Labels

Pages

Monday, February 3, 2014

Berebutlah Dalam Bersedekah

  Sabda Rasulullah SAW:"Apabila matinya seseorang,maka putuslah amalannya,melainkan tiga perkara,:sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat,dan anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya." (Riwayat Muslim)

  Sedekah jariah merupakan amalan yang sangat dituntut,seperti mana hadith di atas.Amalan ini boleh dijadikan budaya dalam melengkapi kehidupan seharian.

  Sedekah diambil daripada perkataan "sadaqah" yang membawa maksud persahabatan.Ertinya, silaturrahim yang terjalin sesama manusia akan menemukan kita dengan ramai sahabat.Semakin banyak kita bersedekah,semakin bertambahlah sahabat.Meskipun tidak secara langsung,sekurang-kurangnya kita dapat merasai situasi kehidupan bermasyarakat.

  Niat yang ikhlas merupakan perkara utama yang perlu dititik beratkan dalam kita bersedekah.
Amalan bersedekah juga sangat dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Kamu tidak akan sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi".(Ali-Imran:92)

  Bagi yang bersedekah,janganlah suka mengungkit-ungkit atau menunjuk-nunjuk kebajikan yang dilakukan.Sikap sebegini hanya merugikan diri sendiri dan menyebabkan jatuhnya maruah diri si penerima sedekah.Hal ini menunjukkan bahawa si pemberi lupa bahawa nikmat rezeki yang sebenar adalah daripada Allah SWT.

Disediakan oleh:
Nur Atiqah Binti Azman,
Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2013/2014.

No comments:

Post a Comment