KAHERAH, 4 Ogos 2012 -- Jabatan Fasilitator PMRAM (JATA) yang bernaung di bawah Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan PMRAM telah menganjurkan Ijtima’ Fasilitator PMRAM yang berlangsung di Dewan Masjid Rabaah, Kaherah pada 29 Julai lepas.
Menjadi kebiasaan, JATA PMRAM akan mengadakan program ini sebulan sekali. Objektif Ijtima’ Fasilitator PMRAM kali ini adalah memperkasa uslub dakwah Fasilitator PMRAM.
Antara pengisian program ini adalah ujian tahap kefahaman fasilitator, diskusi buku berjudul ‘Dakwah Fardiah’ karangan Mustafa Masyhur yang telah dibentangkan oleh Ustaz Azlan Bin Hj. Alias, serta gerak kerja berkumpulan menghasilkan kertas kerja berkenaan ‘Dakwah Fardiah’ dan lain-lain.
Program ini yang bermula pada jam 9.30 pagi telah ditamatkan dengan
ucapan penutup oleh Naib Pengerusi HEWI II PMRAM, Ketua Unit Dakwah dan
Pembangunan Insan PMRAM 2012, Ustazah Siti Sarah Binti Bushari.
“Fasilitator adalah mata rantai perjuangan para nabi dan para rasul yang membawa risalah dakwah. Jalan dakwah dipenuhi dengan kesukaran dan rintangan seperti golongan terdahulu. Antara tugas fasilitator PMRAM adalah membina generasi pelapis yang menggerakkan kerja dakwah. Fasilitator juga perlu memperkasa uslub dakwah untuk menjadikan dakwah yang berkesan serta mesti memberi komitmen dengan Ta’limul Mu’allim PMRAM (TM) untuk keselarasan Manhaj Muzakarah Berkelompok PMRAM” ujar Naib Pengerusi HEWI II PMRAM dalam ucapan penutup.
No comments:
Post a Comment