HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina
hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa
kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu
beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan
hukuman terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”(An-Nur:2,
al Quranul Karim)
PANDANGAN ULAMA TAFSIR
Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang
masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus
sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes
zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes
zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh
mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya,
manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki
kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam
melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman ke
atas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam
Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin.
Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu
sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya Nabi Muhammad
salallahualaihi wasalam telah bersabda:
“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada
tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh
dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah
orang-orang Islam.”
Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan
hukuman ke atas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh
Allah, juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan
sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh
Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:
“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad
mencuri, sesungguhnya aku akan potong tangannya.”
Maka dirikanlah hudud ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan
pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran
ke atas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.
Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan di hadapan sekumpulan daripada
orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya
penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan
yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah
berkata Qatadah:
"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang
beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana
untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".
Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :
1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan
Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang
merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini
sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak
mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.
PERBAHASAN
Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan
bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada
terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan
manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum
hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua
kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan
kesalahan itu ;
1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin
Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi
kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin
jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi
mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman
sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah
merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan
nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya
melakukan kesalahan zina.
Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke
atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai
nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan
kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam
sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD
Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4
Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina
itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV
Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan
mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan
tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk
disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami
kesakitan yang banyak bagi merangsang penghasilanan sel-sel T4 yang
baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah
dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggangdi
bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula
antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas
antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila
dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding
dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca
daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan
antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi
tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis initidak akan dapat
diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah
merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan
penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang
lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.
IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD
Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan
sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang
terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang
terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata
ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel
asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah
merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan
bahan-bahan luar (foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan atau
tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:
1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel
Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah
satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme
pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak
hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah
sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan
pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk
tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan
dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di
tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga
turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang
telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang
dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh
membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk
seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah
menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba
menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak
tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif
dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang
dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang
boleh memusnahkan manusia itu sendiri.
HIKMAH MANDI WAJIB
Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia
terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan
keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh
atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah
badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang
lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk
menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan
mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan
di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan
diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar
berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain
dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk
yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib
selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian
diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat
menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang
lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit
sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan
wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang
kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan
osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan
akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila
bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti
apabila dikenakan padanya debu.Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana
tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan
menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi
badan.
Tulisan: Dr.
Jamnul Azhar Hj. Mulkan