Friday, May 31, 2013
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Segala
puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir sekalian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut
yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat
yang dirahmati Allah,
Setiap
tahun, tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis
sambutan Israk dan Mikraj. Dalam satu riwayat menyatakan Israk dan Mikraj
berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke
Madinah.
Israk
yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di
Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj
ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ke
tujuh.
Perjalanan
Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah
Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;
"Maha Suci Allah, yang telah
memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidil
Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya
sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha
Mendengar lagi Maha Melihat."
Reaksi
Sayyidina Abu Bakar R.A apabila mendengar berita daripada orang ramai tentang
apa yang telah diberitahukan oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas
menyatakan :
"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau
merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah
diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya".
Inilah ketegasan dan keyakinan
yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya
sehingga beliau digelar As-Siddiq yang membawa maksud pembenar.
Diriwayatkan, Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika
dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini
seringkali diulangcerita setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, namun
roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih kurang meresap ke dalam jiwa
masyarakat Islam hari ini.
Sahabat
yang dimuliakan,
Israk
dan Mikraj adalah ujian dan mukjizat yang membuktikan Kudrat atau Kekuasaan
Allah Subhanahu Wata’ala. Seharusnya kita mengambil ikhtibar dan yakin bahawa
bumi Baitulmaqdis, Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW
adalah bumi yang penuh barakah kerana di situlah terdapat Masjidil Aqsa (kiblat
pertama umat Islam. Dalam perjalanan yang begitu istimewa ini,
terlalu banyak yang dilihat oleh Baginda Rasulullah S.A.W. dan begitu banyak
pengajaran yang dapat kita teladani bersama. Antaranya ialah kita sebagai hamba
Allah hendaklah sentiasa bermuhasabah dan menilai kembali hubungan kita
dengan-Nya dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik.
Menyingkap kembali peristiwa Israk dan Mikraj
ini, Nabi telah ditimpa beberapa kesulitan sebelum terjadinya peristiwa Israk
dan Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk dan Mikraj,
iaitu untuk berhadapan dengan Allah Subhanahu Wata’ala. Ini
memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu
didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah kita
sentiasa beristiqamah, terus-menerus melaksanakan semua perintah-Nya dan
menjauhi semua larangan-Nya dan bukan menjadi orang taat hanya pada waktu susah
dan melupakan Allah pada waktu senang.
Kehidupan seorang pejuang pasti akan dipenuhi
dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Ia tidak akan sentiasa mudah tetapi kita
akan berhadapan dengan kesusahan terlebih dahulu.
Namun, semua yang berlaku itu demi untuk
mengukur dan menilai keimanan kita di dalam hati. Adakah kita sanggup
menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kesabaran atau kita tergolong dalam
golongan yang mudah berputus harapan?
Firman Allah SWT dalam
surah Al- Insyirah: “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu bahawa)
Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan, (sekali lagi
ditegaskan): sesungguhnya tiap-tiap kesukaran ada disertai kemudahan”
Seperti yang ditunjukkan Allah SWT kepada kekasih-Nya yang tercinta, bahawa Allah
tidak akan membiarkan hamba-Nya yang ikhlas dan benar berjuang keseorangan. Dia
akan dibantu dan akan diberikan kegembiraan oleh Allah
Subhanahu Wata’ala bahkan akan diangkat darjat dan kedudukan di
sisi-Nya.
Pengajaran yang besar juga daripada Isra’ dan
Mikraj ini ialah kewajipan untuk menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa
peristiwa Israk dan Mikraj, Baginda Rasulullah s.a.w. telah ditunjukkan keadaan
neraka dan ahlinya.Baginda melihat pelbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang
sedang di alami oleh berbagai kaum akibat daripada segala macam bentuk kejahatan
yang pernah mereka lakukan semasa hidup di dunia.
Nabi juga melihat seksaan bagi pemakan riba,
penzina, pengumpat, orang yang suka memfitnah dan lain-lain lagi perihal
keadaan manusia. Ini semua memberi iktibar kepada kita yang masih diberi peluang
untuk hidup di dunia ini agar tidak melakukan segala perbuatan yang mungkar dan
tercela, tidak kira apa bentuknya sekalipun kerana seksaan yang disediakan
Allah s.w.t. amatlah dahsyat.
Nabi Muhammad SAW juga diperlihat dengan segolongan kaum yang
sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil
(buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum dituai lagi. Lalu ditanya
kepada Jibrail, dan jawabnya: “Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak”
Akhir kalam, marilah sama-sama kita renungkan sebuah hadis Nabi
SAW yang bermaksud: “ beramallah kamu sepertimana yang kamu mahukan, namun
ingatlah kamu akan dipersoalkan dengan apa yang kamu telah kerjakan, cintailah
sesiapun yang kamu mahu cintai, tapi ingatlah kamu akan berpisah dengannya juga
suatu hari nanti, dan hiduplah sesuka hati kamu sepertimana yang kamu inginkan,
namun ingatlah kamu pasti bertemu dengan Allahu Azza Wajalla suatu hari nanti”
Justeru, jadikanlah Al-quran dan As-sunnah sebagai pegangan
hidup kita buat selamanya. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Siiru
ala barakatillah.
DISEDIAKAN
OLEH : UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH SESI 2012/2013
Saturday, May 18, 2013
Friday, May 17, 2013
Tuesday, May 14, 2013
Tuesday, April 30, 2013
Monday, April 29, 2013
Sunday, April 28, 2013
Friday, April 26, 2013
Petua Pelajar Cemerlang
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi PELAJAR CEMERLANG walau di mana sahaja anda
berada ?
Mari bersama kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah SWT titipkan di dalam Surah Al-Mu’minun,yang merupakan surah ke-23 dalam al-Quran al-Karim.
Mari bersama kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah SWT titipkan di dalam Surah Al-Mu’minun,yang merupakan surah ke-23 dalam al-Quran al-Karim.
1.Firman Allah Taala : Sesungguhnya
berjayalah orang-orang yang beriman. [23:1]
* Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka IMAN adalah faktor utama untuk mencapai kejayaan. Manakala keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap-sikap positif.
* Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka IMAN adalah faktor utama untuk mencapai kejayaan. Manakala keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap-sikap positif.
2.Firman Allah Taala : Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat. [23:2]
* Fokus dalam melakukan satu-satu perkara dalam
satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke arah yang tidak sepatutnya. Lakukan
dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3.Firman Allah Taala : Dan orang-orang yang menjauhkan
diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).[23:3]
* Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton, dan seumpamanya sehinggakan melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Adalah lebih baik jika
kita menggunakan masa rehat itu dengan mengambil wudu', melakukan solat sunat
dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dan dekat dengan
Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha
kita mengulangkaji pelajaran.
4.Firman Allah Taala :
Dan orang-orang yang menunaikan zakat. [23:4]
*Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

5.Firman Allah Taala:
Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap
isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan
hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka
itulah orang-orang yang melampaui batas.
[23:5,6,7]
* Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan mengulangkaji pelajaran berdua-duaan, atau berchatting antara satu sama lain. Sedangkan Allah SWT itu sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan memohon pada-Nya.

6.Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang memelihara
amanah-amanah dan janjinya. [23:8]
* Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

7.Firman Allah Taala: Dan
orang-orang yang memelihara solatnya. [23:9]
* Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita
hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan
utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT
kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan
berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. WALLAHU A’LAAM.
SALAM IMTIHAN,SALAM JUANG !
SALAM IMTIHAN,SALAM JUANG !
Disediakan oleh : BAKTI &
UNIT PENDIDIKAN ISKANDARIAH 2012/2013
Sunday, April 14, 2013
Thursday, April 11, 2013
Tuesday, March 12, 2013
Friday, March 8, 2013
ILHAM'13 (HARI PERTAMA)
7 Mac 2013 - telah berlangsung Hari Keluarga Iskandariah (ILHAM ’13) bertempat di Montazah. Ahli Iskandariah yang hadir berkumpul seawal jam 8.00 pagi dengan penuh semangat menanti sahabat-sahabat yang lain. Pendaftaran di buka pada jam 8.45 pagi. Walaupun jumlah ahli yang hadir memuaskan, ILHAM ’13 tetap berjalan seperti biasa. Tidak ketinggalan ahli UMI turut hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga Iskandariah (ILHAM ’13). Program bermula dengan senaman,kemudian acara gubahan dan explorace serentak dijalankan. Program diteruskan lagi dengan acara sukaneka sebanyak 3 permainan. Pada jam 12.30 tengahari, semua peserta berhenti rehat dan solat. Program bersambung semula pada jam 2 petang dengan acara bola baling dan acara sukaneka. Program berakhir dengan aktiviti bergambar dan bersurai.
Monday, March 4, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)