Labels

Pages

Friday, January 24, 2014

Situasi Terkini Politik Mesir

Jumaat | 23 Rabiul Awal 1435 H bersamaan 24 Januari 2014 | 11.27 pagi

Tahaluf Watoni menyeru rakyat Mesir untuk turun menjayakan gelombang kali ke-2 pada esok hari 25 Januari 2014 sehingga 11 Februari 2014 bagi mengembalikan Syar'iyyah.

Manakala, kerajaan sementara juga menyeru rakyat untuk turun pada 25 Januari bagi menggagalkan gelombang ke-2 tersebut.

Oleh itu, PMRAM menjangkakan akan berlaku pertembungan antara dua pihak dan bakal berlanjutan dalam tempoh tersebut. Justeru, kita PMRAM menasihati kepada warga Malaysia agar mematuhi beberapa langkah keselamatan seperti berikut :

1) TIDAK DIBENARKAN keluar daripada MUHAFAZAH masing-masing.
2) TIDAK DIGALAKKAN untuk mengadakan aktiviti luar diluar kawasan penempatan pelajar dalam tempoh terdekat.
3) Sentiasa membawa dokumen PENGENALAN DIRI sama ada PASSPORT ataupun KAD PELAJAR (Kad PMRAM atau Kad Kuliah).
4) Elakkan pergi ke tempat perkumpulan awam dan kawasan yang menjadi tumpuan pentadbiran.
5) Elakkan memuat turun dan menggunakan logo-logo yang boleh menggugat keselamatan.
6) Patuhi segala peraturan yang dikeluarkan di peringkat cawangan masing-masing.
7) PMRAM MENASIHATI warga Malaysia agar tidak mengikuti sebarang rehlah atau jaulah yang dibuat dalam waktu terdekat ini.
8) Diminta untuk menghubungi Yang Dipertua (YDP) BKAN dan Pengerusi DPM jika berlaku sebarang kecemasan. 

"Keselamatan Anda Tanggungjawab Kami"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

No comments:

Post a Comment