Labels

Pages

Saturday, January 9, 2010

~KEPENTINGAN SYAQAH PMRAM~

Kepentingan Syaqah PMRAM dan misi untuk menjayakannya

“وماذا عليهم لو ءامنوا بالله واليوم الأخر وأنفقوا مما رزقهم الله , وكان الله بهم عليما

Firman Allah menyatakan : “Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mereka mendermakan sebahagian apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan mereka. (Surah an-Nisa’ :ayat 39)

Islam mengajar umatnya akan semangat bantu-membantu pada perkara kebajikan dan taqwa. Signifikan dari semangat kerjasama tersebut, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berhasrat tinggi dalam menjayakan projek Dana Syaqah PMRAM seterusnya melaksanakan usul Muktamar PMRAM ke-76 baru-baru ini yang berbunyi : “ menjayakan pembelian Syaqah PMRAM akhir 2009”. Usul daripada persepakatan ahli PMRAM akan dibawa dalam mekanisma yang terancang. Kempen ini mengingatkan kita nostalgia kehilangan pemilikan Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) sejak tahun 1994 dan tidak dibenarkan beroperasi sehinggalah sekarang oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Bertitik tolak dari itu, PMRAM memilih jalan penyelesaian dengan melancarkan kempen Misi Dana Syaqah PMRAM 2009 demi kepentingan bersama.

Rentetan daripada peristiwa ini,kini PMRAM telah menjalankan operasinya dengan menyewa sebuah apartmen milik rakyat tempatan dengan kadar bulanan LE 1,300.00. Kenapa kita perlukan Syaqah PMRAM? Sewaan yang memakan masa hampir 12 tahun dan kadar telah meningkat dari setahun ke setahun. Bermula bulan November 2008 sewa pejabat PMRAM mencecah LE 1,800.00 sebulan. Ketika ditarik pemilikan pejabat, pada waktu yang sama penghantaran warden di rumah-rumah negeri menyukarkan PMRAM untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada ahli malah Persekutuan lansung tidak diberi ruang untuk masuk ke rumah negeri bahkan iklan-iklan PMRAM juga tidak dibenarkan.

Maka, dengan adanya syaqah dapat melicinkan perjalanan pentadbiran PMRAM di sini. Ahli dapat berurusan dengan PMRAM dengan sebaiknya. Selain itu, dapat mengurangkan perbelanjaan bagi kos bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan yang semakin bertambah. Yang paling penting, dengan adanya syaqah kita mempunyai hak mutlak di atas pengurusan pejabat PMRAM yang ditunggu sejak tahun 1994 lagi.

Walaubagaimanapun, PMRAM perlu strategi untuk mencapai hasrat ini sehingga pada akhir tahun 2009 ini. Antaranya Pada tahun 2006, PMRAM telah meletakkan target nilai LE 1.5 juta daripada sumbangan ahli. Bersamalah kita memperkasakan Tabung Dana Syaqah PMRAM pada tahun ini. Oleh hal yang sedemikian, atas kesedaran ahli PMRAM senndiri agar pihak PMRAM dapat memiliki sebuah apartment sendiri sekaligus menjadi pejabat rasmi PMRAM. Kami barisan pimpinan PMRAM dan HEWI PMRAM sesi 2009 mengharapkan agar usaha dilipatgandakan usaha bersama dalam menjayakan misi syaqah PMRAM tahun ini.

Disediakan Oleh:

Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2009

Unit Kebajikan dan Kemanusiaan HEWI PMRAM 2009

No comments:

Post a Comment