Labels

Pages

Wednesday, July 27, 2011

Nantikan Mesyuarat Agung Tahunan DPMI kali ke 19



Kata-kata dari Saidina Ali Bin Abi Talib KHW: "Mengadakan mesyuarat mengundang hidayah daripada Allah SWT"

Maksud daripada kata-kata di atas, menjelaskan kepada kita bahawa mengadakan mesyuarat adalah tindakan yang perlu diambil sekiranya ingin mendapatkan permuafakatan di dalam menyelesaikan sesuatu urusan. Namun, yang pastinya segala perselisihan hendaklah diserahkan kepada Allah SWT dengan bertawakal kepadaNya. Oleh itu, Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah mengambil inisiatif untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung Tahunan yang saban tahun diadakan.

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang akan diadakan ini untuk bersama-sama berhimpun dan melontarkan muhasabah, kritikan dan pandangan terhadap pimpinan. Sebarang muhasabah dan kritikan yang membina amatlah dialu-alukan oleh pihak pimpinan bagi memastikan kecemerlangan perjalanan pentadbiran DPMI pada masa akan datang, malah ianya merupakan medium untuk membincangkan halatuju dan tindakan seluruh ahli yang perlu dilaksanakan bagi kenaikan sesi hadapan.

Marilah kita hadir bersama-sama barisan kepimpinan di dalam menyusun dan menyumbangkan idea untuk menjayakan hadaf serta misi dan visi PMRAM. Semoga dengan mesyuarat Agung Tahunan ini mampu membimbing kita semua dalam meneruskan jalan dakwah.


“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH”




No comments:

Post a Comment