“إِنَّ الدِّيْنَ
عِنْدَ اللهِ الإِسْلاَم”
“Sesungguhnya
agama (yang diredhai) disisi Allah adalah Islam”
Surah
Ali Imran: ayat 19
Apakah
yang dimaksudkan dengan Islamophobia??
Merujuk
kepada http://en.wikipedia.org, Islamophobia
ialah suatu perasaan sangsi atau kebencian atau takut terhadap orang-orang
Islam. Perkataan ‘Islamophobia’ kian meluas semenjak berlakunya
peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas negara Amerika.
Pelbagai
andaian timbul berkenaan agama Islam semenjak itu. Antara persepsi negatif ‘non-muslim’
terhadap Islam ialah:
1)
Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan.
2)
Islam mengamalkan diskriminasi terhadap wanita.
3)
Islam merupakan agama yang ketinggalan zaman.
Persepsi-persepsi
buruk ini berleluasa kerana peranan media barat yang sering memburuk-burukkan
agama Islam, sedangkan agama Islam adalah agama yang mencintai keamanan. Malah,
agama Islam juga yang membela kaum wanita. Sebagaimana kisah pada zaman
jahiliyyah yang membunuh anak-anak perempuan kerana menganggap anak perempuan
adalah satu keaiban bagi mereka. Kemudian, kemunculan agama Islam mengubah
amalan tersebut dengan menaikkan martabat seorang wanita.
Hadis
Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa “syurga itu berada dibawah telapak kaki
ibu”. Bukankah ibu itu seorang wanita?. Betapa mulianya Islam kerana mengangkat
martabat wanita. Terdapat banyak lagi hadis yang mengangkat martabat wanita.
Diketahui
umum, benua Eropah adalah antara lubuk sentimen Islamophobia. Namun,
kebelakangan ini Islam makin bersinar di lubuk tersebut. Sebagai contoh, rakyat
negara Britain menerima baik penyebaran Islam di sana. Daripada pemerhatian,
kebanyakan rakyat Britain tidak menganut agama atau aties. Selain itu,
kemasukan rakyat dari negara-negara Islam juga menjadi faktor Islam diterima di
sana.
Terdapat
sebuah wilayah di Britain menerima muallaf hampir setiap minggu. Namun, tidak
dinafikan terdapat negara-negara yang prejudis terhadap agama Islam. Malah, pemakaian
juga telah mengundang perasaan prejudis tersebut.
Serangan
11 September 2001 sebenarnya memiliki negatif dan positifnya. Walaupun istilah Islamophobia
meluas digunakan namun, kerana serangan tersebut jugalah, ‘non-muslim’
kian mendekati Islam.
Jika
dahulu, sesetengah negara Eropah menolak sepenuhnya pemakaian hijab. Kini,
hijab diterima dengan baik di sesetengah negara. Isu penghinaan terhadap
Rasulullah SAW dan Islam juga membuka mata dunia bahawa Islam bukan seperti
yang di uar-uarkan.
Menurut
data yang diambil daripada The Pew Forum on Religion & Public Life
pada tahun 2010, sepuluh negara yang memiliki majoriti rakyat Islam adalah:
1. Indonesia : 182,570,000 orang
2. Pakistan : 134,480,000 orang
3. India : 121,000,000 orang
4. Bangladesh : 114,080,000 orang
5. Turki : 65,510,000 orang
6. Iran : 62,430,000 orang
7. Mesir : 58,630,000 orang
8. Nigeria : 53,000,000 orang
9. Algeria (Al-Jazair) : 30,530,000 orang
10. Maroko : 28,780,000 orang
Walaupun
majoriti rakyat Islam bukanlah daripada negara barat, namun kebanyakan mereka
kini bersikap terbuka terhadap Islam dan tidak lagi seperti ‘katak dibawah
tempurung’ yang menerima bulat-bulat persepsi negatif sesetengah pihak.
Wallahua’lam
Manchester Central Mosque
Rujukan:
1)
al-Quran
4) The Pew Forum on Religion & Public Life
“Memartabat Keilmuan
Memimpin Kesatuan”
Disediakan oleh:
Unit Penerangan dan
Penerbitan
Dewan Perwakilan
Mahasiswi Iskandariah 2012/2013
No comments:
Post a Comment