Bismillahirrahmanirrahim…
Sepertimana firman Allah Taala yang bermaksud :
“dan pasti kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,
kelaparan, kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikanlah khabar
gembira kepada orang-orang yang sabar “
(Surah Al-Baqarah : 155 )
Dalam mengharungi satu perjalanan yang dinamakan sebagai
jalan perjuangan, tidak pernah lekang daripada mehnah, ujian dan dugaan.
Jalan perjuangan ini juga tidak pernah dibentangkan dengan permaidani berwarna merah
dan dibiarkan dalam keadaan selesa, bahkan dibentangkan dengan duri-duri
perjuangan. Barangsiapa yang berjuang, yang merasakan dirinya dalam keadaan
selesa,maka itu bukanlah dinamakan perjuangan.
Acapkali kita mendengar Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) diuji
dengan bermacam-macam ujian. Bermulanya dengan BKAN Selangor, Terengganu, Perak, Melaka
dan sebagainya, sehinggalah kini Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor
Mesir (BKPJM) pula diuji dengan ujian
yang tersendiri. Antara ujian yang dihadapi oleh Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN)
adalah seperti ujian seputar hak mahasiswa, hak berorganisasi, salah laku pegawai
anak negeri dan sebagainya. Kami di peringkat Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah turut
merasa kecewa dan terkilan dengan tindakan yang tidak sepatutnya daripada
pihak-pihak tertentu terhadap mana-mana Badan Kebajikan Anak Negeri dan kini pula kepada
keluarga kita, BKPJM. Sekiranya kita lihat, sepatutnya hak mahasiswa ini
dilunaskan dengan sebaiknya oleh mereka yang diberi amanah untuk menjaga
anak-anak Malaysia disini, akan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Dalam hadith ada menyebut : “Perumpamaan orang-orang
mukmin dalam hal mencintai,saling mengasihi dan menyayang,bagaikan sebuah
tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh merasa
sakit, tidak dapat tidur dan merasa lemah” (Riwayat Muslim)
Untuk BKPJM, kami di peringkat Pmram Cawangan Iskandariah akan tetap bersama kalian. Janganlah
kalian merasa sedih hati dan berputus asa dalam membawa agenda dakwah Islam ini.
Semoga kalian terus kuat dan thabat dalam perjalanan yang dinamakan jalan
perjuangan ini. Moga langkah-langkah kita ini mendapat keredhaan Allah Taala,
insyaAllah.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Sirru ‘ala barakatillah
Nur Amnani faten Bt Paiman,
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswi
Iskandariah
Sesi 2012/2013
No comments:
Post a Comment