Labels

Pages

Thursday, March 25, 2010

Pengumuman Pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sesi 2010


Dengan ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) PMRAM 2009 secara rasmi mengumumkan, pencalonan semula bagi Badan Pengurus PMRAM telah ditutup pada 5 Mac yang lalu. Sehingga tempoh tersebut, pihak SPR telah menerima 3 calon lebihan sekaligus mengumumkan pilihanraya Badan Pengurus PMRAM sesi 2010 akan diadakan.

Bagi memilih 9 calon Badan Pengurus tersebut, Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM memutuskan beberapa ketetapan berikut :


1. Malam Ta`ruf Calon Kepimpinan PMRAM 2010 (MTC `10) : 29 Mac 2010 ( Isnin ) bertempat di Rumah Selangor jam 7.45 malam.
2. Hari semakan daftar pemilih : 28 Mac hingga 1 April 2010 ( Rabu – Sabtu )
3. Hari calon berkempen : 29 Mac hingga 8 April 2010 ( Isnin – Khamis )
4. Hari dan tempat mengundi : Akan dimaklumkan kemudian


Maklumat lanjut tentang perjalanan aktiviti SPR PMRAM akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Rafzan Razak selaku Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2009 ditalian +20114527822.

*copy dari www.pmram.org

Road Show Dana Syaqah Di Iskandariah

ISKANDARIAH, 14 Mac - Road Show Dana Syaqah kini bertapak di Iskandariah. DPM Iskandariah merupakan destinasi yang ke-10 bagi Road Show tersebut. Road Show itu dijalankan di markaz sekitar jam 2 petang, dan merupakan satu pogram bersama pogram Ramah Mesra bersama kepimpinan BP dan HEWI PMRAM.

Apa yang menarik, pihak DPM Iskandariah sempat menyediakan satu replika berbentuk sebuah bangunan yang menggambarkan apartmen PMRAM. Ia merupakan tabung dana syaqah yang dirasmikan di peringkat DPM Iskandariah.

Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz melancarkan gimik perasmian dengan memasukkan wang ke dalam tabung dan membuka pintu replika bangunan.

Di samping itu, beberapa pimpinan BP yang lain sempat menunjukkan kempen menderma di dalam menjayakan Misi Syaqah PMRAM.

*copy dari www.pmram.org

Pelajar Perubatan cawangan Tanta Meninggal Di Iskandariah


ISKANDARIAH, 11 Mac - Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di jurusan Perubatan di Universiti Tanta, telah meninggal dunia kelmarin akibat terjatuh dari balkoni tingkat 4 di sebuah bangunan di Iskandariah. Allahyarham dikenali sebagai Mohd Sarhan bin Ahmad Khan merupakan penuntut tahun satu Fakulti Perubatan Universiti Tanta.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 malam waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia) dan pihak polis mengelaskan kejadian tersebut sebagai kemalangan tanpa sebab. Ini berikutan hasil siasatan yang dilakukan, tiada saksi khusus yang menyaksikan kejadian tersebut berlaku.

Jenazah Allahyarham Mohd Sarhan telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Keledang yang merupakan tanah perkuburan baru bagi warganegara Malaysia. Presiden PMRAM, Saudara Abdul Mu'izz bin Muhammad, bersama-sama dengan Presiden PERUBATAN, Saudara Muhammad Husaini bin Salleh, telah menyempurnakan jasad allahyarham di salah sebuah hospital di Iskandariah.

Jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Dataran Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah dan telah di bawa ke tanah perkubuiran selepas itu. Pihak PMRAM merakamkan sekalung ucapan takziah kepada keluarga allahyarham atas pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan berada di dalam golongan orang-orang yang soleh.

Sheikhul Azhar Meninggal Dunia

Sheikhul al Azhar, al Imam Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi meninggal dunia pada pagi Rabu di Arab Saudi akibat serangan jantung yang begitu kritikal, di waktu usianya menjangkau 82 tahun.

Serangan mengejut telah menimpa Sheikhul Azhar sepanjang keberadaan beliau di Lapangan Terbang al Malik Khaled Antarabangsa, Riyadh untuk melakukan perjalanan pulang ke Kaherah. Ketika Allahyarham berangkat segera menuju ke hospital beliau telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Allahyarham di sana sedang melakukan lawatan rasmi menemui wakil Kerajaan Saudi untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Raja Faisal kepada beliau berikutan khidmatnya kepada Islam di mana Allahyarham termasuk salah seorang penerima anugerah tersebut pada tahun ini.

Allahyarham yang juga merupakan Sheikhul Azhar, lahir pada 28 Oktober 1928 di sebuah desa Salim as Syarqiyyah berpusat di daerah Tama, Soohaj. Beliau telah belajar dan menghafaz al Quran di kota Iskandariah.

Allahyarham menerima gelaran doktor dalam ilmu hadith dan tafsir pada tahun 1966 dengan pangkat kepujian (mumtaz), kemudian beliau bekerja sebagai tenaga pengajar di kuliah Fakulti Usuluddin, dan seterusnya ditugaskan mengajar di negara Republik Arab Libya selama 4 tahun. Selepas itu, beliau bekerja sebagai dekan bagi Pengajian Pasca-sarjana Universiti Islam di Madinah.

Kemudian Prof.Dr Mohamed Sayyid at Tantawi dipilih menjadi Mufti Kerajaan Mesir pada tanggal 28 Oktober 1986, dan menduduki menduduki jawatan tersebut sehinggabeliau dilantik menjadi Sheikhul al Azhar pada tahun 1996.

Beliau merupakan salah seorang ilmuan al Azhar yang tersohor yang begitu sarat dengan pengalaman ilmu pengetahuannya, terutamanya dalam bidang tafsir.

Walau bagaimanapun, di sana ada pendirian-pendirian beliau mengenai isu politik yang tidak disepakati dasarnya, ini kerana perkara politik lebih mendominasi praktikal dan saintifik dalam kehidupannya.

Sumber Terjemahan

Semoga Allah merahmati beliau, al Fatihah...

Baca Sumber lain di sini

*copy dari www.pmram.org

Monday, March 1, 2010

KOLOKIUM ILMUAN (Q) SIRI 2 & 3

KOLOKIUM ILMUAN SIRI 2&3 KEMBALI MENEMUI ADIK2

Kepada adik-adik, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Q siri 2&3 ini pada :
Tarikh : 27 & 28 Rabiul Awal 1431H
Bersamaan : 13 & 14 Mac 2010M
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Dewan Zajlatul Abidah
Masa : 7.00 Pagi

Yuran : LE 35.00

Jangan Lupa !!!
* Pakai TUDUNG PUTIH
* TAG NAMA & FAIL 'Q' siri 1
* Alatan Qiyamullail
* Telur 1 biji
* Sardin 1 tin kecil
* Beras 1 1/2 pot
* Air Mineral
* Plastik

Daftar segera dengan Unit Promosi & Pendaftaran Q 2 & 3 atau di Markaz DPMI dengan mana-mana AJKT pada waktu urusan.

MEMPERKASA GENERASI ULAMA'