Labels

Pages

Wednesday, February 17, 2010

Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009 dan Muhasabah Separuh Penggal AJKT 09/10


banner program Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009

Alhamdulillah selesai sudah dua program Mega DPMI,iaitu Ucap Dasar Presiden PMRAM 2009 dan Muhasabah Separuh Penggal AJKT DPMI 09/10. Hasil penat lelah semua jentera penggerak beserta ajk yang bertungkus-lumus menjayakan program ini moga-moga di nilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Program yang bermula sekitar jam 8.00 pagi ini dirasmikan oleh Al-Ustazah Norhayati Binti Abu Sopian selaku Penasihat 1 DPMI sesi 09/10 sekaligus merasmikan gimik perasmian. Majlis diserikan lagi dengan alunan nasyid daripada kumpulan rasmi DPMI 'Nidaul Husna'. Program yang bertemakan "Julang Thaqafah Bakti Di Curah" ini diteruskan dengan sesi perbahasan. Sebanyak 11 orang wakil pembahas telah membahaskan 11 subtopik yang menjadi halatuju pembawakan PMRAM pada tahun ini. Majlis di teruskan dengan pembentangan resolusi yang disampaikan oleh Al-Ustazah Suriaty Binti Nayan selaku Penasihat 11 DPMI sesi 09/10. Sebanyak 5 resolusi telah disepakati oleh barisan AJKT dan Penasihat iaitu :
1.Melaksanakan kempen mencintai dan menjiwai PMRAM
2.Mempergiatkan usaha Amar Makruf Nahi Munkar.
3.Memperkasa Muzakarah Berkelompok dikalangan ahli DPMI.
4.Menyumbang tenaga pakar dalam pelbagai bidang
5.Mempertingkatkan lagi ikatan taakhi setiap rumah yang telah ditetapkan.
Selepas perbahasan selesai, majlis diteruskan lagi dengan agenda Muhasabah Separuh Penggal AJKT DPMI 09/10 yang dipengerusikan oleh Pengerusi DPMI 09/10 Al-Ustazah Rabia'tul Hazirah Binti Ramli. Pelbagai Muhasabah dan cadangan yang diberikan oleh ahli DPMI. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian hadiah kepada pembahas oleh Ketua Unit Muhafazah HEWI PMRAM 2009 Al-Ustazah Shahidatul Akma Binti Mohd Sha'ary.

No comments:

Post a Comment