Sejarah lampau yang lalu telah melakarkan catatan sejarah agung untuk dihayati dan memahami intipati sebenar disebalik peristiwa yang berlaku.
Kedatangan bulan Ramadhan juga sekaligus mengimbau akan peristiwa agung peperangan umat Islam yang berlaku ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W satu ketika dahulu iaitu peperangan Badar.
Sepertimana yang kita ketahui, Perang Badar merupakan peperangan yang menjadi sandaran kepada umat Islam sekaligus momentum kepada pentas dunia dalam mempertahankan hak daripada berterusan dikhianati.
Biarpun hanya 313 orang sahaja yang menyertai perang tersebut, namun ianya memberi eri yang cukup besar bagi umat Islam.
Ini membuktikan kepada kita bilangan dan angka bukan sandaran dalam perjuangan mempertahankan hak namun keprihatinan kita dan senstiviti kita apabila hak dan maruah kita dicabuli.
Kesannya sehingga kini , 313 orang yang bersama Nabi Muhammad SAW terus menjadi sebutan dan ikon dalam lipatan sejarah kerana sanggup berjuang untuk mempertahankan hak umat Islam ketika itu.
Jika dilihat daripada kaca mata syariat Islam sendiri seperti dalam pengurusan jual beli kita diberikan kebenaran untuk mendapatkan hak kita. Contohnya seorang pembeli berhak memulangkan barang yang dibeli sekiranya tidak seperti apa yang diinginkan samada rosak dan seumpamanya.
Ini kerana sebagai pembeli kita berhak mendapatkan apa yang kita ingini dan begitu juga penjual harus ikhlas dalam memberikan hak yang sewajarnya kepada pembeli.
Islam mengajar kita untuk menghormati hak sesama manusia dan sekiranya pengkhianatan berlaku maka kita wajar bangkit untuk mendapatkan hak kita yang sebenar.
Realitinya kini yang berlaku terhadap mahasiswa Islam di Mesir apabila hak dan maruahnya telah dicantas tanpa sekelumit ehsan oleh tangan-tangan yang berselindung disebalik tabir maka perlu bangkit mempertahankannya.
Mahasiswa bukanlah golongan generasi yang diajar untuk membutakan mata dan memekakkan telinga ketika haknya dipijak dan maruahnya dikoyak sebaliknya bangun menjernihkan kekeruhan yang berlaku.
Begitu juga hak PMRAM di ARMA telah dinafikan hak miliknya ke atas pejabat PMRAM di anjung ARMA, maka pendokong PMRAM perlu bangkit dalam menuntut kembali hak tersebut.Kini ARMA semakin dipandang lesu oleh ahli PMRAM seakan rela hak dan maruah kita dipergadaikan .
Ingatlah wahai mahasiswa Islam,
Selagimana Al-Quran dan Sunnah menjadi sandaran tiada ada satu kuasa mampu menghancurkan,selagimana Islam menjadi pegangan tiada satu helah dapat menggulingkan ,selagimana mahasiswa bangkit bersuara tiada apa satu cara dapat mendiamkannya.
"Jasa Mereka Hak Kita"
Urus setia Penerangan Umum
Badan Penerangan dan Penerbitan
Unit Penerangan dan Penerbitan HEWI
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
No comments:
Post a Comment