Labels

Pages

Sunday, August 1, 2010

HIJAB MEMBAWA KE SYURGA


WAHAI WANITAKU SAYANG…
TEGUHKANLAH JIWAMU….
TETAPKANLAH PENDIRIANMU…

HIJAB MEMBAWA KE SYURGA

1. Hijab menyucikan hati:
Firman Allah s.w.t.{Apabila kamu meminta sesuatu [keperluan]kepada mereka[isteri-isteri Nabi],maka mintalah dari belakang tabir.[cara]Yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka,dan tidak boleh kamu menyakiti [hati]Rasulullah dan tidak boleh[pula]menikahi isteri-isterinya selama-lamanya setelah[Nabi wafat]}
Surah Al-Ahzab:53
2. Hijab menutup malu:
Sabda Rasulullah s.a.w : (Malu itu sebahagian daripada iman dan orang yang beriman syurga) (Sohih Al-Bani) dan Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a telah berkata ( Aku telah masuk ke dalam rumah tempat persemadian Rasulullah s.a.w, dan bapaku dengan berpakaian, tetapi ketika mana disemadikan Umar , demi Allah aku tidak akan masuk ke dalam rumah itu melainkan dengan berpakaian lengkap kerana aku malu kepada Umar).

3. Hijab menyeru kita menjaga rahsia :
Rasulullah s.a.w bersabda : “Mana-mana perempuan yang mencampakkan pakaiannya di luar rumah suaminya maka Allah akan membuka rahsia” (Sohih Al-Bani)

4. Hijab lambang kehambaan dan ketaatan ::
Kerana ianya merupakan perintah daripada Allah, Firman Allah taala :{wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (sejenis baju yang lapang yang dapat menutup kepala, wajah dan dada) keseluruh tubuh mereka”.}
Surah Al-Ahzab:59

5. Hijab menghalang daripada siksaan:
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :( Dua golongan daripada ahli neraka…kemudian disebut diantaranya wanita) [Sohih Muslim] maka sesiapa yang memakai hijab maka sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada siksaan.


KESAN BERHIAS DIRI (TABARRUJ)

1. Berhias adalah seruan syaitan:
Firman Allah Taala: {Wahai anak cucu Adam! Janganlah sampai kamu tertipu oleh syaitan sebagaimana halnya dia (syaitan) telah mengeluarkan ibubapamu dari syurga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya.}
Surah Al-A’raf:27
2. Berhias penghalang untuk masuk syurga:
Sabda Rasulullah s.a.w.:{semua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yang enggan.mereka bertanya, wahai Rasulullah,siapakah yang enggan itu?jawab Rasullullah:sesiapa yang taat padaku akan masuk syurga dan sesiapa yang berbuat maksiat adalah mereka yang enggan.} [Soheh Bukhori]

3. Berhias merupakan amalan jahiliah:
Firman Allah s.w.t.:{Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu(isteri-isteri Rasul agar tetap dirumah,dan keluar rumah bila ada keperluan yang dibnarkan oleh syarak)dan janganlah kamu berhias diri(bertingkah laku)seperti orang-orang jahiliah dahulu.(jahiliah dahulu ialah jahiliah kemaksiatan,yang terjadi setelah datangnya Islam)}
Surah Al-Ahzab:33

SYARAT-SYARAT BERHIJAB MENGIKUT SYARIAT

1. Menutup seluruh badan.
2. Pakaian mestilah tebal dan tidak menampakkan kulit.
3. Pakaian itu mestilah tidak menjadi perhiasan pada dirinya.
4. Pakaian itu tidak sempit sehingga menampakkan susuk badan.
5. Pakaian itu mestilah tidak berbau busuk dan tidak terlalu wangi.
6. Pakaian itu mestilah tidak menyerupai pakaian lelaki.
7. Pakaian itu mestilah tidak menyerupai orang kafir.
8. Kita mestilah tidak berniat untuk dikenali dikalangan manusia.



Akhir kata,ketahuilah saudariku sekalian...
Sesungguhnya berhijab salah satu kewajipan kepada perintah Allah dan kita mestilah menepati syarat-syaratnya.sesungguhnya kembalilah dan bertaubatlah kapada Allah dengan firmannya:{dan aku bersegera kepadaMu Ya Tuhanku,agar engkau redho(kepadaku)}
Surah Toha:84

Dan sama-samalah kita ingat memperingati…
Jibril a.s. pernah mengingatkan Nabi s.a.w. dengan wasiatnya: {Hiduplah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki,tetapi ingat bahawasanya kamu akan mati…
Dan cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,tetapi ingat bahawasanya engkau akan berpisah dengannya…dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,tetapi awas kamu akan dibalas atas apa yang dilakukan itu dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada qiamullailnya dan kehebatannya apabila dia tidak bergantung pada orang lain.}[Hadis riwayat Al-Hakim dan Abu Naim]



Unit Biah Solehah DPMI 09/10

No comments:

Post a Comment