Labels

Pages

Saturday, January 7, 2012

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN : Harus Atau Tidak Menurut Kacamata Islam ?










MENIRU BUKAN DARIPADA KALANGAN KITA

Sekadar untuk penelitian bersama. Masih ada dikalangan segelintir pelajar-pelajar Islam yang menyatakan :

"Boleh je kita meniru dalam peperiksaan, kerana sistem peperiksaan adalah ciptaan kaum Barat, apatah lagi soalan susah sangat, so.. tiada masalah kalau meniru sekalipun, apa yang kita dapat pun lepas ni hanyalah sijil yang berunsurkan keduniaan, apa yang penting adalah ilmu di dada, bukan sijil yang menjadi target dan tujuan utama".

Syeikh 'Atiah Saqar dalam fatwanya ada menyatakan, telah disepakati oleh jumhur Ulama’bahawa jenis perbuatan meniru,menipu, memperdaya, memalsu, memanipulasi, mengkhianati adalah perbuatan HARAM disisi Islam. Ini adalah hukum secara umum atas perbuatan tersebut dan tergolong mereka dalam perbuatan dosa kerana ianya bukan daripada pengamalan dan pengajaran Islam.

Perihal tersebut berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. :

"من غشنا فليس منا "

Maksudnya : “Sesiapa yang meniru daripada kami (kalangan umat Muhammad) maka mereka itu bukan daripada kami”. (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka tidak boleh diterima hujah bagi mereka yang menyatakan :

" صعوبة الإمتحان مبرر الغش "


(Susahnya soalan peperiksaan membenarkan alasan untuk meniru).

Ianya bertentangan dengan konsep Islam kerana islam mengajar umatnya untuk sentiasa berusaha dan berikhtiar dalam segenap perkara untuk mencari kejayaan dunia dan akhirat.

Firman Allah :

" إنا مكنا له في الأرض وآتيناه من كل شيء سببا فأتبع سببا "

“Sesungguhnya Kami telah memberikannya kedudukan (kehidupan) dibumi, oleh itu kami telah menyediakan jalan (sebab musabbab untuk mencapai) setiap sesuatu, maka tempuhi ia jalan tersebut (dengan usaha dan ikhtiar makhluk)”. (Surah al-Kahfi : 84-85)

TUJUAN TIDAK MENGHALALKAN CARA

Istilah dan kaedah " الغاية تبرر الوسيلة " (Tujuan menghalalkan cara) adalah kaedah fasid (tidak boleh diterima). Bahkan itu adalah antara modus operandi jahat yang digunakan oleh golongan Zionis (melalui Protokol Zionis Pertama) sebagaimana penaklukan bumi Palestin walaupun dengan menyembelih banyak nyawa, merobohkan rumah kediaman awam, membinasakan tanam-tanaman sesuka hati sejak zaman berzaman. Adapun wasilah kepada kepada sesuatu tujuan itu hendaklah mengikut syariat dan manual yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Perbuatan meniru dalam peperiksaan walau daripada mana car sekalipun dianggap sebagai satu kerosakan yang dilakukan kepada diri sendiri kerana terabainya amanah yang perlu ditunai sebaiknya. Setiap individu pelajar ita adalah amanah kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan Islam itu sendiri.

Firman Allah :

" إنا عرضنا الأمانة على السماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها

وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا "

“Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanah itu kerana takut tidak mampu melaksanakannya, lalu dipikullah amanah itu oleh manusia, sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan jahil” . (Surah al-Ahzab : 72)

PEPERIKSAAN SEBAGAI PROSES TAPISAN

Alasan dan tujuan diperkenalkan peperiksaan dalam system pengajian adalah sebagai tapisan untuk menilai potensi dan kesungguhan pelajar dalam proses menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi untuk melihat siapakah mereka yang benar-benar bersungguh mencapai kejayaan disisi Allah.

Firman Allah :

" أم نجعل الذين آمنوا وعملوا الصالحات كالمفسدين في الأرض

أم نجعل المتقين كالفجار "

“Patutkah Kami memperlakukan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan sama dengan orang yang melakukan kerosakan dimuka bumi? Atau patutkah Kami menganggap mereka yang bertaqwa sama dengan mereka yang jahat?” (Surah Sad : 28)

Firman Allah :

" قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون "

“Katakanlah (Muhammad) Adakah sama mereka yang berilmu dengan mereka yang tidak berilmu?” (Surah al-Zumar : 9)

ILMU ADALAH CAHAYA ALLAH

Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya daripada Allah, maka cahaya tidak boleh memberi kesan kepada hati-hati mereka yang kotor dengan maksiat kepada-Nya sebagaimana ungkapan Syair yang masyhur daripada Imam Syafie :

“ Aku mengadu kepada Imam Waqie’ tentang buruknya hafalan aku..
Lalu beliau tunjukkan aku jalan untuk aku tinggalkan maksiat..
Maka beliau mengkhabarkan padaku bahawa Ilmu itu adalah cahaya daripada Allah..
Adapun cahaya Allah itu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada

mereka yang lakukan maksiat ”

Maka sesiapa yang mencari cahaya Allah tersebut hendaklah menelusuri dengan cara yang betul dan penuh mujahadah (kesungguhan). Justeru itu, Allah akan memberikan ganjaran yang setimpal atas usaha yang ditunjukkan.

Firman Allah :

" والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين "

“Mereka yang bersungguh-sungguh (bermujahadah mencari Redha Allah), Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, sesungguhnya Allah bersama mereka yang berbuat kebaikan”. (Surah al-Ankabut : 69)

Berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh dalam usaha mencapai kejayaan.

Ilmu mampu didalami sebagai intipati ajaran Islam dan sijil mampu digapai sebagai medium penyampaian dakwah kelak.

Jom bersama membina kejayaan.


SALAM IMTIHAN DARIPADA MANHAL PMRAM

Wallahu’alam

Disediakan oleh :

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM

(sumber : MANHAL PMRAM)

Kecemerlangan Dan Kehebatan Mahasiswa Sinergi Perubahan Negara








Tugas sebagai sebagai seorang mahasiswa memang berat tetapi tugas sebagai seorang dewasa lagi berat. Jikadikatakan bahawa mahasiswa di alam kampus yang belum lagi mendirikan rumahtangga ini sibuk dengan pelbagaitugasan maka waktu selepas mendirikan rumahtangga itu pastinya akan lebih sibuk dan diuji dengan pelbagai ujian.

Inilah lumrah sebuah kehidupan. Masing-masing ada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sekiranya dunia inihanya semata-mata kesenangan nescaya Allah SWT tidak perlu menjadikan di akhirat kelak adanya syurga danneraka.

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan syurga ini iaitu kesenangan yang hakiki maka ianya memerlukan kepadapengorbanan dan usaha yang gigih serta berterusan (istiqamah).

Dewasa ini telah timbul pelbagai cerita dan kisah yang berkaitan dengan mahasiswa. Di Malaysia kita telah melihat bagaimana kebangkitan mahasiswadalam menuntut hak dan mengembalikan semula kebebasan yang selama ini dikongkong oleh pihak-pihak tertentu.

Kuasa mahasiswa cukup hebat. Kehebatannya mampu untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang angguh dan zalim. Ini jelas terbukti, erapemerintahan Suharto, Presiden Indonesia suatu ketika dahulu mampu untuk digulingkan oleh kesatuan yang ditunjukkan oleh mahasiswa.

Inilah hebatnya kuasa kerja yang ada pada mahasiswa dan anak muda.

Namun, kehandalan dan kehebatan yang ada pada mahasiswa itu perlu digunakan pada tempatnya. Mahasiswa agen perubah masa depan negara.

Justeru, usaha ke arah mempertingkatkan jati diri sebagai seorang mahasiswa yang matang dan waras dalam setiap tindakannya perlu dilaksanakanbermula daripada sekarang.

Mahasiswa sekarang perlu menonjolkan kehebatan diri mereka kepada khayalak umum bukan untuk bermegah , riak dan takabbur tetapi untuk Islamsupaya kehebatan Islam itu dapat dilihat pada jiwa mahasiswa.

Oleh yang demikian mahasiswa Islam perlu sentiasa optimis dan meletakkan diri mereka sebaris dengan mereka yang berjaya.

Kita inginkan mahasiswa yang mantap dari sudut thaqafah, hebat dari kemahiran, menarik dari sudut perancangan, cantik dari sudut gerak kerja dantindakan serta dan mahasiswa yang meletakkan kepentingan ummat dan masyarakat sejagat melebihi daripada kepentingan diri sendiri.

Selain itu, kita juga mengimpikan mahasiswa yang sentiasa memberikan manfaat kepada orang lain mengikut apa jua posisi, supaya keberadaan dankewujudan kita dalam masyarakat dapat membantu kerja-kerja Islam.

Bukan dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya mereka memiliki kesemua ciri-ciri yang disebutkan tadi sekiranya perkara tersebut tidakdigunakan untuk memberi kebaikan kepada orang lain.

Bukanlah juga dikatakan mahasiswa Islam itu hebat sekiranya hanya mampu berceramah dan memberi tazkirah di merata-rata tempat semata-matatanpa dibuktikan dengan kecemerlangan prestasi akademik.

Justeru, sebagai mahasiswa yang mendokong segala prinsip dan ajaran Islam, maka semestinya kitalah orang yang sepatutnya memegang ‘title’cemerlang itu.

Oleh itu, saya berpesan kepada seluruh mahasiswa Islam yang berada di Bumi Mesir ini khususnya supaya melakukan yang terbaik di dalampeperiksaan semesta pertama yang berlangsung sepanjang Januari ini seterusnya menjayakan suptopik ucapan dasar Presiden PMRAM “Kecemerlangan Akademik Sebagai Senjata Utama “.

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”

ABDUL AZIZ BIN ALI

TIMBALAN PRESIDEN,

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR 2011


(sumber : PMRAM)

Tegakkan Hisbah Dalam Negara













Oleh : Hassan al-Banna

Di banyak negara Islam sangatlah lemah dalam menegakkan hisbah. Sedikit sekali, pemerintahannya yang sungguh-sungguh menegakkan hisbah, karena mereka tidak mempraktekkan syariah Islam. Menegakkanh hisbah sangatlah penting bagi kehidupan ini, karena keberlangsungan kehidupan ini hanya dapat dipertahankan dengan adanya hisbah.

Para ulama mempunyai beberapa difinisi tentang hisbah, antara lain, yang ditulis oleh Imam Gazali dalam al-Ihya', bahwa al-hisbah adalah:

"Usaha untuk mencegah kemunkaran (pelanggaran) terhadap hak Allah dengan maksud menghindarkan orang yang dicegah dari melakukan kemunkaran".

Ibnu Khaldun mendefinisikan kalimat hisbah itu dalam Muqaddimah-nya:

"Hisbah adalah termasuk kewajiban agama yang dalam kategori amar ma'ruf dan nahi munkar".

Ibnu Taimiyah mendefinisikannya dengan:

"Adapun al muhtasib, maka baginya hak untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar yang bukan termasuk tugas khusus penguasa, hakim, pegawai pemerintah dan lain-lain".

Dari berbagai definisi, barangkali kita melihat adanya beberapa sudut pandang dari para ulama. Para ulama masing-masing melihat dari sudut pandang yang berbeda. Diantara ulama ada yang melihat dari sudut pandang seperti Imam al-Gazali. Ada pula yang melihatnya dari sudut kekhususan seorang muhtasib dan perbedaannya dengan tugas para penguasa dan hakim seperti Ibnu Taimiyah.

Imam al-Mawardi dan Abu Ya'la al Hambali dalam buku Al-Ahkam As-Shulthoniyah, Ibnu Al-Khuwwah dalam bukunya al-Mu'alim 'I-Qurbah, Umar bin Muhammad As-Sanami dalam bukunya Nishabu 'I-Ihtisab.

Definisi terakhir ini banyak diikuti oleh para pemerhati dan penulis msalah hisbah. Seperti Ustadz Ali Khahfif yang mengatakan:

"Al-hisbah menurut para ulama adalah menyerukan yang ma'ruf, apabila telah nyata ditinggalkan dan mencegah yang munkar, apabila telah nyata dikerjakan".

Syeikh Abdul Majid Ma'az telah mengatakan hal serupa dari al hisbah dalam majalah Hadzihi sabili:

"Sesungguhnya al-hisbah ialah setiap ma'ruf yang ditinggalkan dan setiap munkar yang dikerjakan".

Amar ma'ruf dan nahi munkar adalah kewajiban dari Allah Rabbul Alamin dalam al-Qur'an.Di dalamnya Allah Rabbul Alamin banyak memuji orang yang m elakukan amar ma'ruf dan nahi munkar. Bahkan kewajiban ini telah dinyatakan oleh Rasulullah shallahu alaihi wassalam dalam banyak hadistnya.

Beberapa ayat al-Qur'an tentang kewajiban melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar. Firman-Nya:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebaikan, memerintah yang ma'ruf dan mencegah yang munkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung." (QS. Ali Imran [3] : 104)

Allah Rabbul Alamin telah menjadikan amar ma'ruf dan nahi munkar sebagai sifat dan karakter agung umat ini. Apabila sifat dan karakter ini ditinggalkan umat sudah tidak ada artinya lagi bagi kehidupan. Firman-Nya:

"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk menusia, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah". (QS. Ali Imran [3] : 110)

Allah Rabbul Alamin memuji dan menyatakan keutamaan orang yang melakukan hisbah dalam firman-Nya:

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh mengeluarkan shadaqah atau yang ma'ruf atau perbaikan diantara manusia". (QS. An-Nisa' [4] : 14)

Ini dari sisi umat secara keseluruhan. Adapun bagi individu, maka Allah telah menjadikan hisbah sebagai salah satu dari sifat-sifat orang Mukmin. Allah berfirman:

"Dan orang-orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sebagian dari mereka adalah penolong bagi sebagian yang lain. Mereka menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang munkar, taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah orang yang akan mendapat rahmat dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana." (QS. At-Taubah [9] : 71)

Bahkan Allah memuliakan hamba-hamba-Nya dengan sifat-sifat itu. Ketika Allah mensejahterakan dengan sifat-sifat orang mukmin yang lain. Firman Allah:

"...Mereka itulah orang yang sering bertaubat, beribadah, memuji Allah, berjalan di jalan Allah, ruku', sujud, menyuruh yang ma'ruf, mencegah yang munkar, memelihara hukum-hukum Allah, dan berilah kabar gembira kepada orang-orang mukmin." (QS. At-Taubah [9] : 112)

Adapun orang yang meninggalkan hisbah dan melakukan yang sebaliknya, maka Allah mengutuk dan menyebutnya sebagai munafik, baik laki-laki dan perempuan. Firman Allah:

"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian mereka adalah penolong sebagian yang lain. Mereka selalu menyerukan yang munkar dan mencegah yang ma'ruf." (QS. At-Taubah [9] : 67)

Lebih jauh Allah menganggap diabaikannya hisbah sebagai sebab turunnya laknat dari sisi-Nya. Sebagaimana yang pernah menimpa bani Israel. Firman-Nya:

"Telah dilaknat orang-orang kafir dari bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putra Maryam. Demikian itu sebab mereka durhaka dan melampaui batas. Mereka tidak mencegah kemunkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka perbuat." (QS. al-Maidah [5] : 78-79)

Allah juga mengkabarkan bahwa pengabian terhadap hisbah sebagai jalan masuknya syaitan yang terkutuk. Dalam firman-Nya:

"Wahai orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syetan, dan barangsiapa yang mengikuti langkah syetan, maka sesungguhnya syetan menyerupakan yang keji dan yang munkar".(QS. An-Nur [24] : 21)

Adapun Sunnah, maka sangat banyak sabda Rasulullah shallahu alaihi wassalam yang menjelaskan kewajiban dan keutamaan hisbah serta pengaruhnya terhadap individu dan masyarakat.

Dari Abi Sa'id al-Khudri ra berkata, Rasulullah shallahu alaihi wassalam bersabda, "Barangsiapa di antara kamu melihat kemunkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Apabila ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lisanya.Apabila ia tidak mamu, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan itulah selemah-lemah iman." (HR. Muslim)

Adapun keutamaan hisbah, maka seperti dalam hadist:

Abu Dzar berkata, beberapa shahabat berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah telah berlaku para hartawan dengan pahala (dari Allah), mereka shalat seperti kami, mereka puasa seperti puasa kami, dan mereka bersedekah dengan kelebihan harta mereka. Maka Rasulullah bersabda, "Bukankah Allah telah mengkaruniai kalian dengan suatu yang dapat kalian sedekahkan? Sesungguhnya pada setiap tasbih adalah shadaqah, pada setia takbir dalah shadaqah, pada setiap tahmid adalah shadaqah, pada setiap tahlil adalah shadaqah, menyeru yang ma'ruf adalah shadaqah dan mencegah yang munkar adalah shadaqah". (HR. Muslim)

Hari ini diperlukan para pejuang hisbah yang dengan ketakwaannya dan mujahadahnya (kesungguhannya), melakukan yang ma'ruf dan mencegah yang munkar.

Karena umat ini, sudah tenggelam dalam kesesatan yang sangat, memerlukan para mujahid yang memiliki komitmen menegakkan hisbah. Agar kehidupan ini tetap berlangsung. Wallahu'alam.

(sumber : HISBAH PMRAM)