Labels

Pages

Saturday, February 15, 2014

Islamic Food's Festival (FIFA'14)

Iskandariah : Pada 8,9, dan 10 Februari 2014,berlangsungnya Islamic Food's Festival (FIFA'14)  yang bertempat di dewan Zajlatul Abidah,Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah.Objektif FIFA'14 diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara dirasat dan perubatan,meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan dalam kehidupan,menjana ekonomi yang sihat,dan mengaplikasikan konsep jual beli berlandaskan syara'.

Terdapat sembilan buah gerai yang mengambil bahagian,termasuk gerai Thailand dan Indonesia.Berkonsepkan Islamic Food's,rata-rata menyajikan makanan Asia mengikut tradisi masing-masing.Sepanjang berlangsungnya FIFA'14 ini,pelbagai aktiviti menarik disediakan.Pertandingan gubahan,teh tarik,teka-teki,dan cabutan bertuah adalah sebahagian aktiviti yang menceriakan pengunjung.Antara makanan terlaris yang dijual ialah Nasi Lemak Keli Berlada,Nasi Kerabu,Risol dan Bakso (Makanan Indonesia),Somtum dan Lukchin (Makanan Thailand),Laksa Utara,Nasi Dagang,Nasi Bukhori,Nasi Ayam dan Laksam.

Pada hari kedua,gimik FIFA'14 telah dilancarkan oleh Hewi Angkat PMRAM Cawangan Iskandariah,saudari Salsabila Binti Hashim,Naib Setiausaha (Unit Pendaftaran) Hewi PMRAM 2013.Pada hari terakhir  FIFA'14,kami menerima kunjungan istimewa Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir,saudara Abdul Aziz Bin Ali yang juga merupakan BP Angkat PMRAM Cawangan Iskandariah diiringi dua orang Badan Pengurus.

Sebagai hiburan penutup,FIFA'14 diserikan dengan persembahan wakil mahasiswi Thailand.Penutup FIFA'14 berakhir dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada semua penggerai oleh Pengerusi DPMI.saudari Nur Atiqah Binti Azman .Anugerah gerai terbaik dimenangi oleh Qelate Corner,manakala gerai terlaris dimenangi oleh Thailand.Bazar FIFA'14 melabuhkan tirainya pada hari ketiga,pukul 9.45 malam.




 

No comments:

Post a Comment