Labels

Pages

Sunday, September 16, 2012

Wet & Mad Wednesday Memalukan Nama Negara Islam


Maruah dan tamadun rakyat malaysia kini telah dirobek dengan program “Wet & Mad Wednesday” yang diadakan pada 29 ogos 2012 baru-baru ini, bermula jam 7 malam sehingga jam 2 pagi bertempat di The Pool, 347 Jalan Ampang Kuala Lumpur. Program pesta bikini yang diadakan oleh pihak penganjur yang dianggap tidak bertamadun ini tanpa segan silu dan bermaruah menggalakkan wanita berpakaian seksi, berpakaian renang dan mengghairahkan.
 
Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI PMRAM) mengecam dan mencela sekeras-kerasnya tindakan pihak penganjur yang mangadakan program maksiat dan membawa kepada keruntuhan moral tersebut. HEWI PMRAM yang mewakili suara mahasiswi Islam Malaysia di bumi Mesir ini menganggap program yang diadakan itu menjurus ke arah penzinaan dan menyalahi etika sebagai seorang manusia yang bertamadun. Hal ini lebih dikesali apabila pesta ini diadakan secara terbuka dan terang-terangan serta mendapat publisiti secara meluas.
Melalui program yang dianjurkan, jelas menampakkan bahawa sifat malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT secara semulajadi kepada wanita sudah terhakis, maka mereka dengan bangganya telah melakukan perkara yang menyalahi panduan akal yang sihat serta norma kehidupan manusia. Selain itu, maruah sebagai seorang wanita seolah-olah dihenyak-henyak apabila wanita kini dianggap sebagai barang dagangan dan pemuas nafsu lelaki semata-mata. Manusia kini sudah kembali ke zaman jahiliyyah setelah mana Islam telah datang dengan syariatnya dan meninggikan martabat wanita
Program yang dianjurkan ini jelas telah menghina agama Islam, lebih-lebih lagi apabila ia diadakan dalam sesebuah negara Islam. Persoalannya, bagaimanakah program berbentuk maksiat ini berjaya diadakan sewenang-wenangnya dalam sebuah negara Islam tanpa ada sebarang pantauan atau bantahan dari pihak berwajib?, umat Islam secara keseluruhannya perlu menyedari akan wabak yang berlaku di akhir zaman ini dan wajib bertindak menentang dan melahirkan rasa kebencian terhadap program tersebut
Tidak salah jika dikatakan bahawa, program yang dianjurkan ini merupakan di antara perancangan atau modus operandi yang telah disusun oleh pihak Zionois dan Gerakan Freemasonry. Merujuk kepada  prinsip Gerakan Freemasonry, antaranya ialah 'menyebarkan kemungkaran dan mengagungkan hubungan seks'. Antara kalam yang disebutkan dalam protokol mereka yang berbunyi “untuk mencegah mereka (golongan selain yahudi) daripada menemui langkah baru dalam politik, kita mesti membawa mereka ke kancah hiburan, seperti permainan judi, pesta hiburan, pesta seks dan mengadakan rumah-rumah urut”. Hakikat bahawa kehidupan umat Islam pada hari ini telah dicatur oleh pihak musuh tidak boleh dipandang enteng tanpa melakukan sebarang tindakan.
Kesatuan dan kekuatan umat Islam mampu melawan dan mengatasi segala perancangan dan tipu daya yang dilakukan oleh pihak musuh sebagaimana yang telah dijanjikan di dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Kini, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam ialah kesedaran, kemahuan, dan tindakan. Tinggalkanlah omongan kosong dan angan-angan Mat Jenin yang tiada kesudahan itu.
Pihak HEWI PMRAM menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak penganjur dan berharap agar program maksiat sebegini tidak akan berlaku lagi di Malaysia yang kita cintai. Ketamadunan sesebuah negara bukan dinilai melalui banyaknya bangunan pencakar langit dan kemajuan perindustrian, tetapi dinilai dari sudut pembangunan jati diri, kerohanian serta nilai moral kemanusiaan masyarakat di negara tersebut.
“Julang Keilmuan Jana Keizzahan”
Nurul Hasanah bt Yahuza
Timbalan Pengerusi Hal Ehwal wanita Islam(HEWI)
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2012.

No comments:

Post a Comment