Kerjasama 2 Pihak Selesaikan Masalah Pengajian Mahasiswa
- TUESDAY, 21 JANUARY 2014 23:29
- PMRAM
PMRAM telah mengadakan pertemuan baru-baru ini sebagai satu pendekatan perbincangan dua hala antara PMRAM dan EME. Antara fokus utama perbincangan dua hala antara dua pihak PMRAM
dan EME adalah berkaitan isu pendidikan mahasiswa dan mahasiswi Mesir yang sudah tertangguh sejak sekian lama.
Antaranya isu pengeluaran sijil syahadah asliyyah yang sudah tertangguh hampir beberapa tahun sehingga menyulitkan graduan-graduan lepasan Maahad Qiraat Shoubra dalam profesion kerjaya
mereka. Selain itu, kita PMRAM meminta kepada pihak EME untuk mengkaji semula yuran markaz bahasa, seterusnya dibawa ke pihak berwajib bagi mengatasi isu ini memandangkan yuran markaz bahasa yang amat tinggi sehingga membebankan para mahasiswa dan mahasiswi.
Kerjasama yang baik diantara PMRAM dan EME banyak membantu menyelesaikan isu permasalahan pendidikan di kalangan mahasiswa di Mesir.Bahkan antara tindakan yang telah dipersetujui adalah pihak PMRAM melalui Exco Pendidikan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) akan memberi kerjasama bagi sudut semakan senarai nama pelajar yang layak mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar kepada pihak EME untuk urusan pendaftaran seberapa segera sebelum peperiksaan semester pertama bermula.
Kita PMRAM mencadangkan supaya urusan pendaftaran mahasiswa dan mahasiswi yang memohon untuk masuk ke Universiti Al-Azhar di masa akan datang diuruskan secepat mungkin. Selain itu,
cadangan proses penghantaran mahasiswa baru sampai ke Mesir lebih awal, kemudian menduduki Imtihan Qabul (IQ) ini disambut baik oleh pihak EME memandangkan pelbagai masalah yang timbul sebelum ini kesan daripada proses pendaftaran yang dilaksanakan selepas pelajar hadir ke Mesir.
Pihak PMRAM sentiasa bersedia bekerjasama dengan EME dalam menyelesaikan permasalahan
pelajar dan kita PMRAM yakin EME mampu melaksanakan tugas dan mengfungsikan sebaik yang mungkin peranan EME selaku wakil kerajaan Malaysia bagi sudut pendidikan.
Kita PMRAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada EME atas pertemuan yang telah diadakan demi memastikan kebajikan pelajar-pelajar Malaysia terutama daripada aspek akademik terjaga.
Selain itu, kita PMRAM sangat berbesar hati dengan perjumpaan ini semoga ianya dapat menatijahkan satu hasil yang terbaik untuk kebaikan semua.
“MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN”
Ahmad Shahrir Bin Alias
Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2013
No comments:
Post a Comment