Tuesday, December 18, 2012
Thursday, December 13, 2012
KEMUDAHAN YANG MENYUSAHKAN
Facebook, Blog, Handphone 3g,
dan seumpamanya adalah bentuk-bentuk kemudahan yang dihasilkan oleh manusia
untuk mengindahkan dan memudahkan lagi kehidupan seharian kita di abad ini.
Banyak perkara menjadi pantas dan segera dengan adanya pelbagai gadjet yang ada
di pasaran.
Walaupun kedudukan seorang
berada di selatan, beribu batu jaraknya dan seorang laginya berada di utara,
dengan kecanggihan yang ada kedua-duanya dapat berhubung dengan mudah tanpa
perlu bersusah payah menempah tiket untuk sebuah pertemuan. Murah dan
cepat!
Alhamdulillah,
pada mereka yang memilihnya sebagai ruang berdakwah kepada manusia lain,
meluaskan hubungan dan jaringan (network), merapatkan ukhwah yang jauh
dan berkasih sayang sesama manusia. Namun , adalah amat mengecewakan apabila
kecanggihan teknologi ini lebih menjadikan penggunanya banyak membuang masa, chatting yang
tiada hadnya dengan isi perbincangan yang lebih ke arah 'merapuh' dan sia-sia.
Hanya 'borak kosong' sebagai kesimpulan dan point ceritanya.
Hal ini, sebenarnya meragut nilai-nilai murni dan kesedaran sivik
pengguna yang mejoritinya banyak berlaku di kalangan anak-anak muda.
Di sebalik kebaikan padanya
juga ada keburukan. Semuanya terletak pada diri pengguna itu sendiri sejauh
mana ianya digunakan. Teknologi ini adakalanya membunuh fitrah manusia, kerana
semakin ianya mudah untuk menghubungkan seseorang dengan seseorang yang lain,
maka semakin besarlah cabaran yang tersedia.
Dengan kemudahan komunikasi
yang semakin meluas, ianya juga seakan memberi ruang kepada 'syaitan' untuk
menyelinap di hati, membakar-bakar emosi dan nafsu yang pada mereka yang suka
mencuba. Daripada cubaan 'berkenal-kenalan' sehinggalah cubaan ke fasa yang
lebih menyeronokkan. Pada mulanya 'bersendirian' dan apabila adanya 'pertemuan'
demi 'pertemuan', maka tidak mustahil akan ada pula adengan yang mungkin sahaja
lebih 'berani' dilakukan.
Bagi yang mempunyai laman
sosial facebook, dialog dialog ini tidak berhenti di sini. Dihiasi dengan
pameran kemesraan yang diterjemahkan dalam gambar intim berdua sebagai tanda
kesaksian percintaan mereka untuk dikongsi bersama dengan kenalan-kenalan
facebook yang ada. Laman sosial yang sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara
yang baik dan perkongsian ilmu lebih digunakan sebagai 'mewarwarkan' kemesraan
dan keintiman bagi pasangan belum ada apa-apa ikatan menghalalkannya.
Selain itu, ada juga yang menjadi model-model yang tidak
dibayar oleh mana-mana syarikatmodeling . Menjadi model pada photographer tidak bertauliah dengan memberikan
aksi-aksi istimewa untuk paparan umum. Pelbagai gaya manja, cantik,
senyuman menggoda dari pelbagai sudut di paparkan tanpa batasan di uploadkan
tanpa sekelumit perasaan sedangkan ianya hanyalah merugikan diri sendiri dan
menjadi asbab bertambahnya dosa dan noda mazmumah dalam diri. Rasanya kalau
ditonton pada keluarga mesti ada yang mengucap panjang.
Umumnya, aurat itu di
dalam bahasa arab membawa maksud 'aib' atau 'malu' iaitu lebih merujuk
kepasa sesuatu yang memalukan. Sesuatu yang 'aib' fitrahnya melibatkan
perkara-perkara yang membawa maksud kepada 'kekurangan', 'kelemahan' dan
sesuatu perkara yang boleh 'memalukan' seseorang.
Maka,
memperlihatkan 'aurat' di kalayak ramai walaupun secara maya samalah
seolah-olah dengan rela hati memperlihatkan ' kelemahan' dan 'kekurangan' diri
sendiri yang mana ianya boleh memalukan diri sendiri. Walaupun, adakalanya
dengan sepuluh orang yang memuji/ like gaya gedik
mereka, membuatkan mereka terasa di awang-awangan, namun tanpa mereka sedari
seribu orang malah lebih pula yang merasa geli dan jijik dengan tingkah
mereka.
Semua ini tidak mungkin terjadi
jika iman mendahului emosi. Ya, tanpa pengawasan ibu bapa juga , kalian
sewenang-wenangnya menekan keyboard tanpa berfikir akan membawa imej keluarga
dan agama bersama. Namun segala-galanya bermula dari hati sendiri. Hati yang
bersih akan menterjemahkan perilaku yang bersih. Demikianlah dinding-dinding
facebook yang ada sebagai 'petunjuk' kepada diri seseorang itu. Andai imannya
mendahului emosi, sudah pastilah dinding-dinding (wall) itu dipenuhi dengan
perkongsian yang bermanfaat.
Rasulullah SAW bersabda;
"Sebaik-baik
manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain "
(Hadis Riwayat Ahmad,Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
(Hadis Riwayat Ahmad,Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)
Kesimpulannya, berhati-hatilah
dengan kemudahan yang ada. Manfaatkanlah kebaikan di ruang maya supaya dapat
memberikan kebaikan berterusan pada diri kita dan kepada orang yang membacanya.
Hiasilah akhlak dengan perasaan malu untuk memelihara tingkah laku mahupun
aurat kerana hanya orang tertentu sahaja layak melihatnya.
Firman Allah yang berbunyi;
"Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung
kepala mereka..."
(Surah an-Nur ayat 31)
(Surah an-Nur ayat 31)
Ayuh! Sama-sama kita manfaatkan
kemudahan ke arah yang lebih baik demi maruah agama dan keluarga, ke arah
menjadi mukmin yang berjaya! Ketika azan berkumandang, tinggalkanlah dahulu
'kemudahan-kemudahan' dunia yang mengasyikkan kerana ianya hanyalah bersifat
sementara.
Jangan hanya kemudahan itu
dapat memberikan kemudahan untuk kita di dunia sahaja, tetapi 'menyusahkan'
diri kita apabila berada di alam yang lebih abadi nanti asbab diri kita sendiri
yang 'kurang bijak' menggunakannya.
"Telah
nyatalah kejayaan para Mukmin. Iaitu mereka yang di dalam solat mereka, khusyu'
mendirikannya. Dan mereka itu terhadap perkara-perkara yang melalaikan, mereka
menghindarkannya"
(Surah al-Mukminun ayat 1-3)
(Surah al-Mukminun ayat 1-3)
Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan Penerbitan
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah
Wednesday, November 21, 2012
Tahukah ANDA?
3 golongan manusia
MANUSIA dibahagikan kepada tiga golongan iaitu :
v
Hidup demi dunia semata-mata
Allah
s.w.t berfirman yang bermaksud: “ Dan tentu mereka akan mengatakan
(pula): ‘Hidup ini hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja,dan kita sekali-kali
akan dibangkitkan.” (surah al-An’am 6:29) golongan ini ialah golongan yang
kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
v Golongan yang percaya kewujudan akhirat namun…
Namun mereka tidak berusaha ke arah
mencapai kebahagiaan “di sana”, mereka bersuka ria dan berhibur di dunia tanpa
berusaha gigih untuk menggapai kebahagiaan di akhirat.
v Golongan yang menganggap dunia ini ladang akhirat.
Mereka
menanam di sini untuk menuai di akhirat kelak. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau
belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?” (surah al-An’am 6:32)
DI
MANA agaknya kita?
Tepuk
dada tanya iman.
Disediakan oleh
: Unit Pengetahuan DPMI 2012/2013
Wednesday, November 14, 2012
Sunday, November 11, 2012
Friday, November 9, 2012
Lirik Lagu DPMI
DPMI
Megah Mengukir Nama
Sejarah Silam Terukir Indah
Serikandi Gigih Melangkah
Di Pesisiran Mediterraean....
Merentas Onak Dan Duri Di Hadapan
Jiwa Tetap Dididik Agar Tabah
Mengharungi Denai Berliku
Hidayah Ilahi Sentiasa Dipohon
Semoga Langkahan Dalam Rahmat-Nya...
Biarpun Kita Seorang Wanita
Biarpun Kita Kaum Yang Lemah
Namun Tetap Kan Melangkah
Bersama Menuju Ke Puncak Jaya
Buktikan Kau Muslimah Sejati
Suri Perjuangan Islam Hakiki
Daulah Islami Kan Tertegak Nanti
Dengan Jejari Halusmu Nan Suci
Ukhuwwah Dipupuk Tarbiah Dipadu
Moga Mantap Syakhsiah Diri
Biar Apa Pun Yang Menghalang Di jalan
Terus Mara Ke Medan Juang
Megah Mengukir Nama
Sejarah Silam Terukir Indah
Serikandi Gigih Melangkah
Di Pesisiran Mediterraean....
Merentas Onak Dan Duri Di Hadapan
Jiwa Tetap Dididik Agar Tabah
Mengharungi Denai Berliku
Hidayah Ilahi Sentiasa Dipohon
Semoga Langkahan Dalam Rahmat-Nya...
Biarpun Kita Seorang Wanita
Biarpun Kita Kaum Yang Lemah
Namun Tetap Kan Melangkah
Bersama Menuju Ke Puncak Jaya
Buktikan Kau Muslimah Sejati
Suri Perjuangan Islam Hakiki
Daulah Islami Kan Tertegak Nanti
Dengan Jejari Halusmu Nan Suci
Ukhuwwah Dipupuk Tarbiah Dipadu
Moga Mantap Syakhsiah Diri
Biar Apa Pun Yang Menghalang Di jalan
Terus Mara Ke Medan Juang
Thursday, November 8, 2012
Dimana Sensitiviti Kita??
Sejarah Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) kian pudar
daripada ingatan pendokong dan penyokong PMRAM. Adakah kita mengetahui betapa
bernilainya ARMA kepada PMRAM? bagaimanakah tahap pengetahuan kita terhadap
sejarah ARMA?
ARMA, begitu gah namanya. Namun, peredaran masa menyebabkan
kita perlahan-lahan melupakan hak kita terhadap ARMA. Sejarah membuktikan PMRAM
pernah bertapak disitu hasil pengorbanan 65 orang sukarelawan dikalangan anak
Melayu yang membantu Mesir dalam peperangan tiga serangkai ketika itu.
Namun, hak kita diceroboh. Dalam penggubalan dasar-dasar
pentadbiran asrama dinyatakan dalam Bab 2, ceraian 2.3 yang berbunyi: “dasar
pentadbiran asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada
pengarah JPM (Pengerusi), Penyelia Asrama (Setiausaha), Pegawai Kebajikan (1)
JPM, Pegawai Kebajikan (II) JPM, Juruwati Asrama dan tiga orang wakil PMRAM.”
Amat mendukacitakan apabila peruntukan-peruntukan yang mirip
perjanjian ini telah dihapuskan daripada peraturan-peraturan terbaru tahun
1999. Ianya telah digubal oleh KBMK tanpa pengetahuan pihak PMRAM. 28 April
1992 adalah tarikh bersejarah bagi PMRAM
apabila PMRAM tidak dibenarkan memasuki Pejabat PMRAM seakan diusir daripada
rumah sendiri.
Oleh itu, seringkali PMRAM meguar-uarkan isu ARMA supaya
kita tidak lupa akan hak kita terhadap ARMA. Antara usul yang telah disepakati
dalam muktamar sanawi PMRAM ialah mengembalikan hak PMRAM di ARMA. Bagi
menjayakan usul ini, tiga tuntutan perlu dilunaskan iaitu:
1) Pejabat PMRAM di Anjung ARMA
2) 3 Wakil
Badan Pengurus dalam jawatankuasa dasar ARMA
3) Fakta
sejarah yang telah diselewengkan.
‘Sejarah
Perlu Diketahui Sebelum Kita Mencipta Sejarah’. Andai kita lupa akan sejarah,
bagaimana kita ingin mencipta sejarah?. Penguasaan sejarah perlu kita ukuri
tanpa ianya meniti dibibir sahaja. Usah kita lupa sejarah ARMA dan sama-sama
kita kembalikan hak kita yang telah lama dicerobohi.
"Menghayati
Sejarah Mempertahankan Maruah"
“Memartabat
Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Rujukan: www.pmram.org
Realiti Gelombang Mahasiswa
& Hak Kita ‘ARMA’
Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan Penerbitan
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013
Makluman Daripada Kuliah
Assalamualaikum warahmatullah.
Kepada semua mahasiswi Al-azhar Cawangan Iskandariah (wafidat), Kelas Intensif Bahasa Arab dibawah anjuran pihak kuliah secara percuma akan bermula pada:
Tarikh: 10 November 2012
Hari: Sabtu
Masa: 1 Petang
Tempat: Mudarraj 3, Mabna Qodim. Sebarkan. Syukran.
Kepada semua mahasiswi Al-azhar Cawangan Iskandariah (wafidat), Kelas Intensif Bahasa Arab dibawah anjuran pihak kuliah secara percuma akan bermula pada:
Tarikh: 10 November 2012
Hari: Sabtu
Masa: 1 Petang
Tempat: Mudarraj 3, Mabna Qodim. Sebarkan. Syukran.
Makluman Penting
Assalamualaikum warahmatullah.
Kepada mana-mana ahli DPMI yang baru tiba dari Malaysia, anda dikehendaki mengambil borang Tahlil Dam di markaz pada waktu urusan. Seterusnya membuat urusan di Kaherah sendiri kerana pihak DPMI tidak dapat menyediakan koster atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang permasalahan, boleh merujuk Pemangku Unit Pendidikan, Saudari Nur Atiqah binti Azman di talian ( 01116455682). Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesali. Sebarkan. Syukran.
Kepada mana-mana ahli DPMI yang baru tiba dari Malaysia, anda dikehendaki mengambil borang Tahlil Dam di markaz pada waktu urusan. Seterusnya membuat urusan di Kaherah sendiri kerana pihak DPMI tidak dapat menyediakan koster atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan. Sebarang permasalahan, boleh merujuk Pemangku Unit Pendidikan, Saudari Nur Atiqah binti Azman di talian ( 01116455682). Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesali. Sebarkan. Syukran.
Tuesday, November 6, 2012
MAKLUMAN
Assalamualaikum warahmatullah.
MAKLUMAN : Pengajian Ustaz Akli Ahmad pada esok hari akan ditangguhkan seketika dan akan berjalan seperti biasa pada hari rabu (7/11/2012) pada jam 3.45petang.
Segala kesulitan amatlah dikesali. sebar-sebarkan. syukran.
MAKLUMAN : Pengajian Ustaz Akli Ahmad pada esok hari akan ditangguhkan seketika dan akan berjalan seperti biasa pada hari rabu (7/11/2012) pada jam 3.45petang.
Segala kesulitan amatlah dikesali. sebar-sebarkan. syukran.
Friday, October 26, 2012
“Lambang Sebuah Kecintaan”
Puji dan syukur kita panjatkan kembali kepada Allah SWT yang telah banyak memberikan kenikmatan kepada kita sehingga kita tidak mampu menghitungnya.
Lantaran itu, kewajipan kita adalah memanfaatkan segala kenikmatan dari Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya sebagai manifestasi dari rasa syukur itu. Antaranya adalah ibadah korban pada Hari Raya Aidil Adha iaitu 10 Zulhijjah saban tahun dan hari-hari tasyrik.
Takbir, tahlil dan tahmid bergema di seluruh muka bumi Allah SWT tika hari itu tiba sekaligus menyertai saudara-saudara kita yang pergi menyahut panggilan agung ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.
Ketika umat Islam melaksanakan ibadah haji di Baitullahil Haram, kita disini juga melaksanakan ibadah yang berkait dengan ibadah mereka iaitu puasa pada hari Arafah, penyembelihan binatang korban setelah solat sunat Aidil Adha, dan melaungkan takbir,tahlil dan tahmid selama hari tasyrik. Apa yang dilakukan itu maqasidnya adalah sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Aidil Adha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Nabi Ibrahim diuji untuk memilih antara melaksanakan perintah Allah atau mempertahankan putera kesayangannya. Ketika dua insan agung ini pasrah dan redha dengan perintah Tuhan mereka, akhirnya digantikan dengan seekor kibas.
Kalau difikirkan, sebagai seorang manusia yang waras akalnya, mana mungkin sanggup mengorbankan seorang anak kalau bukan kerana perintah Allah SWT. Justeru, banyak ibrah yang dapat dikutip dalam peristiwa agung ini.
Antaranya untuk mendapatkan kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan dunia dan akhirat, kita memerlukan sebuah pengorbanan.
Berkorban adalah memberikan sesuatu untuk membuktikan kecintaan kepada orang lain meskipun kadang-kadang kita terpaksa menderita. Nabi Allah, Ibrahim sanggup mengorbankan puteranya Ismail a.s demi mencapai kecintaan kepada Khaliqnya sehingga baginda digelar khalilullah (kekasih Allah).
Peristiwa agung ini juga mengingatkan kepada kita semua yang bergelar ibadullah bahawasanya kehidupan dunia ini akan hancur binasa pada suatu masa yang dirahsiakan. Kadang-kadang Allah berikan kepada kita sesuatu yang kita cintai, namun cepat pula Allah mengambilnya semula. Kadang-kadang Allah berikan kita sesuatu yang tidak disukai walaupun kita sering berdoa agar Allah jauhkannya.
Tidakkah pernah kita mendengar firman Allah yang bermaksud: “ boleh jadi apa yang kamu benci itu baik untuk kamu dan apa yang kamu suka itu buruk untuk kamu.” Maka sama-samalah kita bermuhasabah agar diri kita semakin hari semakin dekat dengan Allah SWT. moga kita semua digolongkan dalam kalangan hamba-Nya yang soleh, amin...
Selamat menyambut Aidil Adha 1433H buat seluruh umat Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam. Kullu ’Am Wa Antum Bikhair.
Disediakan oleh:
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Unit Dakwah dan Pembangunan Insan
Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah 2012/2013
Saturday, October 13, 2012
ISLAMOPHOBIA: Benarkah Ia Membelenggu Negara-Negara Barat?
“إِنَّ الدِّيْنَ
عِنْدَ اللهِ الإِسْلاَم”
“Sesungguhnya
agama (yang diredhai) disisi Allah adalah Islam”
Surah
Ali Imran: ayat 19
Apakah
yang dimaksudkan dengan Islamophobia??
Merujuk
kepada http://en.wikipedia.org, Islamophobia
ialah suatu perasaan sangsi atau kebencian atau takut terhadap orang-orang
Islam. Perkataan ‘Islamophobia’ kian meluas semenjak berlakunya
peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas negara Amerika.
Pelbagai
andaian timbul berkenaan agama Islam semenjak itu. Antara persepsi negatif ‘non-muslim’
terhadap Islam ialah:
1)
Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan.
2)
Islam mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.
3)
Islam merupakan agama yang ketinggalan zaman.
Persepsi-persepsi
buruk ini berleluasa kerana peranan media barat yang sering memburuk-burukkan
agama Islam, sedangkan agama Islam adalah agama yang mencintai keamanan. Malah,
agama Islam juga yang membela kaum wanita. Sebagaimana kisah pada zaman
jahiliyyah yang membunuh anak-anak perempuan kerana menganggap anak perempuan
adalah satu keaiban bagi mereka. Kemudian, kemunculan agama Islam mengubah
amalan tersebut dengan menaikkan martabat seorang wanita.
Hadis
Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa “syurga itu berada dibawah telapak kaki
ibu”. Bukankah ibu itu seorang wanita?. Betapa mulianya Islam kerana mengangkat
martabat wanita. Terdapat banyak lagi hadis yang mengangkat martabat wanita.
Diketahui
umum, benua Eropah adalah antara lubuk sentimen Islamophobia. Namun,
kebelakangan ini Islam makin bersinar di lubuk tersebut. Sebagai contoh, rakyat
negara Britain menerima baik penyebaran Islam di sana. Daripada pemerhatian,
kebanyakan rakyat Britain tidak menganut agama atau aties. Selain itu,
kemasukan rakyat dari negara-negara Islam juga menjadi faktor Islam diterima di
sana.
Terdapat
sebuah wilayah di Britain menerima muallaf hampir setiap minggu. Namun, tidak
dinafikan terdapat negara-negara yang prejudis terhadap agama Islam. Malah, pemakaian
juga telah mengundang perasaan prejudis tersebut.
Serangan
11 September 2001 sebenarnya memiliki negatif dan positifnya. Walaupun istilah Islamophobia
meluas digunakan namun, kerana serangan tersebut jugalah, ‘non-muslim’
kian mendekati Islam.
Jika
dahulu, sesetengah negara Eropah menolak sepenuhnya pemakaian hijab. Kini,
hijab diterima dengan baik di sesetengah negara. Isu penghinaan terhadap
Rasulullah SAW dan Islam juga membuka mata dunia bahawa Islam bukan seperti
yang di uar-uarkan.
Menurut
data yang diambil daripada The Pew Forum on Religion & Public Life
pada tahun 2010, sepuluh negara yang memiliki majoriti rakyat Islam adalah:
1. Indonesia : 182,570,000 orang
2. Pakistan : 134,480,000 orang
3. India : 121,000,000 orang
4. Bangladesh : 114,080,000 orang
5. Turki : 65,510,000 orang
6. Iran : 62,430,000 orang
7. Mesir : 58,630,000 orang
8. Nigeria : 53,000,000 orang
9. Algeria (Al-Jazair) : 30,530,000 orang
10. Maroko : 28,780,000 orang
Walaupun
majoriti rakyat Islam bukanlah daripada negara barat, namun kebanyakan mereka
kini bersikap terbuka terhadap Islam dan tidak lagi seperti ‘katak dibawah
tempurung’ yang menerima bulat-bulat persepsi negatif sesetengah pihak.
Wallahua’lam
Manchester Central Mosque
Rujukan:
1)
al-Quran
4) The Pew Forum on Religion & Public Life
“Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan”
Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan
Penerbitan
Dewan Perwakilan
Mahasiswi Iskandariah 2012/2013
Subscribe to:
Posts (Atom)