Labels

Pages

Friday, April 26, 2013

Kalam Pimpinan DPMI 2012/2013


Nor Azila Binti Mamat
Timb. Pengerusi
(Ketua Unit Perancang)


Petua Pelajar Cemerlang


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi PELAJAR CEMERLANG walau di mana sahaja anda berada ?
Mari bersama kita renungkan beberapa tips atau petua kejayaan yang Allah SWT titipkan di dalam Surah Al-Mu’minun,yang merupakan surah ke-23 dalam al-Quran al-Karim.


1.Firman Allah Taala : Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. [23:1]
* Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka IMAN adalah faktor utama untuk mencapai kejayaan. Manakala keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap-sikap positif.
2.Firman Allah Taala : Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat. [23:2]
* Fokus dalam melakukan satu-satu perkara dalam satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke arah yang tidak sepatutnya. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3.Firman Allah Taala : Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna).[23:3]
* Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton, dan seumpamanya sehinggakan melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah.
Adalah lebih baik jika kita menggunakan masa rehat itu dengan mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dan dekat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
4.Firman Allah Taala :  Dan orang-orang yang menunaikan zakat. [23:4]
*Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
5.Firman Allah Taala: Dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.  [23:5,6,7]
*
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan mengulangkaji pelajaran berdua-duaan, atau berchatting antara satu sama lain. Sedangkan Allah SWT itu sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan memohon pada-Nya.
6.Firman Allah Taala:  Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya. [23:8]
* Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
7.Firman Allah Taala:  Dan orang-orang yang memelihara solatnya. [23:9]
* Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. WALLAHU A’LAAM.

 
SALAM IMTIHAN,SALAM JUANG !
Disediakan oleh : BAKTI &  UNIT PENDIDIKAN  ISKANDARIAH  2012/2013

Tazkirah Jumaat


Sunday, April 14, 2013

Friday, March 8, 2013

ILHAM'13 (HARI PERTAMA)

7 Mac 2013 - telah berlangsung Hari Keluarga Iskandariah (ILHAM ’13) bertempat di Montazah. Ahli Iskandariah yang hadir berkumpul seawal jam 8.00 pagi dengan penuh semangat menanti sahabat-sahabat yang lain. Pendaftaran di buka pada jam 8.45 pagi. Walaupun jumlah ahli yang hadir memuaskan, ILHAM ’13 tetap berjalan seperti biasa. Tidak ketinggalan ahli UMI turut hadir bagi memeriahkan Hari Keluarga Iskandariah (ILHAM ’13). Program bermula dengan senaman,kemudian acara gubahan dan explorace serentak dijalankan. Program diteruskan lagi dengan acara sukaneka sebanyak 3 permainan. Pada jam 12.30 tengahari, semua peserta berhenti rehat dan solat. Program bersambung semula pada jam 2 petang dengan acara bola baling dan acara sukaneka. Program berakhir dengan aktiviti bergambar dan bersurai.

Saturday, February 16, 2013

ULANGTAHUN DPMI KE-21


16 Februari 1992-Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah mula ditubuhkan secara rasminya. Pelbagai kenangan yang telah dicipta bermula tahun 1992, perit jerih mereka yang terdahulu dalam mengusahakan sehinggalah kehari ini. Alhamdulillah.

Kami merakamkan jutaan terima kasih kepada generasi awal yang mula membina kesatuan di bumi Iskandariah ini.

Hari ini,16 Februari 2013, genaplah usia DPMI 21 tahun.Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang banyak memberi bantuan dalam menjayakan pembawakan DPMI&PMRAM.

Semoga Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah terus menjadi wadah kesatuan mahasiswi di Iskandariah.



"KITA PMRAM"
"JULANG KEILMUAN JANA KEIZZAHAN"
"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"