Labels

Pages

Wednesday, April 9, 2014

BEAUTIFUL DAY OF ALEXANDRIA (BEAUTY '14)



Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14) adalah  aktiviti tahunan bagi PMRAM Cawangan Iskandariah  juga merupakan hari keluarga yang dilaksanakan bagi mengeratkan tali persaudaraan antara ahli. Program yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Selasa,11 Mac dan berakhir pada Khamis,13 Mac 2014 ,bermula seawal jam  7.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang.Program ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Zajlatul Abidah dan Montaza.

Antara objektif pelaksanaan program adalah untuk membuka minda dan kesedaran mahasiswi ke arah peningkatan kemahiran , thaqafah dan organisasi,menyemarakkan kerjasama dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan serta mengukuhkan semangat persaudaraan dan kesukanan di kalangan mahasiswi.

Hampir 60  orang mahasiswi telah mendaftarkan diri seawal jam 7.00 pagi bagi menyertai program ini. Pada hari pertama jam 8:30 pagi bertempat di Dewan Zajlatul Abidah, majlis dimulakan dengan diskusi kitab yang telah disampaikan oleh saudara Mohamad Faroaq.Selepas berakhirnya diskusi kitab,majlis perasmian BEAUTY ’14 disempurnakan dengan didahului ucapan alu-aluan daripada pengarah program, saudari Jamaliah Binti Redzuan dan diteruskan dengan ucapan  perasmian oleh Pengerusi DPMI, Saudari Nur Atiqah Binti Azman.

Pada jam 12.00 tengahari , acara indoor game bermula dan berakhir pada jam 5.00 petang.Terdapat pelbagai acara menarik yang telah dijalankan bagi mahasiswi dan juga aktiviti untuk para ibu dan anak-anak mereka.Pada hari kedua,acara indoor BEAUTY ’14 telah berlangung di Montaza.Antara acara yang dijalankan adalah bola baling dan sukaneka.Program berakhir pada jam  5.00 petang.

Hari ketiga berlansung dengan pelbagai aktiviti persembahan pilihan  dan sesi BBQ telah  dijalankan.Sebelum bermulanya sesi BBQ,majlis penutup BEAUTY ‘14 telah disempurnakan oleh Penasihat 1 saudari Norliza binti Mat Salleh dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Selama 3 hari program BEAUTY ‘14 berlangsung,Unit Penerangan dan Penerbitan bersama Unit Kebajikan dan Kemanusiaan telah membuat pameran mengenai PMRAM Cawangan Iskandariah dan juga pameran kemanusiaan.
Jentera pelaksana BEAUTY ’14 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang  bertungkus-lumus bagi menjayakan program ini. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. 

“Semarak Ukhuwwah , Inventasi Kesatuan”

Jamaliah binti Redzuan,
Pengarah Beautiful Day of Alexandria (BEAUTY '14)
PMRAM Cawangan  Iskandariah 2013/2014.

No comments:

Post a Comment