السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
ألحمدلله الدى ارسل رسوله بالهدى ودين الحق ليظهروا على الدين كله ولو كره الكافرون ولو كره المشركون ولو كره المنافقون فأما بعد...
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman” ,sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cabaran) ?Dan demi sesungguhnya !Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka .(Maka dengan ujian yang demikian) ,nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang sebenar-benarnya beriman .Dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang yang berdusta.” (Al-Ankabut : 2)
Realiti mahasiswi mutakhir ini lebih bersikap menerima dari memberi ,malah bersikap ‘childish’ dan kurang menunjukkan kredibiliti dan ‘potential’ sebagai mahasiswi yang bakal berhadapan dengan masyarakat abad ini. Secara tidak lansung, sikap ini menjadikan mahasiswi tidak mampu menangani permasalahan semasa yang semakin merobekkan Islam sebagai Ad-Deen.
Atas dasar inilah, menjadi suatu kewajipan kepada semua mahasiswi alaf ini supaya mencari ramuan-ramuan kredibiliti dan mengadunnya kedalam diri agar lebih kehadapan. Elemen terpenting yang perlu digarapkan adalah thaqofah atau pengisian ilmu samada dari sudut mental atau kerohanian. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“ Mengapa sebahagian dari setiap golongan diantara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan agama mereka, dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya” (Surah at– Taubah : Ayat 122)
Pelbagai program yang berbentuk ilmiah telah disusun atur oleh persatuan pelajar, yang perlu dilakukan hanyalah menghayunkan langkah untuk menghadiri program tersebut. Seterusnya mahasiswi perlu menampilkan diri dengan menghasilkan karya ilmiah seperti ‘Pakaianku Auratku Perhiasanku Maruahku’ yang telah ditulis oleh Haryati Arsyad.
Selain itu ,sifat terlalu bergantung juga menjadi faktor yang meranapkan keyakinan diri dalam menghadapi kemelut globalisasi .Para mahasisiwi sewajarnya lebih bersikap ’independent’ dan terbuka tanpa bergantung kepada individu lain .Antara tokoh yang layak diteladani ialah seperti Zainab Al-Ghazali dan Merve Kavakci .Mereka adalah individu yang lantang bersuara dalam mendaulatkan Deenul Haq disaat kerakusan zionis ingin merobek dan menjahanamkan Islam di muka bumi ini .Antara usaha yang patut dilakukan ialah mengadakan seminar atau program motivasi yang dapat menyuntik atau menaikkan keyakinan diri agar dapat memartabatkan kembali keizzahan mahasiswi seantero dunia .Kalam Allah yang membawa maksud :
“Dan hendaklah diantara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan menyuruh berbuat yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang yang beruntung” (Ali Imran : 104)
Sidang perwakilan yang dihormati sekalian,
Menyedari senario ini ,para mahasiswi seharusnya memiliki kesedaran seoptima yang mungkin diguna pakai untuk menjana kredibiliti mahasiswi itu sendiri .Kesedaran ini dapat menatijahkan dengan mengingati kembali matlamat asal sebagai pemikul amanah iaitu khalifah di jagat ini ,juga menjadi obor kepada masyarakat .Bagi membuahkan hasil kesedaran yang tinggi,penghayatan ilmu melalui pengalaman secara praktikal perlu dilaksanakan samada melalui medium perantara atau secara terus iaitu dengan melibatkan diri dalam masyarakat sekeliling .Secara tidak langsung ,mahasiswi akan dapat menangani permasalahan demi permasalahan dan cabaran masa kini hasil kemajuan dunia tanpa sempadan .Mafhum dari firman Allah s.w.t :
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi" mereka berkata ,"Apakah engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana ,sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan Mu?" Dia berfirman ,"Sungguh ,aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah : 30)
Perlu diingatkan ,acuan pemikiran juga menjadi punca kepada karapuhan kredibiliti mahasiswi .Persepsi masyarakat sejagat perlulah diubah ,mereka seharusnya bersikap lebih membantu dengan memberi kritikan-kritikan yang membina dan bukan bersikap memperlekehkan usaha-usaha mahasiswi dalam menyelesaikan sesuatu isu .Sikap sebagai seorang murabbi perlu ditatbitkan agar mampu melahirkan generasi mahasiswi yang tidak lagi dipandang rendah .Namun suasana yang berlaku dewasa ini adalah sebaliknya contoh apabila seseorang mahasiswi bangun untuk melontarkan idea dan pandangan,lantas siswi tersebut dipersendakan oleh segelintir mahasiswa.Sikap ini amatlah mengecewakan dan tidak melambangkan pesonaliti sebagai mahasiswa yang sememangnya menjadi cerminan masyarakat .Mafhum dari sabda Nabi S.A.W:
“Seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain .Dia tidak menzalimi saudaranya ,tidak membohonginya dan tidak menghinanya”
Oleh yang demikian ,perkongsian idea perlulah dicanai dengan lebih efektif agar keberkesanan sesuatu keputusan dapat diperoleh secara bersama.
Sebagai kesimpulannya ,tidak dapat tidak segala aspek di atas perlu dilaksanakan secara bersama dan menyeluruh .Bukan terpundak di atas golongan individu tertentu sahaja malah kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi agar dapat melahirkan mahasiswi berkredibiliti dalam menongkah cabaran masa kini .Sesungguhnya mahasiswi adalah asset yang tidak ternilai harganya dan merupakan generasi palapis yang bakal memimpin negara .Hakikat kejayaan adalah apabila lahir generasi yang dapat mendepani segala mehnah dan tribulasi berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
No comments:
Post a Comment