Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14)
anjuran Jabatan Setiausaha Agung Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah sesi
2013/2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Zajlatul Abidah
pada 8 Mac baru-baru ini.
Seramai 37 orang peserta telah mendaftarkan
diri seawal jam 7.15 pagi bagi menyertai kursus ini. Seterusnya pada jam 8 pagi,
majlis perasmian KPI ‘14 disempurnakan dengan didahului ucapan alu-aluan
daripada pengarah program, Saudari Zainab Binti Mohamad dan Pengerusi DPMI,
Saudari Nur Atiqah Binti Azman dan diakhiri dengan ucapan perasmian oleh Naib
Presiden II (Ketua Lajnah Muhafazah) PMRAM 2013, Saudara Muhammad Syazwan Bin
Hamzah.
Kemudian, pada jam 9 pagi, para
peserta telah dibentangkan mengenai Strategi Pengurusan Berorganisasi yang
disampaikan oleh Saudara Muhammad Syazwan Bin Hamzah. Manakala, slot kedua
iaitu Komunikasi Berkesan yang dibentangkan oleh Saudara Jamal Najmuddin Bin
Sulaiman, dimulai pada jam 11.30 pagi dan tamat pada jam 1.15 tengahari.
Kedua-dua slot ini diselitkan dengan beberapa modul yang dilaksanakan secara
berkumpulan.
Kursus kemudian berhenti rehat
bagi memberi laluan pada solat Zohor dan makan tengahari. Pada jam 2 petang,
KPI ‘14 diteruskan lagi dengan pembentangan Protokol Program yang disampaikan
oleh Saudara Abdul Hakim Bin Khairuddin, Timbalan Yang Dipertua I BKSAM.
Kemudian, kursus berhenti rehat selama 20 minit bagi memberi laluan kepada
solat Asar.
Seterusnya, kursus bersambung
semula dengan slot yang terakhir iaitu ceramah berkenaan Konsep Wala’ dan Bara’
pada jam 4 petang. Ceramah tersebut disampaikan oleh Saudara Muhamad Shahir Bin
Shah Budin. Dengan berakhirnya ceramah tersebut pada jam 5 petang, maka
berakhirlah Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14).
Kursus ini diadakan bertujuan
untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran ahli dalam bidang
pengurusan, suapaya segala gerak kerja dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen
dan bersistematik.
Pihak pelaksana KPI ‘14 mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua yang terlibat yang bertungkus-lumus bagi menjayakan
kursus ini. Semoga kursus sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan
datang.
“Kemantapan Pengurusan, Sinergi Kesatuan”
Zainab Binti Mohamad,
Pengarah,
Kursus Pengurusan Islam (KPI ‘14),
Dewan Perwakilan Mahasiswi
Iskandariah 2013/2014.