Labels

Pages

Tuesday, January 21, 2014

Penghantaran pelajar ke muhafazah

Penghantaran Pelajar Ke Muhafazah : Usaha Yang Terus Diperjuangkan

Isu penghantaran semula mahasiswa ke muhafazah sudah sekian lama meniti di bibir mahasiswa  Mesir amnya dan khususnya mahasiswa di muhafazah. Perkara ini telah timbul setelah mana  penghantaran ke muhafazah telah disekat sejak tahun 2010 sehingga sekarang bahkan bilangan 
mahasiswa dan mahasiswi di muhafazah saban tahun berkurangan apabila mahasiswa telah tamat  
pengajian di tempat masing-masing.
 
Selain itu, setiap tahun Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi (DPM) selaku wakil PMRAM di muhafazah  bakal kekurangan tenaga untuk melaksanakan kebajikan mahasiswa di sana.
 
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sentiasa berusaha mengadakan pelbagai pertemuan dan perbincangan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan isu ini. Pada pertemuan bersama dengan pihak Education Malaysia Egypt (EME) sekali lagi, kita PMRAM mengadukan permasalahan ini kepada mereka. 
 
Pada pertemuan tersebut, PMRAM telah mengusulkan kembali isu penghantaran semula mahasiswa ke muhafazah ini ke peringkat Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim Pengarah EME untuk dibawa ke peringkat atasan Universiti Al-Azhar agar diteliti dan dikaji semula ketetapan ini serta menarik semula ketetapan yang telah dikuatkuasakan sejak tahun 2010.
 
Kita PMRAM melihat isu ini perlu diambil tindakan segera serta memandangkan kepadatan mahasiswa asing khususnya Malaysia di Kaherah telah mengakibatkan pelbagai permasalahan dan rintangan yang perlu dihadapi oleh mahasiswa dan mahasiswi di Kaherah. Antaranya isu masalah visa, kos tempat tinggal yang tinggi dan lain-lain yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan dengan baik.
 
Sekiranya penghantaran mahasiswa dan mahasiswi ke muhafazah dikembalikan semula, statistik masalah tersebut dapat diselesaikan. Kita PMRAM mengucapkan terima kasih kepada Pengarah EME kerana menyambut baik hasrat yang disuarakan oleh peringkat PMRAM. Selain itu, beliau beranggapan ia merupakan salah  satu mekanisme yang baik dalam meneruskan survival mahasiswa di muhafazah. 
 
Justeru itu, kita PMRAM mengharapkan agar dengan kerjasama yang baik antara PMRAM, EME dan Kedutan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dapat menyelesaikan masalah ini, sekaligus dapat mengembalikan semula penghantaran mahasiswa dan mahasiswi ke muhafazah yang sudah sekian lama disekat dan diberhentikan pada tahun 2010. PMRAM juga mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Prof Madya Dr Mohd Radhi Ibrahim dalam perbincangan dan memberi pandangan pada setiap perbincangan khususnya isu penghantaran semula mahasiswa dan mahasiswi ke muhafazah.
 
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
 
Muhammad Syazwan Bin Hamzah 
Naib Presiden II
Ketua Lajnah Muhafazah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013

No comments:

Post a Comment