KAHERAH, 27 Julai - PMRAM terus mengorak langkah dalam mempertahankan hak mahasiswa dengan mengadakan pertemuan bersama wakil pelajar luar negara Al-Azhar Dr.Umar Abdullah Kamil semalam.
Pertemuan yang disertai oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM, Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi
( Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011), Saudara Hairul Nizam bin Mat Husin dan Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan.
Perbincangan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjumpaan dengan Syeikhul Azhar yang telah pada Isnin lalu di Masyaikh Al-Azhar.
Pihak PMRAM dengan tegas telah menjelaskan mengenai mengapa permohonan untuk tidak dapat menghadiri dibuat melalui surat rasmi yang dihantar terus melalui Setiausaha Khas Syeikhul Azhar.
Selain itu, Dr umar Abdullah kamil masih memberikan harapan kepada pihak PMRAM dalam membantu Al-Azhar khususnya WAAG dalam membantu mahasiswa Islam Malaysia dalam kecemerlangan akademik serta penguasaan bahasa Arab.
"Beliau meminta agar PMRAM dapat berjumpa dengan pihak Kedutaan Malaysia dalam membincangkan perkara yang berlaku mengenai isu mahasiswa secara baik .Bahkan beliau sendiri akan menghubungi pihak kedutaan dalam memastikan perjumpaan yang akan diadakan berlangsung dengan baik" ujar Saudara Muhamad Zuhaili ketika dihubungi tengahari tadi.
Justeru, PMRAM menyambut baik usaha murni beliau dalam membantu isu yang berlaku dan akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Malaysia pada 28 Julai, Khamis ini .
sumber:pmram.org
sumber:pmram.org
No comments:
Post a Comment