Labels

Pages

Sunday, September 16, 2012

Penyertaan Uji Bakat Voice Of PMRAM Membanggakan




KAHERAH, 14 Sept 2012 -- Dalam memastikan perjalanan PMRAM terus diperkukuhkan daripada segenap penjuru sudah pasti perencanaan pertama perlu difikirkan adalah generasi pelapis.
Oleh yang demikian, pendekatan Pusat Sumber Tenaga ( PESAT ) pada sesi ini telah mengaktifkan kembali Voice of PMRAM untuk mencari pelapis baru dalam bidang pengacaraan dan pengucapan awam.
Uji bakat terbuka sempena MERDEKA 12 telah diadakan dengan membuka penyertaan pada 12 dan 13 September di tapak pameran Dataran Hayyu Asyir.
Ini sejajar dengan pembawaan PMRAM sesi ini " Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" dibawah subtopik [ Meningkatkan kualiti generasi pelapis ]. Penyertaan uji bakat ini terbuka kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi sama ada daripada bidang pengajian Islam mahupun sains kesihatan.
Hampir 50 peserta telah mendaftarkan diri untuk menyertai uji bakat sekaligus membuktikan bahawa PESAT PMRAM mampu melahirkan aktivis dan pelapis mengikut perencanaan yang telah disusun oleh pihak PESAT.
" Keperluan mahasiswa Islam menceburi bidang ini adalah sebagai satu persediaan awal dan mempelajari nilai tambah yang boleh digunakan apabila berhadapan dengan masyarakat kelak " ujar Saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi selaku Penasihat Voice of PMRAM merangkap Timbalan Presiden PMRAM 2012.
" PESAT yang ditubuhkan oleh PMRAM dibawah Lajnah & Unit Perancang dan Panitia PMRAM ini adalah sebagai satu medium terbaik untuk melahirkan aktivis dan pelapis bukan sekadar sedia memberi komitmen dalam sebarang bentuk aktiviti bahkan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang-bidang tertentu" tambahnya lagi.

No comments:

Post a Comment