Tuesday, January 18, 2011
SEMOGA ALMARHUMAH DITEMPATKAN DIKALANGAN PARA SOLIHIN
17 Jan Iskandariah dikejut dengan berita kematian Almarhumah Nurul Iman Binti Ab Alim telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.15pagi tadi , arwah merupakan pelajar perubatan tahun 3 Universiti Perubatan Iskandariah yang kini sedang menduduki peperiksaan akhir semester .
Almarhumah merupakan anak kelahiran kelantan yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik mandi, kawan serumah mangsa mengesyaki sesuatu yang telah berlaku apabila tidak mendapat tindak balas daripada sahutan arwah yang mana hampir 1jam tidak keluar dari bilik mandi. Seterusnya arwah dibawa ke Hospital Salamah dengan bantuan sahabat-sahabatnya yang berdekatan. Kematian arwah berpunca daripada kebocoran gas yang digunakan untuk memanaskan air, hal ini menyebabkan mangsa disahkan mengalami keracunan gas selepas terhidu gas ketika berada di dalam bilik mandi tersebut.
Ketika ini almarhumah masih lagi berada di Hospital bagi menjalani pembedahan pada keesokan pagi. Arwah akan dikebumikan di Kaherah setelah selesai pengurusannya di sini. Minta jasa baik sahabat-sahabat bagi mendoakan urusan jenazah dipermudahkan.
Alhamdulillah majlis bacaan yasin dan tahlil telah diadakan di Asrama MARA selepas solat maghrib berjemaah tadi yang dikendalikan oleh Pengarah MARA Timur Tengah, Ustaz Isahak Othman serta barisan AJKT Perubatan Cawangan Iskandariah. Juga turut hadir Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM Saudari Norhafiza Bt Abd Wahab, Pengerusi DPMI Saudari Norliza Mat Salleh serta beberapa AJKT HEWI PMRAM dan AJKT DPMI.
Di sini, peringatan buat seluruh mahasiswa/wi supaya menjaga dan memeriksa pengudaraan bilik mandi bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Kejadian ini merupakan kes kedua dibumi Iskandariah yang menimpa mahasiswi Singapura beberapa tahun yang lalu.
PMRAM Cawangan Iskandariah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga almarhumah serta sahabat-sahabat dikalangan perubatan atas musibah yang menimpa almarhumah Nurul Iman Bt Ab Alim yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga almarhumah ditempatkan bersama para solihin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment