Serangan Musuh Islam
Sejak kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 yang berpusat
di Turki, kita telah melihat umat Islam diserang di segenap penjuru. Penjajahan
dan peperangan telah meletus dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua
yang menyebabkan negara-negara yang dimiliki umat Islam telah dijajah dan
dirampas segala hasil mahsul kekayaannya.
Imperialis Britian, Amerika, Rusia, Perancis, China, dan
lain-lain menjadi penjajah serta menjadi kuasa besar yang bertanggungjawab
membunuh umat Islam diseluruh dunia. Kekuatan umat Islam menjadi lemah dan
ranap, pemimpin-pemimpin di negara Islam dijadikan boneka setelah penjajah
pulang ke negara masing-masing. Sekiranya negara tersebut ingin mendapatkan
kemerdekaan dari penjajah, pemimpin-pemimpin negara Islam tadi mesti
menjalankan agenda musuh setelah pulangnya penjajah.
Realitinya pada hari ini, kebanyakkan negara yang mendapat
kemerdekaan daripada penjajah pemimpin-pemimpinnya terdiri dari kalangan mereka
yang sudah rosak akhlaknya. Rasuah, judi, seks, arak menjadi hidangan para
pemimpinnya, rakyat pula diberikan bentuk-bentuk hiburan yang menggilakan,
pusat-pusat judi diberikan lesen, arak dijual ditempat terbuka, pelacur-pelacur
diimport dari luar negara, anak-anak mudanya diberikan rokok dan dadah, kes
zina dan rogol meningkat, agama hanya pada urusan tertentu sahaja, dan
sebagainya.
Serangan pemikiran juga telah menjalar dalam jiwa umat Islam
sehinggakan umat Islam tidak mampu bangkit. Sistem pemerintahan Barat
dipaksakan ke atas seluruh manusia termasuk ke atas orang-orang Islam.
Ideologi-ideologi moden dan sesat diserap masuk dalam pemikiran masyarakat,
aliran falsafah dan teori-teori mengenai urusan negara, ekonomi atau
kemasyarakatan dengan pelbagai nama seperti, Sekularisme, Liberalisme,
Kapitalisme, Sosialisme, Nasionalisme, Pargamatisme dan sebagainya telah
memecah belahkan masyarakat Islam daripada tali agama Allah.
Hakikatnya, kekuatan umat Islam telah hilang. Kebanyakkan umat
Islam hari ini berpegang dengan pemikiran-pemikiran dan ideologi-ideologi sesat
yang meranapkan akidah dan jatidiri umat Islam. Gerakan Zionis, Orientaslis,
Kristianisasi telah menjadikan umat Islam hari ini sudah tidak berpaut pada
agama. Akidah di dalam jiwa umat Islam dicabut sedikit demi sedikit, umat Islam
juga meninggalkan persoalan jihad dan sunnah Nabi Muhammad SAW bahkan juga
mengikut kesesatan musuh satu persatu.
Realiti Hari Ini
Sabda Nabi SAW :
عَنْ ثَوْبَانَ ، قَالَ
: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " يُوشِكُ
الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا
، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ
يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ
اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ
فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهْنَ ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا
الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ " .
“Akan
datang suatu masa umat lain akan memperebutkan kamu ibarat orang-orang lapar
memperebutkan makanan dalam hidangan.” Sahabat bertanya, “Apakah lantaran pada
waktu itu jumlah kami hanya sedikit Ya Rasulullah?”.Dijawab oleh baginda,
“Bukan, bahkan sesungguhnya jumlah kamu pada waktu itu banyak, tetapi kualiti
kamu ibarat buih yang terapung-apung di atas laut, dan dalam jiwamu tertanam
‘Al Wahn’ (kelemahan jiwa).” Sahabat bertanya, “Apa yang dimaksudkan ‘Al Wahn’
(kelemahan jiwa), Ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut
mati!”.(HR Abu Daud)
Kuasa Barat telah berjaya melemahkan kekuatan umat Islam
sedangkan umat Islam hari ini cukup ramai. Banyak perancangan musuh yang
dirancang berjaya ditambah lagi dengan keadaan umat Islam yang meninggalkan
jihad dan terlalu cintakan dunia dan takutkan mati menyebabkan segala
perancangan musuh berjaya dilaksanakan sehingga ke hari ini. Antaranya yang
boleh diketahui dalam Muktamar Eropah yang berlangsung di Berlin dalam tahun
1978. Antara resolusi melemahkan umat Islam adalah dengan :-
1. Menghancurkan Khilafah
Uthmaniah
2. Mengoyak rabakkan
negara-negara Islam menjadi negara-negara kecil yang dibataskan dengan garisan
sempadan yang sengaja dicipta.
3. Menyokong
aliran-aliran fahaman yang berusaha menjatuhkan Islam
4. Menyokong golongan
Kristian yang menetap di negara-negara Islam serta memonopoli mereka kea rah
mewujudkan fitnah dan keadaan tidak stabil di negara-negara tersebut.
Realitinya, perancangan ini sudah berjaya dan apa yang berlaku
di depan mata kita hari ini jelas terbukti.
Umat Islam Malas Membaca Dan Mengkaji
Di dalam buku Aina Khalal karangan Prof Dr Yusof Qardahwi pernah menceritakan kisah seorang Jeneral Tentera Israel Zionis membongkar rahsia kelemahan umat Islam hari ini. Moshe Dayan, juga seorang pemimpin negara Israel, ketika mana beliau menghadiri satu pertemuan tertutup Gerakan Zionis Antarabangsa bagi memerangi umat dan merampas tanah-tanah Islam di Palestin, maklumat yang diterima dalam pertemuan tersebut sangat sulit dan tidak dibenarkan maklumat tersebut diberitahu pada sesiapa.
Ketika mana menghadiri satu proram terbuka, didedahkan rahsia
tersebut yang menyebabkan pegawai risikan sangat terkejut dengan tindakan Moshe
Dayan yang mendedahkan rahsia yang sangat sulit sehingga beliau ditegur dalam
satu majlis yang dibimbanginya akan diketahui oleh orang-orang Arab serta
mengetahui perancangan tersebut.
Apa yang disebut oleh Moshe Dayan “Bertenang semua….kamu
jangan bimbang dengan orang-orang Arab dan umat Islam, mereka malas membaca,
kalau membaca pun mereka tak faham apa yang dibaca, kalau faham pun mereka tak
akan buat apa yang dibaca, kalau buat pun, mereka tak bersungguh dalam buat
kerja, kalau bersungguh pun belum tentu mereka akan berterusan dalam melakukan
kerja”
Umat Islam pada hari ini perlu lebih banyak membaca dan mengkaji
selain menambahkan ilmu pengetahuan, antara kejayaan musuh Islam hari ini
berjaya menyelinap masuk dalam pendidikan di negara-negara umat Islam. Salah
satu kejayaannya, iaitu berjaya menerapkan teori-teori palsu yang tabiatnya
bertentangan dengan tuntutan Islam ke dalam ilmu-ilmu biologi, psikologi,
sosiologi dan ekonomi. Dalam bidang sejarah pula, dicuaikan sejarah Islam serta
mengambil berat tentang sejarah barat dan mengkajinya secara mendalam.
Akhirnya, umat Islam telah berjaya didoktrin pemikirannya secara tak langsung
dan berjaya dikuasai oleh musuh.
Umat Wajib Membebaskan Diri Dari Sistem Jahiliyah Moden
Sesungguhnya Allah telah menetapkan orang-orang Islam tidak akan
dikuasai oleh musuh-musuh mereka yang dapat menghancurkan kekuatan mereka
kecuali dari diri mereka sendiri.
Manhaj Islam adalah satu-satunya manhaj yang berjaya membebaskan
manusia dari perhambaan sesama manusia tetapi ada dalam manhaj sekular ciptaan
manusia, iaitu manusia mengabdikan diri sesama manusia.
Zaman fitnah yang sedang diharungi ini telah memperlihatkan
beberapa krisis kemanusiaan telah hilang, banyak sistem yang dicipta telah
memperhambakan manusia secara tidak sedar. Hanya Islam penyelesaian, banyak
contoh sistem kuffar di dunia telah gagal dan tidak mampu menyelesaikan masalah
manusia malah menambahkan kerosakan dan kefasadan di muka bumi ini. Misalnya,
sistem kapitalis yang diamalkan oleh negara-negara Eropah hari ini telah
menunjukkan kegagalan sistem ini. Negara Greece contohnya hampir muflis
disebabkan hutang yang sangat banyak. Matawang dollar Amerika bila-bila masa
sahaja akan jatuh, dan sekarang sedang menunjukkan isyaratnya serta hutangnya
trillioon dolar kepada Federal Reserve iaitu sebuah bank Yahudi menunjukkan
kegagalan sistem Kapitalis.
Sistem jahiliyah juga kita dapat lihat banyak penyakit-penyakit
melanda masyarakat sekular Eropah juga melanda masyarakat Islam yang
melaksanakan sistem sekular. Antaranya :-
1. Ketandusan pemimpin
yang berakhlak
2. Ketagihan dadah
3. Penyakit-penyakit
saraf dan jiwa
4. Jenayah-jenayah
yang tidak berperikemanusiaan
5. Hubungan jenis yang
dahsyat
6. Bunuh diri.
Akhir sekali Allah membalakan umat manusia hari ini dengan
penyakit taun baru iaitu AIDS dan HIV yang melanda seluruh negara-negara di
dunia ini.
Colin Wilson pernah menulis dalam bukunya “Keruntuhan Tamadun”
:
“Peradaban kita yang kaya dari sudut material telah bergerak
perlahan-lahan mencipta masyarakat babi yang terbina dengan kekayaan yang
cemerlang dalam menggerakkan aktiviti barunya dan kemampuannya yang wajib dalam
menyahut dugaan-dugaan jasadnya, tetapi tidak mempunyai apa-apa kelayakan atau
kemampuan dalam membentuk hubungan rohani atau memasukkan dorongan-dorongan
perasaan”
Penutup
Kita mendoakan supaya giliran umat Islam pula mengalahkan
kembali musuh-musuh Allah SWT dan memberi taufik kepada umat Islam dalam
menuju kemenangan.
Firman Allah SWT ;
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak
akan diterima darinya dan ia pada hari akhirat dari orang-orang yang rugi” (Ali
Imran : 85)
Wallahu a'lam
Disediakan oleh,
Mohd Faizzudin Ghazali
Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan:
1. Aina Khalal -
Dimana Kesilapan, Prof Dr Yusof Qardhawi
2. Strategi Musuh
Menentang Islam : Dr Saaduddin Al-Sayyid Salih, Universiti Al-Azhar Kaherah
No comments:
Post a Comment