Labels

Pages

Wednesday, August 17, 2011

MUNAJAT SYAHADAH MEMOHON MAGHFIRAH




15 Ogos 2011 : Bersempena dengan Ihya’ Ramadhan1432H ini, di bawah Unit Dakwah & Pembangunan Insan DPMI sesi 2011/2012 telah mengadakan program “ MUNAJAT SYAHADAH “ yang bertemakan ‘Ramadhan Kareem Ribat Ukhuwwah’ bertempat di Markaz DPMI.

Berobjektifkan meribat ukhuwwah Islamiah antara pimpinan dan ahli DPMI, program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ahli Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI) dan beberapa orang pelajar Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI).

Antara tentatif program tersebut ialah, Iftor Jama’i dengan hidangan yang cukup menyelerakan oleh pihak penganjur. Seusai iftor, hadirin mengerjakan solat Maghrib secara berjemaah diimami oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Akli bin Ahmad, wakil UMI. Manakala untuk solat Isyak dan solat Tarawikh, DPMI menjemput imam muda dari Shoubra iaitu Al-Fadhil Al- Ustaz Mohd Faiz bin Hamdan dan Al-Fadhil Al- Ustaz Mohammad Taisir bin Mohd Hussin selaku taakhi DPMI bagi zon B. Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh tetamu jemputan berkaitan tentang bulan Ramadhan. Hadirin juga dihidangkan pengisian rohani oleh Al- Fadhil Al- Ustaz Akli bin Ahmad berkenaan keberadaan mahasiswa/wi Malaysia di bumi Mesir.Malam “ Munajat Syahadah” diteruskan lagi dengan qiamullai secara berjemaah.

“ Syukran jazilan ana ucapkan kepada semua yang hadir pada program Munajat Syahadah ini dan juga tidak dilupakan kepada tetamu dari Shoubra yang sudi hadir untuk memenuhi jemputan sebagai imam. Harapan ana, moga-moga ‘Munajat Syahadah’ yang berjaya dilaksanakan ini menjadi satu intipati kepada kita semua sehingga ianya menjadikan kita istiqamah bersama dan berdoa semoga amalan yang mulia ini diterima oleh Allah S.W.T. “ kata Timbalan Pengerusi(Unit Perancang) DPMI sesi 2011/2012, Saudari Nur Amnani Faten binti Paiman.

Majlis berakhir di sebelah pagi selepas selesainya solat Subuh berjemaah dan tazkirah.

~ RAMADHAN KAREEM RIBAT UKHUWWAH ~


No comments:

Post a Comment