAK PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH SAW



Penghinaan terhadap Baginda Nabi Muhammad SAW bukan suatu perkara yang baru, malah ia telah berlaku sejak awal Baginda SAW diutuskan lagi.

Pelbagai cacian, dan penghinaan yang dilakukan musuh Islam dalam cubaan untuk menjatuhkan satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT.

Bentuk-bentuk mengeji Baginda SAW berlaku mengikut peredaran zaman. Bermula daripada zaman Baginda SAW sehingga kini.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan kebiadaban seorang penerbit filem berbangsa Yahudi Amerika, Sam Bacile yang telah menerbitkan filem yang berjudul “Innocence of Muslims” yang mana filem itu telah dihasilkan sepenuhnya dengan tujuan untuk menghina Baginda SAW sekaligus menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Antara kandungan filem tersebut ialah, dengan mewatakkan Baginda SAW sebagai ‘womaniser’ iaitu seorang lelaki yang gilakan wanita, kejam dan tidak adil terhadap isteri-isterinya. Bukan itu sahaja, bahkan filem itu turut menghina sumber perundangan Islam, iaitu al-Quran dan Sunnah, serta para sahabat Baginda SAW.

Jika diteliti sejarah semasa zaman perutusan, Baginda SAW telah dihina dengan pelbagai cara. Antaranya, dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina dan mengeji batang tubuh kekasih Allah.

    Antara bentuk tuduhan tersebut ialah :

•    Baginda SAW dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (al-Quran) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
•    Dituduh sebagai seorang yang tidak waras. Abu Jahal telah mengupah para samseng dan pencaci untuk menghina Baginda SAW melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
•    Dituduh sebagai seorang tukang sihir.
•    Didakwa bahawasanya Baginda SAW tidak layak untuk menjadi wakil Tuhan.

Walaupun banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Baginda SAW, kasih sayang Allah SWT sentiasa mengiringi Baginda SAW. Melalui pengajaran atas kebiadaban musuh-musuh Islam, sebagai contoh, kisah Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah,isteri Abu Lahab yang selalu mencela dan menyakiti Baginda Sallallahua’laihiwasallam dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Baginda, sehingga diturunkan ayat al-Quran yang mencela suaminya, Abu Lahab.
Setelah penurunan ayat yang mencela dirinya dan Abu Lahab tersebar, bergegas Ummu Jamil mencari Nabi dengan niat untuk melontar batu ke arah Baginda SAW. Akan tetapi, dengan kuasa Allah s.w.t , tertutup pandangan Ummu Jamil dari melihat Baginda SAW,sedangkan dia telah berada berhadapan dengan Baginda SAW, yang mana ketika itu Baginda telah ditemani Saidina Abu Bakar r.a.

Kata Saidina Abu Bakar r.a ,”Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil) melihatmu?’
Sabda Baginda s.a.w ,”Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah SWT telah menutup pandangannya terhadapku”

    Dengan kisah tadi, terbuktilah kecintaan  Allah SWT pada kekasihNYA dan betapa hinanya golongan yang mencerca Baginda Sallallahua’laihiwasallam..

Selaku mahasiswa/wi Islam kita seharusnya mendalami sirah, sunnah dan hadithnya. Demi memartabatkan ketinggian Islam, juga sebagai bukti cinta kita selaku umat Baginda SAW,umat akhir zaman.
   
    Ingatlah, sekiranya kita berpaling, nescaya Allah SWT akan menggantikan kaum yang lain, jauh lebih baik untuk memperjuangkan agamaNya, dan kaum yang bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kehormatan Baginda SAW, keluarga dan para sahabat.

    Sesungguhnya, mulianya kita kerana perbuatan dan kepercayaan dalam menjaga adab dalam Islam, dan hinanya kita apabila luntur keyakinan dan pegangan kepada agama Islam.



Disediakan oleh
Unit Penerangan dan Penerbitan
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013

Tuesday, September 25, 2012

"JOM JELAJAH DPM" - ISKANDARIAH -



Bersempena "JOM JELAJAH DPM" yang telah dirasmikan pada 13 September2012 yang lepas,
Unit Sambutan dan Rehlah DPMI telah menyediakan jadual pengangkutan (keretapi ataupun tremco) dari Iskandariah-Kaherah-Iskandariah.
Sebarang perubahan pada harga dan masa perjalanan tertakluk pada pindaan.

Sunday, September 16, 2012

FILEM PENGHINAAN TERHADAP RASULULLAH S.A.W.

                                             “Innocence of Muslims”


Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube.

Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.
Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’ (penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.
RESPON MANHAL PMRAM TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W.
1. Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama bahkan Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat keagamaan. Ini sebagaimana firman Allah : "Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Al-An’aam: 108)
2.  Menggambar watak Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pembohongan kepada Baginda. Ianya dilarang dalam agama dan menyakiti hati Rasulullah S.A.W.  serta para rasul-rasul yang lain. Nabi s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Bukhari & Muslim).
3. Masyarakat dunia digambarkan tentang sesuatu yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Ianya bagi menimbulkan fenomena Islamophobia dikalangan masyarakat dunia serta mewujudkan penentangan terhadap Islam.
4. Mengalihkan pandangan masyarakat Islam dan masyarakat dunia secara umum terhadap konflik dan isu-isu semasa yang sedang berlaku sekarang seperti isu Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.aw. bukanlah suatu yang baru. Ianya merupakan rancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya.

Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.

"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"

"Memartabat Keilmuan Memipin Kesatuan"


Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin

Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012

Laporan : MERDEKA'12 disambut dengan meriah



Kaherah,11,12&13 September 2012 – Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK)
MERDEKA ’12  bertemakan “Hayati Sejarah Manifestasi Wehdah” yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)  telah berjaya diadakan, bermula pada  
11 September yang lepas akhirnya melabuhkan tirai pada 13 September 2012. Dalam PMHK kali ini, Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah telah menghantar 11 orang sebagai wakil cawangan . MERDEKA ‘12 kali ini menggunakan konsep taakhi yang terdiri daripada empat zon iaitu Zon A, Zon B, Zon C dan Zon D. Iskandariah merupakan Zon B bersama taakhi negeri Kelantan, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Shoubra.

Pelbagai acara telah dipertandingkan di bahagian ikhwah mahupun akhawat.Di antara permainan outdoors yang dipertandingkan di bahagian akhwat  iaitu bola jaring, dan badminton  bertempat di Nadi Syabab,dan pingpong bertempat di Rumah Kelantan Baru (RKB). Manakala acara indoors seperti acara debat.sajak dan nasyid telah dipertandingkan
di rumah-rumah negeri di Hayyu asyir.

Pada malam hari ke-3 MERDEKA’12,majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh saudara Abdul Malek.Dalam ucapan, beliau menyeru supaya ahli PMRAM lebih cakna akan isu semasa dunia Islam dan membantu negara-negara lain dalam mencapai erti kemerdekaan yang sebenar.Seterusnya,beliau telah menjayakan gimik “Jom Jelajah DPM” anjuran Lajnah Muhafazah.

Selepas ucapan perasmian penutup,diteruskan lagi dengan agenda pemberian hadiah kepada pemenang-pemenang.Menang ataupun kalah menjadi kebiasaan di dalam sesuatu pertandingan. Zon B akhawat telah dinobatkan sebagai kontinjen terbaik perbarisan,serta Zon D dinobatkan sebagai kontinjen terbaik kesuluruhan.Manakala pula,pameran terbaik telah dianugerahkan kepada Mini Pavilion.
Setelah selesai pemberian hadiah,acara penutup diserikan lagi dengan persembahan daripada johan sajak,nasyid,monolog dan nasyid daripada kumpulan Al-Wadi.

Dengan berakhirnya MERDEKA’12 ini,kami mengharapkan agar ukhuwah yang terjalin sesama taakhi mahupun bukan taakhi zon agar dipelihara dan  dikekalkan.Kami  merakamkan terima kasih yang tidak terhingga dan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan satu program yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat kepada semua ahli.Sebelum akhirnya,terima kasih juga kepada peserta-peserta yang banyak  menolong dan  menjadi perwakilan kepada PMRAM Cawangan Iskandariah.


“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”

Disediakan oleh :
Pemangku Ketua Unit Sambutan Dan Rehlah
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013