Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir mengucapkan tahniah diatas pengiktirafan dan kepercayaan yang telah diberikan kepada dua orang mahasiswa Malaysia untuk mengajar di Masjid Al-Azhar As-Syarif bermula cuti pertengahan semesta pengajian ini.
Peluang terbaik ini telah diberikan oleh Mufti Negara Mesir dan Darul Ifta’ Masriyyah kepada Saudara Hairul Nizam bin Mat Hussain dan Saudara Mohd Nazrul Abd Nasir. Perkara ini merupakan suatu penghargaan kepada rakyat Malaysia terutama mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di perlembahan Nil ini.
Saudara Hairul Nizam dan Saudara Mohd Nazrul merupakan antara mahasiswa yang sentiasa melazimi kalas-kelas pengajian di Masjid Al-Azhar dan beberapa tempat pengajian lain, bahkan mereka berdua turut menjadi tenaga pengisi kepada program-proram dan kelas-kelas pengajian agama peringkat PMRAM Pusat dan Cawangan .
Disamping kegigihan mereka menimba ilmu, mereka turut menyumbang bakti yang besar kepada PMRAM apabila kedua-dua mereka pernah memegang jawatan sebagai badan pengurus PMRAM.
Saudara Hairul Nizam merupakan mantan presiden PMRAM tahun 2006 dan 2007 manakala Saudara Mohd Nazrul merupakan Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM tahun 2007.
PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi mengambil contoh daripada kedua-dua tokoh ilmuan ini supaya mahasiswa dan mahasiswi yang lahir dari Perlembahan Nil ini mempunyai kemantapan ilmu dan mampu menterjemahkan ilmu tersebut di dalam masyarakat.
(sumber : pmram.org)
No comments:
Post a Comment