Labels

Pages

Tuesday, February 7, 2012

HIKMAH HUDUD DARI SUDUT SAINS





HIKMAH PERLAKSANAAN HUDUD

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukuman terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”(An-Nur:2, al Quranul Karim)

PANDANGAN ULAMA TAFSIR

Hukuman ke atas penzina lelaki dan perempuan yang merdeka, berakal dan yang masih bujang atau dara yang masih belum berkahwin adalah disebat dengan seratus sebatan setiap seorang. Hikmah memulakan hukuman ke atas perempuan dalam kes zina dan memulakan hukuman ke atas lelaki ketika kes mencuri adalah kerana kes zina selalunya terjadi disebabkan oleh golongan perempuan yang boleh mengaibkanya lebih daripada lelaki dan lebih memberi kesan ke atasnya, manakala dalam kes mencuri pula selalunya berlaku ke atas orang lelaki kerana mereka lebih berani dan lebih merbahaya daripada orang perempuan dalam melakukan perkara itu maka didahulukan orang lelaki daripada orang perempuan.
Pada zahir ayat ini menerangkan akan ketetapan hukuman ke atas penzina –penzina iaitu 100 sebatan rotan tetapi telah ditetapkan di dalam Sunnah yang Qat’ie dan penzina yang belum berkahwin dan yang telah berkahwin. Adapun hukuman bagi penzina yang telah berkahwin ialah direjam dengan batu sehingga mati mengikut Sunnah secara lisan dan perbuatan. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas’ud bahawasanya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam telah bersabda:

“Tidak halal darah orang-orang Islam kecuali berlakunya salah satu daripada tiga perkara iaitu orang yang telah berkahwin berzina, orang yang membunuh dengan sengaja dan keluar daripada agamanya juga berpecah daripada jamaah orang-orang Islam.”

Janganlah kamu berlembut dan berasa belas kasihan ketika hendak melakukan hukuman ke atas penzina kerana ini adalah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah, juga tidak boleh merosakkan hudud Allah yang telah ditetapkan dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada apa yang telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ashab al-Kutub as-Sittah daripada Aisyah radhiAllahu anha:

“Demi Tuhan yang menciptakan diriku, walaupun sekiranya Fatimah bt Muhammad mencuri, sesungguhnya aku akan potong tangannya.”

Maka dirikanlah hudud ke atas orang-orang yang melakukan perbuatan zina dan pukullah mereka itu dengan pukulan yang menyakitkan untuk memberikan pengajaran ke atas mereka jika kamu beriman dengan Allah SWT dan hari Akhirat.

Dan dirikanlah hudud secara terang-terangan di hadapan sekumpulan daripada orang-orang Islam tambahan balasan bagi orang yang berzina.Sesungguhnya penzina-penzina itu apabila disebat di hadapan orang ramai akan memberi kesan yang lebih untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan itu lagi. Telah berkata Qatadah:

"Allah S.W.T telah memerintahkan sekumpulan daripada oraang-orang yang beriman untuk melakukan penyaksian ketika hukuman itu dijalankan adalah kerana untuk memberi peringatan, nasihat dan pengajaran".

Kes-Kes zina ini disabitkan dengan salah satu daripada perkara berikut :

1- Iqrar atau pengakuan : Ini selalunya berlaku ketika pemerintahan Islam Keterangan atau penyaksian: Iaitu penyaksian 4 orang saksi lelaki yang merdeka, adil dan beragama Islam dan melihat dengan mata mereka sendiri. Ini sangat jarang berlaku dan tidak terhasil kecuali sedikit.
2- Mempunyai hubungan dengan perempuan yang tidak mempunyai suami yang boleh dikenali baginya.

PERBAHASAN

Apabila Allah menjadikan manusia Allah juga menjadikan bersama kejadian manusia itu undang-undang yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan kesengsaraan akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri.Terdapat 17 jenis kesalahan yang dihukumkan dengan hukum hudud antaranya hukum bagi mereka yang melakukan penzinaan.Apabila sabit dua kesalahan terdapat dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;

1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin

2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?

Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan. Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.


Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.

HIKMAH DISEBALIK PERLAKSANAAN HUDUD

Buat penzina yang belum berkahwin, mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi merangsang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat di antara bawah tengkuk dan di atas pinggangdi bahagian belakang dengan sebatan yang akan merangsang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.
Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis initidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein. Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein. Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar. Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials) sama ada melalui proses kecederaan atau tidak .Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)

2.Tindakbalas pembaikan sel

Toleran (ketiadaan tindakbalas imun) adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri. Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri. Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan. Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia. Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia serta sistem pengawalanan yang dapat mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

HIKMAH MANDI WAJIB

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh.Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri.Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari badan ,ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.

TAYAMMUM PENGGANTI MANDI JUNUB

Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu.Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan.

Tulisan: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan


DPM Melestari Kesatuan Mahasiswa




PMRAM semakin utuh bertapak dipersada arena kepimpinan mahasiswa Islam yang berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Usia PMRAM yang sudah mencecah 80 tahun bermukim di Perlembahan Nil ini mak sudah sokongan dan dorongan pendokongnya tidak berbelah bagi.

Kewujudan PMRAM sekaligus membuktikan bahawa generasi muda juga mampu memimpin dalam membentuk ideologi yang setanding dengan pemikir Islam yang tersohor.

Dewan Perwakilan Mahasiswa ( DPM ) ditubuhkan bermula pada tahun 1992 membuka satu lembaran sejarah bagi anak-anak Melayu yang berkelana dibumi anbiya'.

Ini kerana ketika itu menjadi perintis kehidupan anak Melayu di beberapa cawangan Universiti Al-Azhar diseluruh Mesir.

Agenda kebajikan PMRAM tetap diteruskan biarpun terpaksa dihantar ke cawangan, ini sekaligus mengangkat fungsi keberadaan PMRAM yang mengutamakan kebajikan antara matlamat penubuhannya.

Semakin lama, DPM menjadi pilihan mahasiswa menyambung pengajian Islam dengan menerima kedatangan pelajar saban tahun.

Anak-anak Melayu di DPM juga dilenturi dengan sikap berdikari dalam mengharungi kehidupan yang sedikit berbeza dari sudut suasana dan budayanya.

Gambaran ini jelas menunjukkan PMRAM terus dikuatkan dengan ahli DPM yang memberikan komitmen yang semaksima mungkin. Senstiviti melindungi keutuhan PMRAM sudah sebati dalam jiwa kerana begitu memahami dasar dan matlamat yang diperjuangkan.

Apabila menyoroti sejarah penubuhan setiap DPM sudah pasti akan mengheret naluri seorang insan memahami betapa manisnya kesatuan yang terbina.

Kebersamaan PMRAM dan DPM adalah satu momentum bagi menyemai kesefahaman agar ukhuwah yang terjalin bukan dilestarikan atas kepentingan individu tetapi kepentingan bersama.

Sempena penganjuran Konvensyen pada kali ini, diharapkan agar dapat menjalinkan keterikatan untuk memelihara keindahan berukhuwah dikalangan kepimpinan DPM dan ahli tanpa mengira latar belakang dan kefahaman.

Mohd Solehuddin bin Mohd Safien
Naib Presiden II
Ketua Lajnah Muhafazah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
2011

(sumber : pmram.org)

Wednesday, February 1, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 Lubuk Khazanah Para Ulama'



Dalam kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kaherah ke-43 yang sedang berlangsung, jelas keterujaan para pencinta ilmu memburu khazanah-khazanah berharga tinggalan ilmuan terdahulu atau sarjana masa kini. Benarlah seperti yang pernah diungkapkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW bahawa dua golongan yang tidak pernah kenyang dan puas ialah pengumpul harta dan penuntut ilmu. Dalam usaha mendalami dan memahami lautan ilmu yang luas, para penuntut perlulah terlebih dahulu mengetahui serba sedikit tentang pembahagian ilmu pengetahuan secara umum dan kunci-kuncinya. Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf dalam kitab al-Fawaid al-Makkiah karangannya ada menyebut tentang empat pembahagian ilmu iaitu :-


1. Syar’iyyah – Tafsir, Hadis dan Fekah
2. Kesusasteraan – Bahasa, Nahu, Sorof, dll.
3. Latihan – Tasawuf, Matematik, Muzik, Politik, dll.
4. Akal – Mantiq, Usul al-Fiqh, Usuluddin, Perubatan, Falsafah, dll.


Terdapat empat syarat utama yang digariskan oleh Syeikh ‘Alawi al-Saqqaf perlu diberi perhatian atau sebagai kunci empat mata iaitu :-


1. Guru yang menerang
2. Akal yang jernih
3. Kitab yang sahih
4. Berterusan dalam mengulang kaji


Kitab yang sahih atau betul adalah syarat yang penting kerana mampu membantu dalam penghasilan ilmu dan sebagai satu cara mengekalkannya kerana sesuatu yang ditulis akan kekal, manakala sesuatu yang dihafaz akan mudah hilang. Tambahan pula, para ulama’ menyatakan bahawa hukum menulis ilmu adalah fardhu kifayah. Sahih yang dimaksudkan di sini ialah kitab tersebut tidak terdapat padanya cacat cela seperti kekurangan atau telah diseleweng isinya.


Sewajarnya bagi penuntut ilmu untuk mendapatkan kitab yang diperlukannya sama ada dengan cara membeli, menyewa, atau meminjam. Kitab yang diperoleh secara pinjaman perlulah dijaga dengan sebaiknya dengan tidak menulis atau mencatat sesuatu di atas kitab tersebut kecuali dengan izin pemiliknya. Peminjam perlu memulangkan kembali kitab apabila diminta oleh pemiliknya, berterima kasih dan memberinya sebarang ganjaran walaupun hanya sekadar doa.

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhfPHirTbn3r4YKXv1Tf0X7BFTbvADBMofaw5D749XjWqmzmMCy4raKKu94KUnol9f_IN9eDV7OuQjVaiDbtukopB5uCnEQnwmh1X2piKbFenEFhSXsIfbkf7C8ACcIhBD6Kb8WEpd55cE/s400/books1.jpg


Adab-adab dalam menyusun kitab di atas rak juga ditik beratkan oleh para ulama’ dengan diletakkan mengikut kemuliaan ilmu dan pengarangnya. Mushaf al-Quran perlulah diletakkan di atas rak yang tertinggi, diikuti kitab Tafsir, Hadis, Syarah Hadis, Usuluddin, Usul al-Fiqh, Fiqh, Nahu, Sorof, Ilmu al-Ma’ani, al-Bayan, al-Badi’, dan seterusnya. Jika terdapat kitab-kitab yang sama dalam satu cabang ilmu, maka didahulukan kitab yang paling banyak ayat al-Quran, dan kemudian paling banyak Hadis. Setelah itu diperhatikan pula kemuliaan pengarangnya, yang mana terdahulu, dan paling banyak mendapat pujiaan di kalangan ulama’.


Tiadalah teman yang paling bermakna dalam kehidupan seorang penuntut ilmu melainkan kitab. Kemuliaan mendampingi kitab menurut para sarjana Islam amatlah banyak sehingga tidak terkira. Bahkan seorang ilmuan dalam timbunan kitab-kitabnya menyebut jika beliau ingin berkomunikasi dengan Allah Taala, beliau akan mencapai Mushaf al-Quran. Jika ingin bersama Rasulullah SAW beliau akan mencapai kitab Hadis. Begitulah seterusnya beliau akan lakukan jika ingin berbicara dengan para ilmuan yang terdahulu atau terkemudian. Kehangatan berdamping dengan kitab bagi para ulama’ cukuplah jika digambarkan melalui syair yang dikarang.


Cukuplah penghibur kedukaan bersendirian seketika
bersama kitab, padanya penyelesai masalah sukar.
Penemanmu yang diredoi, fasih, dan pendiam,
bercakap apa dikehendaki, menjawab segala persoalan.

Kekasih duniaku adalah kitab, tiada bagiku
selainnya, tiadalah aku faqir kerananya.
Singsananya pangkuanku tika duduk,
tika berbaring kuhamparkannya didada.


(sumber : UBS PMRAM)

PERKAHWINAN SUATU DAKWAH


الزواج هو الدعوة~~

Perkahwinan. Tujuan ibadah bukan sekadar suka-suka mencari teman hidup atau menghalalkan hubungan lelaki dan wanita. “ Perkahwinan melengkapkan separuh dari agama ”. Pernah dengar bukan sebaris ayat ini? Maka perkahwinan membawa makna yang lebih besar dalam Islam iaitu menyebarkan dakwah Islam agar terus dirasai semua ummat manusia . Oleh itu, pasti ada garis panduan khas yang telah Islam tetapkan dalam isu perkahwinan ini.

Menurut kitab Al-Usrah Kama Yuriduha Islam karangan Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi, perkahwinan membawa matlamat meluaskan agama Islam. Maka, suatu rumahtangga perlu memiliki ciri-ciri Islam. Tetapi persoalannya bagaimana?

Perkahwinan yang stabil dan harmoni

Perkahwinan merupakan ikatan syari’e yang dinyatakan antara lelaki dan wanita dan diumumkan kepada semua orang bagi mengelak sebarang fitnah. Hal ini berbeza dengan pertunangan di mana ia perlu dirahsiakan bagi menjaga nama baik kedua-dua pihak. Fitrah manusia malah makhluk-makhluk lain juga diciptakan berpasang-pasangan. Maka sememangnya manusia ditakdirkan Allah untuk hidup bersama-sama suami isteri dalam suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat 4 ciri-ciri keluarga harmoni yang digariskan oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradawi iaitu:

Ø Bijak Memilih. Kriteria utama yang perlu diambil berat dalam mencari pasangan hidup ialah baik akhlak dan agamanya. Kenapa bukan kerjaya atau rupa paras? Ya, realitinya inilah yang berlaku sekarang, dimana manusia berlumba-lumba memilih kecantikan dan pangkat sebagai pilihan utama sedangkan ‘mind set’ seperti inilah yang harus dibuang. Bukan tidak boleh, tetapi disini kita perlu melihat dimana keutamaannya yang perlu kita pertimbangkan.

الدنيا متاع وخير متاعها المرءة الصالحة

Maksudnya : dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Selain itu, perlu juga mencari pasangan yang serasi. Bagaimana mengukur keserasian? Kaedah yang dibolehkan ialah mengadakan pertemuan dengan cara yang betul. Contoh yang jelas ialah melalui Unit Bait Muslim. Dalam pertemuan ini, mereka akan bertaaruf dan berbincang malah dibenarkan lelaki melihat wanita demi mencapai keserasian antara kedua-duanya.

Faktor kesetandingan turut perlu diambil berat dalam mencari pasangan. Ini penting bagi menjamin keamanan rumahtangga di masa hadapan. Dengan ini, jelaslah Islam telah meletakkan garis panduan yang cukup teliti dalam urusan perkahwinan.

Ø Bebas Memilih. Islam satu agama yang adil, dibuktikan dengan mengangkat martabat kaum Hawa di muka bumi berbeza dengan situasi penindasan yang berlaku semasa zaman Jahiliyah. Wanita diberikan hak memilih siapa pasangan hidupnya. Wanita juga boleh menolak calon pilihan bapanya sekiranya dia mahu dan tidak jatuh hukum menderhaka didalam situasi ini. Perkara ini juga berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W. dimana baginda menghalang seorang bapa yang ingin menjodohkan anaknya dengan seorang lelaki yang tidak disukai oleh anaknya.

Ø Menjaga hak pasangan. Hak dalam rumahtangga terdiri daripada hak fizikal seperti makan minum dan tempat tinggal dan hak rohani iaitu tarbiyah. Kedua-dua hak ini harus ditunaikan sama rata, tidak terlebih atau terkurang. Menjadi tanggungjawab suami mendidik isteri terutamanya dalam hal agama. Maka seruan kepada mempersiapkan diri dengan ilmu agama sebagai persediaan mendirikan rumahtangga. Tidak kurang juga para wanita, didikan atau tarbiyah anak tanggungjawab utama kalian sebagai insan yang paling dekat dengan mereka.

Ø Menjaga kehamonian rumahtangga. Perkahwinan sebagai satu ibadah dalam Islam. Maka hanya Islam yang dapat menjamin keharmonian institusi ini. Jika timbul sebarang masalah ditengah-tengah pelayaran bahtera rumahtangga, maka kembalilah kepada Islam, muhasabah apa kesilapan di sisi Islam dan kembalilah kepada tuntutan Islam dalam bab perkahwinan. Perkara ini perlu diambil berat sama ada sebelum dan selepas berumahtangga. Jika asas yang dibina sudah menyalahi tuntutan syariat Islam seperti bercouple, maka tunggulah kehancuran yang bakal berlaku kerana asas pembinaannya jelas sudah salah.

Pelengkap naluri keibuan dan kebapaan

Tidak lengkap sesuatu rumahtangga tanpa kehadiran cahayamata. Sememangnya tujuan perkahwinan untuk meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. dengan melahirkan zuriat yang ramai. Namun begitu, anak-anak kurnian Allah buat pasangan yang berkahwin demi Allah dan demi Islam bukanlah untuk disimpan di dalam rumah tetapi untuk tujuan diinfaqkan ke jalan Allah S.W.T dan menjadi pejuang agama Allah. Maka inilah sebabnya mengapa anak-anak kecil Palestin menjadi sasaran peluru Israel laknatullah, menghapuskan ancaman bagi mereka.

Buat kalian yang menyimpan hasrat membina masjid, ayuh Tanya diri kita. Apa niat asal kita? Apa asas yang kita letak dalam membinanya kerana asas inilah yang akan menjadi kekuatan dan pembantu dalam melayari hidup berumahtangga. Moga masjid yang kita bina dipandang oleh Allah S.W.T dan diberkati di dunia dan akhirat.


(sumber : UBM PMRAM)