Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah… Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Mustafa, (Nabi Muhammad) SAW. Gugusan doa buat sahabat-sahabat baginda, alim ulama yang sentiasa meneruskan perjuangan Rasulullah SAW.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.
Apabila dihitung hari, jam dan saat sudahkah kita bersedia untuk menghadapi imtihan dunia yang semakin menghimpit kita. Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud, : "Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang) oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang yang tinggal itu pelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berrjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)" –Surah At-Taubah : ayat 122-
Marilah kita manfaatkan baki masa yang yang ada untuk sama-sama kita mendekatkan diri pada Allah SWT dan mentelaah ilmu-ilmu tinggalan warisan ulama’. Jadilah kita seperti Imam Ibnu Jauzi yang gemar kepada muzakarah ilmu..
Sahabat sekalian,
Selain menjaga hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia juga tidak harus dilupakan. Sentiasalah mendoakan sahabat-sahabat kita supaya dipermudahkan dan berjaya dalam imtihan kali ini demi survival Islam.
Akhir kalam, ana tinggalkan sahabat-sahabat dengan kalam Imam Malik R.A : “Wahai Muhammad (Imam Syafie), bertaqwalah kamu kepada Allah, jauhkanlah maksiat. Sesungguhnya, Allah telah memasukkan ke dalam sanubarimu satu nur dan janganlah kamu padamkan nur tersebut dengan maksiat.
Salam Imtihan buat semua dari seluruh AJKT dan Penasihat DPMI 0910.
No comments:
Post a Comment