HADIS KE-24
( MATAN ARBA’IN )
عن أبى ذر الغفاري النبي فيما يرويه عن
ربه عز وجل أنه قال : يا عبادي ! إني حرمت الظلم على نفس , وجعلته بينكم محرما فلا
تظالموا , يا عبادي ! كلكم ضال إلا من هديته فاستهدوني أهداكم , يا عبادي ! كلكم
جائع إلا ما أطعمه فستطمعوني أطعمكم , يا عبادي ! كلكم عار إلا من كسوته فاستكسوني
إكسكم , يا عبادي ! إنكم تخطوؤن بالليل والنهار وأنا أغفر الذنوب جميعا ,
فاستغفروني أغفرلكم , يا عبادي ! إنكم لا
تبلغوا ضري فتضروني ولن تبلغوا نفعي فتنفعوني , يا عبادي ! لو أن أولكم وآخركم و
إنسكم وجنكم كانوا على إتقى قلب رجل واحد منكم , ما زاد ذلك في ملكي شيئا , يا عبادي
! لو أولكم و آخركم و إنسكم وجنكم كانوا
على أفجر قلب رجل واحد منكم ,ما نقص ذلك من ملكي شيئا , يا عبادي !
لو أولكم و آخركم و إنسكم وجنكم
قاموا في صعيد واحد فسألوني فأعطيت كل واحد مسألته ما نقص ذلك مما عندي إلا كما
ينقص المخيط إذا أدخل البحر , يا عبادي ! إنما
هي أعمالكم أحصيها لكم , ثم أفيكم إياها , فمن وجد غير ذلك فلا يلومن إلا نفسه
. رواه مسلم
Daripada Abu Zar al-Ghifari r.a. daripada
Rasulullah SAW berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Baginda daripada Allah
SWT bahawa Dia berfirman: Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku mengharamkan ke
atas diriKu kezaliman dan Aku jadikannya di kalangan kamu sebagai suatu perkara
yang diharamkan, maka janganlah kamu saling zalim-menzalimi. Wahai
hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka
hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua lapar
kecuali orang yang Aku beri makan, maka hendaklah kamu meminta makan daripadaKu
nescaya Aku akan berikan kamu makan. Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua telanjang kecuali
orang yang Aku berikannya pakaian, maka hendaklah kamu meminta pakaian
daripadaKu nescaya Aku akan berikan kamu pakaian. Wahai hamba-hambaKu!
Sesungguhnya kamu bersalah siang dan malam dan Aku mengampunkan semua dosa,
maka mintalah keampunan daripadaKu nescaya Aku akan ampunkan kamu. Wahai
hamba-hambaKu! Selama-lamanya kamu tidak akan mampu memudharatkan Aku sehingga
kamu boleh memudharatkan Aku. Wahai hamba-hambaKu! Dan selama-lamanya kamu
tidak akan mampu memberi manfaat kepada Aku sehingga kamu boleh memberi manfaat
kepada Aku. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan
terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua
mempunyai hati bertaqwa umpama hati orang yang paling bertaqwa di kalangan
kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai
hamba-hambaKu! Sekiranya orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu,
manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat
umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak
mengurang-cacatkan apa-apapun dalam kerajaanKu. Wahai hamba-hambaKu! Sekiranya
orang-orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di
kalangan kamu, sekiranya mereka semua berhimpun di suatu tempat, lalu mereka
meminta daripadaKu (iaitu meminta sesuatu pemberian), lantas Aku kurniakan
setiap orang dari kalangan mereka permintaannya, nescaya hal itu tidak
mengurangkan sedikitpun apa-apa yang ada di sisiKu kecuali umpama berkurangnya air
laut apabila dicelupkan sebatang jarum. Wahai hamba-hambaKu! Bahawa
sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu,
kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan
maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan,
maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri. Hadis
riwayat al-Muslim
Disediakan oleh :
Unit Pengetahuan PMRAM Cawangan Iskandariah 2012/2013
No comments:
Post a Comment