Labels

Pages

Monday, April 5, 2010

Belasungkawa ahli KPIPM


4 APRIL - Seorang ahli KPIPM mengalami kemalangan pada jam 11.10 pagi tadi, di Hayyu Zohor, jalan Imarah Syurtah. Mangsa, Allahyarham Muhammad Hafizul Husna bin Salehuddin, meninggal ketika sampai di Hospital.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 12.20 tengahari tadi oleh pihak hospital.

Turut berada di hospital, Ustaz Abdul Muizz Mohamad, Presiden PMRAM dan Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, En. Khairi Jamaluddin

Sehingga kini, pada jam 3.37 petang, jenazah masih lagi dalam hospital, dan pihak berwajib sedang berurusan di Balai Polis untuk membuat laporan.

Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan Yang Dipertua, memberitahu media bahawa jenazah akan dikebumikan di Mesir, dan solat jenazah akan dibuat setelah selesai urusan mandi dan kafan.

Seluruh warga PMRAM CAWANGAN ISKANDARIAH berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Muhammad Hafizul Husna Bin Salehuddin. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Amin.

*sumber www.kpipm64.blogspot.com

No comments:

Post a Comment